2012-12-02

Adekah anda berak sambil membaca?


Semalam aku tak tengok bola. Takut.
Aku tak suka tengok cerita-cerita yang menyebabkan stress. En Wan macam biasa memang sohih akan ke stadium. Dia kata punyala ramainya rakyat dalam stadium tu sampaikan dia duduk atas tangga. Tu pun hujung-hujung bontot je. Sedih gila aku dengar. Tiket RM30 tapi duduk kat tangga. Baik tengok kat rumah. Siap boleh tonggeng telentang bagai. Silap-silap ada perkhidmatan tambahan kau dapat. Tapi elokla dia gi stadium sebab kalau dia tengok kat rumah aku lagi stress. Tak sanggup aku dengar kalau dia terpekik memaki hamun player.

So semalam aku layan diri dengan tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. Walaupun sebenarnya dah tengok berkali-kali tetap nak layan jugak. Ada satu scene yang Johan berak sambil layan radio tu, tetiba Redza tanya "Ma, kenapa dia berak bawak radio?"

Soalan yang sama selalu aku tertanya-tanya kenapa orang nak berak bawak masuk sokabar.

Walaupun aku kadang-kadang masuk bilik air bawak masuk henfon sebab nak layan mp3, tapi tu cuma apabila aku nak mandi manda lama-lama sambil sental lantai shower. Ambik mood gitu. Tapi kalau berak aku tak perlukan radio mp3 segala. Tu semua menyemak je. Lagipun aku perlukan daya fokus yang mampan untuk memastikan proses penyahtinjaan tu berjalan dengan maksimal.

Tapi sebab anak bertanya, jadi sebagai mak yang serba tau, aku jawab je la "Dia berak malam. Jamban kat luar. Dia takut. Jadi bawak radio biar tak takut sangat".

Pastu Redza sambung "Ohhh. Ija ingatkan dia nak berak sambil dengar radio"

Aku : Kenapa, tak boleh ke kalau berak sambil dengar radio?

Ija : Entah lah. Ija tak tau. Tapi kalau Ija, tak sempat. Ija berak laju.

Hahahha. Berak laju.


Exactly itu la yang aku selalu terpikir apesal ada orang yang berak nak kena duduk jamban lama-lama. Macam sengsara sangat nampaknya nak berak sampai setengah jam dalam jamban siap kena bawak sokabar semua. Boleh pulak kau baca sambil berak kan? Kalau aku tak boleh. Kalau baca, baca je. Kalau dengar lagu, dengar lagu je, takleh baca. Sebab bila aku dengar lagu, mulut aku sibuk nak menyanyi sama. Kalau berak, berak je. Sebab kalau aku baca sambil berak, jawabnya tak berak-berak sebab aku kalau membaca memang fokus. Tapi fokus je la aku terer. Paham belum tentu. 

So kalau ada sesape kat sini yang boleh share kenapa korang berak mesti duduk lama-lama dalam jamban, tolong lah bagitau aku. Aku nak selami penderitaan korang yang susah nak berak ni. Hahah.
Seb baik la aku anak-beranak jenis berak lawas. Memang bangsa letak je bontot kat jamban, 10 minit pastu dah keluar bilik air. Kalau sembelit dulu penah. Tapi alhamdulillah jarang. Nak pulak now makan Ephyra (cewah sempat promosi dalam pada sibuk bercerita pasal berak tu. Puii!), memang lancar je perjalanan najis.

Mandi pun sama, paling lama 15 minit. Selalunya 10 minit je aku mandi. Apa nak buat lama-lama dalam tu? Apabenda yang kau nak kelebet? 10 minit dah la kan.

Masa aku kecik dulu aku selalu tengok kalau orang tu masuk bilik air lama-lama nanti orang kat luar mesti tanya "Woi! Apesal lama sangat ni, kau berak ke?". Time tu aku macam terpikir ape kaitannya 'duduk dalam bilik air lama-lama' dengan 'berak'? Sebab aku tak penah lama kalau berak. Berdesup berdesup je. Settle. Pastu bila dah lama-lama perati, baru aku paham. Memang ada orang yang sengsara time berak rupanya. Tu pasal ada istilah berak batu. Sengsaranya korang nak memerut. Siap kena mentelaah dulu baru lawas. Syukur aku tak macam tu. Alhamdulillahhhhhh (sebut style Tok Adi Tanah Kubur)

Aku rasa korang yang ada masalah nak berak ni, gi mintak ubat berak kat dokter. Pertama dan terakhir kali aku pakai ubat tu masa nak bersalin Redza. Umangaiiiiii. Tindakbalas memang Gred A! Susah aku nak gambarkan dengan kata-kata. Kalau nak pakai, aku nasihatkan kau sumbat ubat tu time kau betul-betul depan pintu jamban sudah la. Takyah jauh sangat dari toilet. Menambahkan sengsara korang je nanti.

Masa aku nak bersalin Redza dulu, nurse sumbat ubat tu sebagai persediaan nak bersalin (dorang ingat aku boleh bersalin normal). Aku pun tadah je la bontot aku ni. Elok je dia sumbat, nurse tu masih lagi melipat-lipat kelonsong ubat berak tu, tak keluar pun lagi dari bilik, aku dah berlari masuk jamban. Walaupun perut tengah sakit contraction, tapi sakit nak terberak ni lagi hazab. Aku rasa aku melompat kot dari katil time tu. Cargas gila dowh.

Kepada yang suka membaca sambil memerut, ni aku tinggalkan keratan ni untuk korang baca :