2012-11-20

Maid dan gaji besar tak dapat dipisahkan


Siapa pernah ada pengalaman maid lari?

Oh entry ni bukan sebab maid aku lari.
Alhamdulillah bibik aku ada je lagi kat rumah.
Tapi ada reader mengadu kat aku (melalui email) yang maid dia lari. Tahun lepas sekali dah lari. Pastu tahun ni dia ambik new maid, pun baru-baru ni lari. Now ni dia macam dah troma nak ambil pembantu tapi nak hantar kar nursery macam tak yakin.

Memang banyak dah kes maid lari. Ada yang sebab tak tahan dengan majikan. Ada yang sebab hasutan member. Ada yang bangsa pemalas nak mampos datang sini menggentel bijik je keje. Semua ni ada reason cuma kita sedar ngan tak sedar je punca maid lari. Macam aku, setakat ni aku dah ambik 5 orang bibik dari tahun 2004.

Bibik pertama kekal 2 tahun, keje pun bagus cuma dia ni over peramah, semua orang lalu dia tegur. Bibik kedua lari.
Bibik ketiga kekal 2 tahun 6 bulan.
Bibik keempat adelah bibik yang aku dah transform jadi tailor now.
Bibik kelima adelah bibik Lenny yang sekarang.

Cuma bibik kedua je yang sengal.
Otak tak berapa nak center pun ye gak.
Sebab tu dia lari, bodoh sangat. Senang benar nak percaya cakap member. Ntah mana la meruyup pompuan tu. Dah la pi buat cerita aku tak bagi dia makan 6 bulan. Bangang kan? Kalau aku tak bagi kau makan 6 bulan dah lama kau mampos. Nak menipu pun agak-agak la. Kalau pi cakap aku tak bagi dia makan 6 hari lojik la jugak. Apa nak buat, biasa la tu kan. Bengap.

Tapi aku taknak citer pasal bekas bibik aku tu.
Yang aku nak cerita sekarang reason bibik tu lari.
Walaupun kat TV and paper tunjuk bibik lari sebab didera, tapi aku yakin kebanyakkan kes bibik lari adelah sebab lain. Bukan didera. Memang ada kes bibik didera, yang ni aku pun sakit hati. Gila takde hati perut kan sampai nak seterika tetek bibik tu, curah air panas, etc. Aku berdepan dengan bibik aku yang kedua tu pun paling bangsat aku pekik je kat muka dia. Tampa pun tak walaupun sebenarnya aku nak sangat tampa dia.

Percayalah cakap aku, bibik-bibik yang lari ni kebanyakkannya terpengaruh dengan cakap member "Kat sana gaji lagi mahal"

Tapi biasa la kan, dorang ni kalau aku cakap bangang kang marah pulak.
Tapi takde ke terfikir kat kepala dorang, kalau betul kat sana tu gaji mahal, majikan baik, dapat cuti 3 hari seminggu, kejadah apa kawan kau tak keje je "kat sana" tu? Apesal dia suggest kat kau pulak? Kalau aku, takde de aku suggest kat member, baik aku selamatkan diri aku dulu kan.

Contohnya ada sorang bibik ni dia keje dengan kawan aku. Dah 7-8 bulan gitu pastu dia hint-hint kat majikan dia "Kawan saya kata di sana tu butuh pekerja restoran, gaji RM1000 sebulan". Tu nak bagitau yang gaji dia sekarang rendah la. Kalau kau tak naikkan gaji aku, aku blah. Lebih kurang camtu. Memangla gaji kat restoran mahal tapi keje dia camana pulak.

Aku memang always bagitau semua bibik-bibik aku, kalau rasa-rasa nak carik keje lain, bagitau aku. Jangan kau nak lari bodoh macam tu je. Aku takde hal nak lepas kau tapi sebelum aku lepaskan kau aku nak kau pikir la seratus kali. Keje kat restoran ke, keje kat butik ke, keje kat salon ke, memang gaji lebih mahal dari keje sebagai maid. Maid sekarang RM700-800. Ada yang masih bagi RM600. Keje kat kedai kau boleh dapat RM1000. Tapi keje dia macamana?

Kat kedai, kau ada peluang bersantai-santai sambil keje sambil ngadap Nada Cinta?
Kalau kat rumah, sambil-sambil lipat baju, gosok baju ko leh hadap tv. Aku jenis tak kisah kau nak tengok tv ke, kau nak membuta ke, yang aku tau balik rumah semua keje siap. Kau nak lipar baju sambil tido pun aku tak kisah.

Gaji yang kedai bagi kau tu termasuk tempat tinggal, makan and pengangkutan ke?
Kalau kat rumah aku, kau tido baring free, makan free, pi jalan aku angkut sekali. Kau punya deodoran ke, kau punya pencuci muka ke, even kau punya jamu pun aku bayar sikit tak potong gaji. Agak-agak kalau kau keje kat kedai tu majikan kau mampu nak layan macam tu? Dia bolayan lagi ada.

Sometimes, maid-maid ni dorang tak faham.
Dorang datang sini untuk carik keje, dapatkan duit. Kalau ada yang boleh bagi gaji lagi besar lagi bagus. Macam kita jugak la, kalau ada yang offer gaji tinggi wadehel kau nak stay kat tempat keje skarang kan. Wajibulghunnah melompat kompeni lain.
Jadi, kita akena explain kat dorang. Dorang ni dengar 2 ribu dah meloncat dah.
Tapi dorang tak selidik dulu adekah 2 ribu tu dapat bersih?

Macam tailor aku skarang la contohnya.
Gaji dia aku bagi more than RM1500 tapi less than RM2000.
Masa kitorang bincang tentang gaji dia before aku convert dia ke position tailor, dia ada bagitau gaji dia di saudi 2500 rupi, equal to RM2500 Malaysia. Dengan skill dia, aku agree dia layak dapat gaji macam tu (gila kauuu....gaji dia RM2500 tuuuuu. Sama macam gaji pertama En Wan tahun 2001. Kah kah kah).

Tapi aku explain kat dia, gaji dia RM2500 di Saudi memang lagi banyak dari apa yang aku offer kat dia. Tapi dia kena ingat, di Saudi, dia sewa rumah sendiri. Makan sendiri. Pengakutan pi kedai sendiri.

Aku bagi dia RM1*00 tapi dia duduk rumah aku, makan di rumah aku, in fact aku tak kisah kalau kau nak masak apa pun yang ada dalam fridge tu, pi keje berhantar berjemput. Kalau aku outstation or tak dapat nak hantar, aku sewakan teksi fetch dia dari rumah ke tempat keje dan teksi tu akan jemput dia balik dari ofis bila habis waktu keje. On top of that aku bagi dia komisyen sekiranya dia hit certain sales target walaupun sebenarnya tugas mencari sales adelah aku. Dia hanya jalankan tempahan aje. Tapi takpela, aku bagi komisyen supaya dia semangat nak siapkan tempahan lebih banyak. Aku suruh dia kira berapa agak-agak jumlah sebenar gaji yang dia dapat. Lepas tu baru dia setuju and happy. Aku pernah tanya sorang tukang jahit kat butik, gaji dia RM1200. Makan sendiri, gi keje duit minyak naik motor sendiri, sewa rumah sendiri. Berapa yang tinggal hujung bulan? Kesian pulak aku dengar.

So aku rasa, majikan-majikan jangan melenting sangat la kalau maid kita hint-hint nak carik keje tempat lain. Kita kena explian kat dia sebab kita tak boleh anggap pemikiran dia adelah seperti kita. Bukan nak kata kita pandai, dia tak pandai. Tapi dia mungkin terlepas pandang benda-benda penting macam ni. dia cuma nampak figure je. Tapi kalau dia insist nak blah, kita masih boleh kenakan syarat.  Macam aku, aku cakap perjanjian kita adelah 2 tahun. Kalau kau nak berenti keje dari rumah aku, aku akan belikan tiket and hantar kau balik. Batalkan permit. Nama aku nak pass kau kat majikan lain sorry la. Aku berhabis nak bawak kau datang Malaysia okeh. So aku hantar kau balik Indonesia dulu. Lepas tu kau nak datang balik Malaysia keje dengan orang lain kau punya pasal. Tu aku dah bagi option paling baik la tu. Melainkan kau nak lari jugak, silalah lari sebagai pelarian sebab passport kau aku pegang.

Macam bibik kedua aku tu la. Dia tak reti buat keje, taunya tengok katun. Tengok sinetron aku tahan lagi. Ini tengok katun okeh?? Siap la pulak sambil tengok katun sambil makan Mamee and main lori Redza. Aku konfius aku ni ambik pembantu ke, ambik anak angkat terencat akal? Bila aku report kat agen dia, agen dia asik la suruh bagi bibik tu peluang..peluang..peluang... Asik la suruh aku bagi anak buah dia peluang. Aku ada cara-cara nak bagi pelupuh dah ni. Bila aku tanya "Ni kamu bisa kerja ke tidak? Kalau tak bisa, saya hantar pulang"

Kemain pantas jawab "Bisa!.....Tapi saya ngak bisa masak, tak bisa basuh"

Mentekedarah bisa???????

Gila stress.

Last-last dia larikan diri. Lari beramai-ramai dengan 2 orang lagi bibik kat kawasan tu.
Sukati kau la. Yang penting passport kau ada kat aku. Gaji bulan tu pun aku tak sempat bagi. Jimat sikit. Hahaha.