2012-11-06

Syndrome Mak Mertua

Was reading Readers Digest.
Ada satu artikel tu cakap "..in Malaysia, Mother-in-law syndrome was the top cause of divorce among the Malaysian Indian population..".

Ok, sape nak jawab ni?

Aku jawabkan boleh? Haha.

Aku pernah blog about this few months back sebab sorang reader tanya camana aku boleh duduk serumah dengan mak mertua for 2 years.

Alhamdulillah la mak mertua aku bukan spesis Nyonya Mansor. Tapi biasala kan, kalau dah kawen dengan anak kesayangan mak, of cos la kau takleh buat slack sikit. Dah la ko ambik anak dia kan, pastu kau tak jaga anak dia macam dia jaga, memang la dia berantu. Mak mertua aku adelah mak mertua yang masuk dalam kategori tak kejam. Kalau Nyonya Mansor tu kejam dan keji. Tapi mak mertua aku masuk dalam kategori "Mok Tua Ganu Style". Takde yang pelik pun Ganu Style ni, cuma sebab aku bukan orang Tganu so banyak benda yang pada mulanya aku nampak pelik.

Mak mertua aku kann, kalau aku memasak, dia mesti perati. Kalau aku masak banyak nanti dia cakap "Banyoknya! Sape dia nak makang banyok-banyok?". Maka aku pun pulangkan balik ikan 2 ekor dalam esbok. Goreng je la 3 ekor ikan buat makan 6 orang. Boleh?

Kalau aku goreng sayur kangkung 2 cekak, nanti dia cakap "Bakpe banyok sangat ni? Abang dop makang sayor". Maka aku letak balik secekak kangkung dalam esbok. Gorenglah secekak tu buat makan 5 orang. Padahal kangkung tu bak kata Mak Aji sayur penipu sebab bila masuk je dalam kuali, dari secekak, alih-alih dapat 2 sudu je.

Mula-mula tu aku rimas and konfius. Camana aku nak masak ni? Asal aku masak je dia sound banyak banyak banyak. Padahal dalam rumah ni ramai rakyat. Selalu gak aku mengadu kat En Wan. En Wan cakap "Takpe, Di takyah masak. Nanti Di cakap kat mak tolong masakkan. Maybe mak nak masak kot".

Ok lah, aku buat.
Aku nak pi keje aku pesan mak mintak tolong masakkan sup ayam.

Bila aku balik keje aku tengok dalam periuk kecik (memang kecik periuk tu) ada 4 ketul je ayam (read : tulang ayam). Aik? Apesal sikit sangat lauk ni? So aku tanya mak if orang lain dah makan. Mak aku cakap semua belum makan sebab tunggu Abang (En Wan) balik. Alahai...camne nak makan tulang ayam 4 ketul ramai-ramai ni? Malam tu aku merajuk taknak makan. Sebab aku rasa macam mak aku taknak kasik aku makan. Masak untuk anak dia je. Sentap.

Bila balik Tganu, mak memang masak sikit-sikit. Tu pun masak bila En Wan cakap dia nak makan. Kalau laki aku tak berbunyik nak makan, memang dia tak masak. Aku konfius gila. Apesal ni??!!

It took me almost 11 years untuk dapatkan jawapan. Tu pun semenjak mak tinggal dengan kitorang lepas Rayyan lahir. Now aku faham kenapa mak sound everytime aku masak banyak. Kenapa dia masak hanya bila En Wan lapar.

Semua tu adelah sebab mak aku surirumah. Dia bukan berkerjaya macam Mak Aji. Macam Mak Aji, pukul 730am dah keluar pi keje. Balik kul 530pm baru sampai rumah. So Mak Aji biasa bangun kul 530am masak nasi, masak lauk-pauk untuk makan lunch kitorang adik-beradik balik sekolah, sampai lah ke dinner. Sekali harung masak. Dinner kang tinggal perangat je. Jadi, aku dah terbiasa dengan masakan banyak. Kalau tak habis, esok perangat buat makan tengahari. Benda tu dah jadi lumrah keluarga aku.

