2012-11-30

Look East


 

Tadi pagi sementara tunggu En Wan mandi, aku baca Tun punya notes kat FB.
Pasal Dasar Pandang ke Timur Programme. Walaupun aku bukan sebahagian dari tu, cuma kawen dengan produk Dasar Pandang ke Timur je tapi aku 100% setuju dengan apa yang Tun tulis ni. Aku memang admire cara orang Jepun. Masa aku pi sana dulu, padahal masa tu aku baru 12 tahun, memang berhingus berlendir lagi. Tapi mak bapak angkat aku greet aku and layan aku macamkan aku Duta Negara. Padahal Duta Kecil Negara je time tu. Anak-anak keluarga angkat aku pun kemain lagi respek aku padahal aku yang segan dengan dorang. Aku ingat lagi masa on the way nak balik ke airport, kereta mak angkat aku tersodok kereta depan. Just like apa yang Tun cakap, akalu ada collision, dorang akan keluar dari kereta, bow to each other, pastu discuss lebih kurang then masuk kereta. Takde pulak aku nampak dia bertekak bertempik kat tengah-tengah dunia tu. Kalau kita, selagi insurans company tak datang, memang takde la kita nak alih kereta kan. Jem pun jem lah.

Pastu lepas mak angkat aku masuk kereta, dia tolehkan kepala ke seat belakang and bow kepala berkali-kali kat aku say sorry. Padahal aku tak terperanjat pun. Cuma tersodok sikit je. Tak menjunam ke depan pun. Skills insyallah, tapi attitude rasanya kita belum sampai lagi level dorang. Jauh. Jauh sangat. Tapi tak mustahil.

Bos-bos En Wan pun kalau En Wan bawak dorang berjalan (kadang-kadang aku ikut sekali), taknak duduk seat depan. Dia beria-ia suruh aku yang duduk depan siap bukakkan pintu untuk aku masuk, boleh? Macam kita (not sure kalau orang lain practice benda yang sama) kalau ada lelaki naik kereta kita, perempuan otomatik akan beralih ke depan. Aku pun tak sure kenapa ya? Respek la kot. Entah, aku pun ikut-ikut orang je ni. Maybe lagi selesa kot perempuan di belakang. Biarlah lelaki kat depan. But cara dorang hormat orang lain tu yang aku kagum. Camana dorang boleh ada attitude macam tu eh?

Aku rasa kebanyakkan (of course tak semua) produk Dasar Pandang ke Timur ni 'inherit' attitude orang Jepun masa belajar kat sana. At least En Wan and some of his close frens ada that kualiti. Tapi kualiti tu yang mentensionkan aku. Bukan aku orang ye, tapi mak dia pun sama tensi. Kualiti ni sebenarnya ada pada semua orang tak kira la ko grad Jepun ke grad Zimbabwe. Tapi sebagai isteri budak grad Jepun, aku boleh nampak beza dia.

En Wan ni buat apa pun mesti nak cepat. Pastu dia punya tahap nak perfect tu boleh hilang akal aku melayan. Kalau dia kata "Lepas Zohor keluar" maknanya sebelum azan tu kau dah kena standby atas sejadah sebab dia punya "lepas Zohor" tu dalam lingkungan 10-15 minit je dia bagi kau masa bersiap. Kalau lepas azan baru kau nak ambik wuduk, baru nak terkeseng-keseng bentang sejadah, memang berasap la telinga kau dia sound. Sebab tu aku stress. Sebab aku kan lembab. Hahha.

Kalau dia kata "Lepas berita sukan nanti kita gi Giant", maksudnya betul-betul habis je berita sukan terus keluar. Dia takde de nak bagi gap 5-10 minit. Takde. 

Just like semalam, dia sampai rumah dari ofis pukul 7pm. Semalam hujan, pastu dia keluar dari ofis kul 5.30pm. Paham-paham je la Shah Alam kalau waktu balik keje camana kan. Depan Proton tu je dah hazab. Elok je sampai rumah, terus berlari masuk, capai Superdry jeans atas meja pastu keluar. Aku tak sempat nak tanya soalan, dia dari dalam kereta jerit "Abang nak pi Puchong hantar jeans, budak tu tunggu lagi kat opis".

Melopong je aku.

Aku tau la kau nak jadi customer service yang superb.
Tapi takkan la tak boleh slow-slow. Aku rasa customer tu pun paham, time balik keje jem macamana. Pulak tu ko dari Shah Alam nak ke Puchong. Hujan lak tu. Hello, benda tu boleh bagi explanation la. Kau tak explain memang la customer tak tau. Cuba explain. Mak mertua aku pun geleng-geleng kepala.

Sebab tu aku tak akan berkerja dengan En Wan. Tolong boleh. Kerjasama nehi. Sebab aku stress dengan dia. Keje nak cepat pastu teliti gila. Aku pun bukannya cincai buat keje, tapi takde la sampai nak perfect tak bertempat. Just pikir lojik sudah la kan. Macam kalau benda aku leh simpan dalam laptop, aku simpan je. Kalau dia tak. Semua benda dia nak ada hardcopy. Sebab tu dia ada satu folder khas simpan segala mak nenek resit. Resit beli barang Giant pun dia simpan. Sampah ok, sampah. Aku toksah kata nak simpan resit Giant, barang yang aku beli pun kadang-kadang tertinggal kat Giant. Ok, yang ni jangan ikut perangai aku. Cuai dan terlampau tak kisah.



Padahal nak pos jeans je tapi dia punya 'paper work' macam nak buat tesis! Pukul 6 pagi buat packing ni don't play-play okeh. Siap masukkan data dalam excel, ada highlite dengan kaler, print segala. Padahal laptop ada. Macam aku, semua aku masukkan dalam excel worksheet je. Takde keje aku nak print bagai. Habis ink aku je.

Yang best tu aku tengok dia reply sms budak-budak yang pesan jeans. Gila bahasa melayu rapi!
"Encik, maaf. Jeans saiz 41 yang Encik pesan.....bla bla bla"

Encik ok, encik!



Gila formal tulis email instruct buat payment. 
Kalau aku jadi customer, takut aku nak tangguh payment lama-lama. Hahha.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cuab tengok aku pulak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 
Beza kan dengan aku punya kekdah mintak payment?

Wakakaka.

Ada aku kesah? Janji mesej sampai.
Reader-reader aku semua kepala sempoi, dorang mesti paham punya. Kan kan kan?