walk on wings, tread in air: New staff <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

New staff
2012-11-05

Sabtu lepas besday Rayyan. Tapi tak buat celebration apa-apa pun. Kali ni kitorang decide nak pi bercuti je sambut besday, venue tak tau lagi ke mana, but insyallah dalam bulan ni gak. Tapi saje nak sedapkan hati supaay tak rasa bias dengan anak sendiri, aku beli jugak la kek kat Chocolate World Empire, sebab aku yang nak makan sangat pun. Pastu mintak mak buatkan nasik minyak. Settle. Si Rayyan bukan tau apa-apa pun. Time Redza dulu dia dah pandai nyanyi lagu besday untuk diri sendiri. Si Rayyan ni aku pun konfius. Nak buat party pun sape aje la yang kenal si jendul ni. Takde orang kenal okeh.

Pastu dah alang-alang masuk Empira yang setahun tak sekali aku singgah, pi beli Pavlova Kat Serai@Empire. Tetiba nak rasa apekah best sangat Pavlova kat Serai ni yang sampai orang ketagih siap sanggup beratur panjang. Sepotong pavlova adelah RM14.50. Pastikan jilat hingga ke cream yang terakhir ye, sebab mahal nak mampus tapi takde la sedap sangat kot, cuma dia tak manis sangat macam pavlova yang biasa aku makan. But still, pavlova bukanlah selera tekak aku. Takat nak ambik tau rasa dia so kalau orang tanya aku tau la cemana rasa dia, but kalau nak hang out with frens sambil pekena pavlova memang tak la. Aku lagi rela lepak makan cendol sambil cangkung tepi jalan. Dapat lak sepinggan pasemboq. Pehh, sorga!

Sabtu lepas yang menyebabkan segala perancangan nak celebrate besday Rayyan kensel adelah sebab aku pi ambik new tailor. Alhamdulillah, new tailor dah dapat. Gila suwitttttt budak ni. Tak pakai mekap pun cantik. Bersih je muka dia. Dah la putih gebu. Baru umur 28 tahun. Ada harapan aku jadikkan dia model shawl aku pasni. Haha.

Tetiba masa nak tido semalam aku terpikir apesal aku berani ambik pekerja comel-comel macam ni tinggal serumah??

Tidakkah engkau merasa gentar wahai Diana?

Hmmm...kalau diiingat-ingatkan balik cerita-cerita dalam Mingguna Wanita (especially), memang banyak je kes-kes laki berskandal dengan bibik. Yang aku paling terkesan bila baca cerita asal satu lady ni, dia akauntan. Anak dah ada tapi tak ingat berapa orang. Dia sedar laki dia ada hubungan dnegan bibik dia dah terlambat sangat. Masa dia realized tu, laki dia dah kawen ngan bibik tu almost 2 years dah pun. Series gampang kan? I mean kau kawen lebih dari sorang tu bukan persoalannya. But kau dah la kawen dengan bibik kau pastu bibik kau tu (now wife) kekal duudk dalam rumah yang sama and bertindak sebagai bibik kau walhal kau dah kawen pun dengan dia? Eh apa ni? Kawen ramai nak tapi takde keadilan. Dah la menipu bini pertama, pastu kau tak adil dengan wife nombor dua kau. Like wadehel kau letak dua-dua satu rumah pastu yang sorang terpaksa berlakon all the time siap panggil kau "Bapak" lagi. Dasar pelir tak sedar diuntung. Kebetulan masa bini (1st wife) dia masuk dapur and nampak laki dia tengan hulur duit kat bibik (2nd wife) tu. So the wife tanya la "Duit apa tu?". Si kote ni gabra. Pastu yang bibik tu tetiba nangis ketakutan. Memang bingo la.

Kalau aku, aku salahkan laki tu jugak.
Bukan salahkan dia kawen dua tapi salahkan dia sebab bacul. Padahal kau sebenarnya tak mampu nak handle dua bini tapi nak jugak kawen dua pastu terpaksa menipu sana-sini. Tapi aku respek la sebab tahan gak almost 2 years penipuan dia. Siap tinggal serumah yang aku tak tahan. Kalau aku pun hangin. Dah la aku bayar gaji kau, makan minum aku tanggung pastu kau kawen dengan laki aku, beromen dalam rumah aku lak tu. Hoi kamon la kote! Pegi la bentikan bibik kau carik new bibik and letakkan bibik (2nd wife) kau tu kat rumah lain. Barulah fair. Kawen ramai nak, tapi nak bajet-bajet. Puiii.

Eh tetiba aku pulak yang ambik pekerja yang muda belia siap comel cantik lagi. Tapi aku belum sampai ke tahap gabra lagi la. Sebab aku macam malas pikir. Kang elok-elok aku ngan En Wan takde apa-apa tetiba  feeling insecure tu yang akan memporak-perandakan keadaan. Aku malas nak pikir-pikir sangat. Diharap jangan ada yang mencocok-cocok aku dengan cerita yang bukan-bukan.

Semalam tanya En Wan :

Aku : Bang, berani-berani je Di ambik budak tu kan? Dah la cantik budak tu.

En Wan : Jangan merepek la Di. Abang tak tepikir lansung.


Cewahhhh.
Kemain lagi ayat nak sedapkan hati aku.


Aku : Tetek Di ngan dia sape lagi besar?

Abang : Entah, tak tengok. Awak kot.


Ewah, dalam pada "tak tengok" tu ujung-ujung cakap aku punya lagi besar, Maknanya sempat la jeling-jeling kan?
Kannnnnn?????

Takpe...takpe.
Baiklah.
Sape ada jual masker payudara kat sini?

posted by aveo757 @ 4:29 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER