2012-11-14

Terasa lama tak update blog.



Baru-baru ni aku gi Giant terperasankan ini :




Kotex pad baru!!

Ultrathin lagik. Aku jarang pakai ultrathin. Aku selalu beli heavyflow terus. Kalau dah ujung-ujung tu pakai pantyliner je sudah. Tapi kali ni aku beli pack baru semata-mata sebab pad ni ada design!
Dulu aku pernah buat entry pasal aku suka kumpul pad and pantyliner walaupun tak pakai. Reason dia takde reason, just suka kumpul. Macam best je hidup dikelilingi pad. Haha. Pastu aku ada cakap yang bila la agaknya pad nak ada design. Pantyliner ada, tapi bukan belah atas tapi belah nak tepek kat spender tu. Aku memang nak design ni belah yang kita nak pakai. And now, dah ada :)




Tapi macam sayang nak guna. Sebab cantik sangat. Tak sampai hati nak letak kat pepek. Maka ada harapan aku simpan je la pad ni buat koleksi. Orang lain mengumpul setem, aku mengumpul pad. Kau ada?

Lagipun pek pengenalan ni dalam tin. Tin pun comel je. Jadi sangat teruja simpan satu dalam koleksi.




Alahai, cantiknya tersusun. Plastik purple lagik.
Konfem kekal dalam tin ni tak berusik.



Hari tu aku ada let go skinny jeans yang aku beli tapi En Wan tak kasik pakai sebab skinny sangat kan? Hehe...baru-baru ni beli lagi. Alang-alang bawak masuk kit aku kan, so aku mintak dia carikkan sekali. Best gila ada partner kat sana yang gila shopping, so dia dengan sukarela membelikan. 

Tapi tu la, saiz yang dulu tu dah ok dah, 74cm (size 28). Tapi melekat sangat kat peha and betis aku. Macam kurang sesuai pulak. Kali ni aku mintak dia belikan 2 size bigger, size 30 (78cm). Just nice kat peha and betis, tak melekap sangat. Tapi aku kena pakai belt sebab dia agak longgar, melondeh sampai ke bawah pusat. Aku pulak jenis yang tak suka beli low cut jeans. Spender bawah pusat takpe. kalau seluar biar old skool sikit, mesti tutup pusat. Rasa tak konfiden je bila pakai low cut. Tersentil-sentil perut aku.




Kali ni aku beli yellow, red, pink, white and green.
Ok la, tak skinny sangat bila ambik saiz 30 ni.

Pastu aku mintak dia carikkan sekali candy cardigan. Dia bagi aku "trial sample" terus 5 helai. Haha. Best gila! Ok now aku dah gila cardigan pulak. Senang sikit nak bersiap. Just pakai sleeveless top, pastu sarung cardigan and blah. Seb baik aku tak sempat buang lagi baju-baju aku yang nampak ketiak. So now boleh pakai balik. Next week aku nak order new kits, so aku dah plan ada 13 pasang skinny jeans various color aku nak mintak dia belikan. Pasni, jeans biru boleh simpan bawah-bawah sikit, Kita start pakai candy color jeans pulak.




Masa ni and masa aku pakai jeans kuning tu, kitorang gi layan Istanbul Aku Datang.
Alo suwittttttt citer tu. Nak nak lagi ada Beto kan. Wajib sweet!
En Wan seperti biasa masa aku book tiket tu dia akan mem-bombard aku dengan ayat-ayat berunsur kondem cerita ntah apa-apa la....pelakon tak kenal la...bengang aku nak tengok sebab ada Beto semua. Eh pasalla kan.

Last-last dia yang tekekeh-kekeh kat dalam tu.
Baru dia tau pengang Beto aku.

Cerita tu best jugak. Takde apa yang boleh kau expect sangat melainkan jalan citer dia fun. Citer macam ni la baru melegakan minda. Ni tak. Nak ajak aku layan James Bond. Jadah apa. Aku nyampah la tengok citer stress-stress ni. Dah la sepanjang hari stress kat opis, malam-malam pun nak stress ke.



Ada poster ni kat luar IOI GSC.
Aku ingatkan mamat kat tengah tu Lee Hom. Rupanya Aarif Rahman.
Terus gugel jam tu jugak nak tau sape Aarif Rahman ni.
Baru aku tau rupanya pelakon baru HK. Islam. Bapak dia Malay + Chinese. Gila hensem dak Aarif ni. Tapi lagi hensem hero tua belah kanan sekali tu, Andy Lau.
Okeh, memandangkan hero-hero tua dalam filem ni semuanya best best : Andy lau, Aaron Kwok, Tony Leung (Ka Fai), maka aku bertekad untuk hasut En Wan masuk tengok citer ni.

Semalam, hari meeting Fidily. Port biasa, Starbucks IOI.
Aku ngan Elly sampai serentak. Pastu Filla menyusul. Cantik je tiga-tiga kereta parking sederet. Macam reserve pulak.

Tapi itu fomfuan Elly telah menyebabkan aku jaki.
Mau tau kenafa????


Kerana itu!!

Namfak???

Tak namfak???




Chanel!

Musibat betul. 

Takpe...takpe...kau tunggu sok-sok aku up beg aku pulak.
Biar aku mengumpul kekuatan dulu. Sekarang ni aku belum cukup kekuatan untuk membuka rahsia yang terpendam sejak 2 minggu lepas.






Wajah-wajah series dan tak series sewaktu membuat keje.
Beli air sorang satu, duduk dari kul 10am santak sampai 1pm. Kesian starbucks dapat customer macam kitorang. Karipap sebijik pun taknak beli.