2012-11-18

Random (banyak gila random ni)




Happy Sunday semua!!
Balik-balik muka aku kan?
Hahah, ada aku kesah?

Cantik tak lebam bawah mata aku? Kau ingat senang nak bentuk tu? Bukan calang-calang orang leh kuar rumah dengan mata lebam macam tu. Set-set pailang je mampu.

Aku kat opis now.
Hepinyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Dari Khamis lepas aku tido kul 3am bangkit kul 5.15am. Pastu pagi ni masuk opis. Sangatlah happy-nya masuk office di hari Ahad macamkan takde besok nak masuk opis kan? Tapi memang esok aku tak masuk opis pun sebab esok adelah merayap day. Aku tak tau la larat ke tak nak drive esok. Balik ni kang aku nam membuta cukup-cukup.


Satu
Ada banyak sebenarnya benda aku nak share especially email-email dari reader yang mintak pandangan tentang masalah peribadi masing-masing. Sorry, satu pun aku tak respond. Tapi aku dah baca semuanya, insyallah ada masa aku reply sorang-sorang. Kalau ada antara email tu yang aku rasa boleh share di sini (bukan share email, tapi share cerita saje), aku akan buat.


Dua
Lagi satu, nak bagitau, aku dah tak larat nak buat iklan kat blog. Sebab everytime aku publish satu dua iklan, mencanak masuk request. Dulu aku larat melayan lagi. Now aku dah ada banyak keje nak buat. So aku tak rasa aku boleh handle semua request. Jadi bagi mengelakkan korang tertunggu-tunggu aku up-kan entry iklan korang, aku rasa tak adil la pulak kalau aku senyapkan diri kan. Ni aku nak bgtau, aku dapat email-email korang cuma aku dah tak dapat nak handle semua. Last week patutnya aku jumpa sorang reader yang nak mintak aku buatkan paid advertisement untuk service dia pun baru pagi tadi aku teringat, tu pun sebab kemaskan email folder. Sorry Marini, akak series terlupa.


Tiga
Aku sedang dalam proses testing satu BB cream with SPF 50!
Korang semua pernah dengan BB cream kan? Ok yang ni aku try ni bakal di-release dan pihak pengurusan telah meng-guineapig-kan aku. Tapi sebelum tu dorang dah guineapig-kan diri masing-masing. Result dia?
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.


Ompek
My beloved Ephyra customer yang dok tanya "Kak Di lagi lama pakai Ephyra kan? Apa Kak Di buat dengan kotak-kotak Ephyra eh?"

Good question.

Sebagai bekas seorang MacGyver, aku telah menjadikan kotak Ephyra tu sebagai tempai letak benang-benang tailor, kad-kad mainan Redza, tisu muka, consignment note dan brooch. Kalau korang gamak nak jadikan kotak Ephyra jewelry box, silakan. Aku takde hal. Memang aku dah buat pun.

Ada berita baik untuk new customer Ephyra yang nak try tapi takut tak serasi dengan badan. Soon Ephyra akan release-kan mini product, sort of trial pack yang you guys can also jadikan travel pack.
10 sachet/box.

Price?

Sabar....akan di-annouce very soon.


Lima
Sesiapa yang minat gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dengan designer brand nantikan kemunculan (cewah macam anugerah skrin je gaya) online boutique yang mengetengahkan women's clothing and accessories rekaan pereka tempatan. Fleur by Mrs Him will be in the group. Yihaaaaaaaaaaa!! Matila berangan jadi designer. Kah kah kah.
PANGGGGGG!! *berbuih mulut*


 Rantai gojes.
Teaser je ni....sebab tu sekerat je aku tunjuk.
Yang ni antara accessories pereka tempatan. Nak tau sape pereka dia?
Tunggu jugak. 
Haha.



Enam
Sehingga hari ni ramai yang dah bayar untuk skinny jeans, so aku tak berani nak cakap yang belum bayar tu tak jadi kirim, kalau tak sampai Rabu dorang tak masukkan duit, aku akan annouce berapa slot lagi yang ada. So pada yang mintak aku masukkan slot tu, aku tak boleh nak accept sebab setakat Jumaat lepas memang dah full. Tak sangka pulak sekejapan dah penuh slot. Maybe sebab harga cuma RM58. Kalau aku tau ramai nak, aku kurangkan sikit order kit aku. Tapi takpe, aku akan bawak masuk kit aku every month, kalau ada space, aku akan announe lagi.

Lagi satu yang mintak aku selitkan cardigan also aku takleh nak buat. Sebab ni bukan aku beli dari supplier and jual. Yang ni korang kirim. Jadi adat mintak tolong orang, bila aku mintak partner aku kat sana "tolong belikan", aku kena consider kepayahan dia untuk bawak balik berhelai-helai cardigan and jeans. Maybe jeans beli kat hujung sini, cardigan kena beli kat hujung sana. Jadi menyusahkan dia pulak. Ni pun dia willing belikan sebab every month aku hit sales target untuk bawak masuk kit company dia. Mau la jugak dia melayan aku. Aku pun takde la malu sangat nak mintak tolong kan. Memang tak malu pun. Haha. Jadikan marilah bersama-sama doakan aku supaya every month aku hit target so that aku boleh "mengirim" lagi bagi pihak korang.


Insyallah lepas ni aku akan try kirim cardigan sebab ramai pulak yang berminat. Aku pun nak tambah kaler. Tapi tak janji la ye, kalau ada slot sikit, aku boleh terima sikit je kiriman. Aku tunggu order dari USM ni, kalau USM jadi beli barang-barang aku, insyallah aku boleh bawak masuk cardigan tu cepat sikit sebab barang yang USM nak pakai tu pun kategori urgent tapi bergantung pada berat barang USM beli. Kalau melebihi muatan, aku tak kasik la korang kirim sebab nanti aku akan paksa korang bayar freight sekali. Nak share freght ke? Hehe.
Hari tu dia kata dalam lingkungan RM30-33/pc je cardigan ni. Nanti aku konfemkan balik. Kalau boleh biarlah korang dapat price ni gak, takyah la bayar-bayar freight segala.


Today aku pakai cardigan putih with skinny jeans red.



Tujuh
Hari tu ada orang tanya if aku ada kawan-kawan kat obersea yang boleh belikan beg Burberry/Prada/LV. Yes, memang kawan aku tu duduk Italy. Dia willing untuk belikan tapi dia kata harga pos LV adelah harga sebijik LV jugak. Camne tu? Melainkan kalau dia balik Mesia esok boleh la kot kirim.