2012-08-03

Takde pendirian punya worang

Seb baik aku layan Dejavu di Kinabalu secara melompat-lompat.
Kalau tak mesti aku dah stress macam budak-budak kat FB.

Memula aku tak tengok pun Dejavu ni, sebab aku kan memang malas nak tengok cerita bersambung-sambung. Tapi sebab Mak Aji dok mengkenen cerita ni kat aku tambahan pulak Aqasha memang menyelerakan, maka aku layan jugak la 4-5 episod.

Minggu ni siang-siang Mak Aji dah bagitau this week episod akhir, so aku pun layan la hari Rabu punya episod.

Gila menyampah aku dengan 3 orang tu.
Baik si Aqasha, pompuan tu apa nama dia aku lupa pulak, pastu Bazli (kalau nama laki memang senang je aku ingat. Standard la kan).

Yang pastinya tiga-tiga orang ni tak tau apa sebenarnya yang dorang nak.
Kejap kang bercinta dengan orang ni.
Pastu cinta mati pulak dengan orang tu.
Pastu patah balik kat orang ni.

It reminds me of someone yang sampai skarang aku tak tau if dia dah nampak ke belum hala tuju hidup dia.
Tapi aku sangat yakin dia tak nampak lagi.

Mula-mula A couple dengan B.
Pastu terpaksa berjauhan.
Dalam masa berjauhan tu A tersangkut kat C.
At the same time A melayan jugak B. Tapi layan dengan surat-menyurat je la.
Bila A dah kembali bersama dengan B, hari-hari dok mengadap muka B, ohhh baru lah tersedar yang B lebih membawa makna dalam hidupnya.
Tinggallah C terkontang kanting.

After a few years, A terserempak dengan C semula.
Terserempaknya sekali je tapi angaunya forever.
A berusaha menjejaki C, then slowly balas-balas email, pastu chatting, pastu makan-makan, pastu bertenet balik semula. Tetiba A realized yang C rupanya lebih banyak persamaan dan membawa kegembiraan dalam hidup.

Yang si B pulak tau hubungan A dengan C tapi sebab taknak kalah punya pasal, sanggup sengsara sorang-sorang. Apa dia dapat pun aku tak tau la.
At the same time C dah ada D. Tapi D tak duduk di negeri yang sama.
Tapi sebab cinta dulu tak kesampaian kan, so bila A mengorat, C pun sama naik la menggeletisnya.
Bila D berpindah duduk dekat dengan C, C tinggalkan A.
Tapi lepas 1-2 bulan start hantar email balik ajak lunch la apa la.




Kes member aku ni lebih kurang macam cerita Dejavu tu jugak.
Memula nak, pastu taknak.
Pastu nak balik, pastu macam taknak. Tapi sebenarnya nak.
Ntah apa-apa.

Sebenarnya dorang semua ni tak sedar pun yang diri dorang tak penting pun dalam hidup each other.
Kalau penting, takkan lah semudah tu nak bertukar cinta sekelip mata kan.

"Oh Aqasha sebenarnya tak nak aku. Ok takpe, takpe. Aku ambik Bazli"

Yang si Bazli pulak, "Oh kau nak kat aku balik ke? Ok ok, aku tinggalkan girlfren aku skarang jugak".

Nampak macam cinta sejati eh?
Like the best man win katanya.
Padahal masing-masing sebenarnya tak penting pun dalam hidup each other. Just jadi tempat nak selamatkan diri je.Tak boleh ke kau tetapkan pendirian sikit.

Perangai si Bazli ni sama dengan sorang lagi kawan aku.
Sampai skarang macam tu jugak perangai dia.
Apa gf (dulu) dia nak semua dia sediakan.
Nak makan apa, cakap je, sanggup pi carik ni.
Yang si gf tu lemak, mintak yang bukan-bukan.
Nak makan eskrim Mat Cool tapi nak eskrim perasa stoberi je. Sikit pun jangan bercampur dengan perasa lain. Biasa la kan kalau eskrim Mat Cool ni scoop dia bercampur-campur eskrim peasa coklat, stoberi and jagung. Ohh mati-mati gf ni taknak. Sikitttttttttt pun taknak ada calit perasa lain. Stoberi je! Kalau tak, taknak makan.

Ada satu kali tu teringin nak makan kedondong tapi nak yang fresh baru lepas petik.
Boleh???

Ada beza ke kedondong kat Jusco dengan kedondong tepi jalan dengan kedondong baru lepas petik?
Kalau aku nasik kangkangkan kedondong tu pun ko telan jugak agaknya.

Kawan-kawan laki aku kan kebanyakkannya dengan aku kemain brutal lagi siap sumbat kepala aku kat ketiak dorang (dulu la) tapi bila dengan perempuan lain masing-masing mati pucuk. Romantik tak bertempat. Bodoh tak agak-agak. Aku bagi satu kali ketuk kedondong kat dahi kang baru datang akai.

Aku tau masing-masing tak habis stress lagi dengan Dejavu di Kinabalu.
Rasa sia-sia kan dok melayan tetiap malam?
Seb baik aku melayan takat 4-5 episod je. Tu pun dah rasa cukup menyesal.
Mesej cerita ni aku tak nampak sangat.
Or maybe yang the last part bila dia bertembung dengan Aqasha tu jantung dia berdegup menunjukkan sebenarnya dia memang cintakan Aqasha. Segala persamaan and apa yang dia rasa masa dia dengan jantung lama tu semuanya kebetulan je.
Agaknya la kot.

Tapi kesimpulan cerita ni aku tau.
Kesimpulannya, janganlah menjadi seperti 2 lelaki itu yang takde pendirian berebutkan cinta seorang perempuan yang lansung tak setia.

Sekian.



Ini gambaran kereta aku tadi pagi.
Dah macam lori pikap.

Ok yang aku emailkan tracking number kelmarin, semuanya dah dipos tadi.
Another 44 box Selasa depan akan dipos insyallah (Isnin Selangor cuti) sebab stok tak cukup. Tadi dapat, tadi jugak habis. Yang tak dapat email tracking number dari aku maknanya korang punya akan masuk batch next Selasa ye. Harap bersabar.

Agen kukis yang collect dari rumah aku, sila berbuat demikian dengan kadar segera sebab dalam rumah ni ada sorang askar wataniah yang suka membuat keje-keje amal membersihkan almari. Hari tu aku tengok senduk and 4 biji sudu ada dalam tong sampah. Aku takut tetiba kang balang biskut bakal mengikut jejak.
Oh ya, sila datang malam ni lepas waktu berbuka. Atau esok. Tapi jangan Ahad.
Kalau aku takde, bibik ada. Dia tau nama-nama yang nak collect kukis.