Tapi untuk famili En Wan, mak adelah surirumah. Jadi dia sentiasa ada masa untuk memasak. Pagi, sarapan nasik goreng. Siap gorek kepok bagai. Pastu tengahari masak lauk. Petang buat kuih minum-minum petang. Malam kang masak lauk lain pulak. Jadi sebab tu dia masak sikit-sikit supaya keluarga dia makan semua masakan fresh. Sebab tu sampai skarang En Wan tak boleh makan lauk yang sama 2 kali. Means that, kalau aku masak sambal sotong for lunch, jangan ngada-ngada kau nak perangat sambal sotong tu untuk dinner. Dia akan tercirit jam tu jugak! Memang perut dia dah terbiasa dengan masakan fresh. No perangat-perangat. Dia lagi rela makan nasik panas with tolo goreng dari kena makan lauk siang tadi. Gila mengada kan? Cuba tengok perut aku. Jangan kata lauk semalam, lauk orang kawen minggu lepas pun aku boleh blasah lagi. Janji kena panaskan.

Jadi bila mak dah biasa rajin memasak, kejap-kejap masak, kejap-kejap masak, so dia tak biasa dengan lauk-pauk banyak. Dia tak reti tengok aku masak sekali banyak. Mesti dia kata aku pemalas, masak nak sekali harung. And disebabkan keluarga dia tak biasa makan lauk perangat, maka sebab tu lah dia masak small portion je. Aku pulak bangsa kalau makan ada 3 stage of eating. Memula rasa.
Rasa paling kurang peha ayam seketul.

Dah rasa, baru kita makan.
Blasah lagi seketul.

Takkan takat makan je, haruslah tambah atau ratah.
Blasah seketul lagi.
Kat situ je dah 3 ketul untuk perut aku sorang.

Pastu mak hanya masak bila En Wan mintak makanan adelah kerana anak dia lelaki. Bagi mak, kau kan pompuan, kau boleh masak sendiri what?! Anak aku lelaki, wajib dia tak tau masak. Jadi, aku masakkan. Kau, masak sendiri.

Tapi takdelah mak aku betul-betul masak untuk anak dia sorang. Cuma kalau En Wan nak makan, baru dia memasak. Tapi dia masak la untuk semua sekali but dia akan memasak kalau En Wan request. Kalau selagi En Wan tak request, pandai-pandai la semua masak sendiri ya? Jangan nak jadi mem-mem.

Mak pulak jenis yang kalau dia dah pegang dapur, kau takyah tolong. Dia lagi selesa buat sendiri. Jadi aku rasa serba salah, nak tolong kan takut tak kena caranya, kang kalau tak tolong macam kuang ajor sangat. Sebab tu aku selalu ajak En Wan makan kat luar kalau balik Tganu sebab itu lah yang paling mudah.

Bila mak dah duduk dengan kitorang baru aku blaja kenapa dia macam tu dulu. Sebenarnya takde apa yang pelik. Cuma sebab kita tak biasa. Kita tak biasa dengan cara dia. Dia pun tak biasa dengan cara kita.
Contoh macam En Wan, kalau balik Bangi mesti membuta je keje. Hangin aku. Memula dulu aku bengang gak, pehal kau asik terbongkang je kan. En Wan cakap, dia taknak memandai-mandai. Takut nanti dikata orang. Kalau nak mintak tolong dia apa-apa, cakap. Tapi kalau nama dia nak offer diri memang tak. Sebab dia tau cara dia mungkin tak sama dengan cara keluarga aku. Kang ye ye je offer diri, pastu kejap-kejap tanya "Macam ni ke, Pa?".."Macam ni ke, Ma?"..."Boleh ke macam ni Wan buat, Pa?".

So now, kalau aku memasak, agak-agak mak aku sound "Banyok sangat ni..", maka aku layankan je. Bak kata En Wan, masak je la ikut kata maka. Agak-agak lapar and tak cukup, kita berdua keluar supper. Yeay!

Aku rasa tu lebih selesa. Jangan nak carik gaduh sangatla dengan mak mertua kan. Afterall, takde dia, takde lah suami kita. Agak-agak stress sangat, keluarlah shopping. Kena ingat, kita pun perempuan. Umur panjang, akan jadi mak mertua gak satu hari nanti (ingatan buat diri sendiri sebab ada 2 anak bujang). Kang sibuk sangat mengata mak mertua, sok-sok dah ada menantu kita pun sama macam tu jugak. Yang penting para suami kena timbangrasa lah ye. Kalau isteri boleh tolak-ansur dengan mak kita, maka bertolak-ansur lah jugak dengan isteri. Kalau tak, merasalah aku tolak kau tido luar.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone