walk on wings, tread in air: Jasad <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Jasad
2012-08-04
Sejak bulan puasa ni, lepas sahur memang malas nak tido balik.
Terus buat keje santak ke petang.
Agaknya semalam badan aku dah jadi terlampau penat sebab pagi aku rush pi jumpa customer kat Shah Alam, pastu lari ke Serdang, pastu ke tempat customer kat Dengkil, pastu singgah Bangi jap ambik kukis, pastu ke Bukit Jalil pulak collect Ephyra then ke Shah Alam balik, singgah opis tengok apa benda atas meja ada, then balik rumah pack shawl and Ephyra. Pastu baru sedar dah nak pukul 4pm tak zohor lagi. Terkial-kial nak zohor pulak.
Tak sedar rupanya aku tertidor dengan bertelekung.
Rasa lembik sangat semalam.
Dah la 4 hari aku tak ambik Ephyra sebab nak bagi customer dulu (wah, mengungkit lah ni), haruslah lemau badan aku.

Tak tau la sebab aku terlalu penat sampai aku termimpi or aku berkhayal.
Masa Redza masuk bilik aku ambik iPAD, aku bangun.
Aku jalan nak ke toilet. Masa nak ke toilet tu aku nampak Redza kat depan katil tengah tengok iPAD.
Tapi Redza bukak TV kuat sangat, so aku toleh ke belakang nak sound dia suruh kecikkan TV, pastu aku nampak aku tengah tido atas katil!
Cuak gila masa tu sebab aku nampak aku baring atas katil dalam keadaan badan lurus and bertelekung. Gila tak cuak kau?

Aku rasa lama jugak aku berdiri pandang "diri" aku tengah tido.
Sebab waktu tu aku mengharapkan "diri" aku yang tengah tido tu bangun untuk bukak mata.
Aku rasa pelik sangat apesal ada dua Diana ni??
Siapa pulak yang tido atas katil aku? Bulan puasa mana ada hantu setan.

Masa tu tak terlintas lansung nak bersuara ke apa.
Aku rasa macam takut sangat.
Agaknya betul la orang kata bila seseorang tu dah mati, dia confuse bila nampak orang sekeliling menangis, meratap, baca Yassin, nampak diri terbujur atas katil, sehinggalah dia dah di bawa ke liang lahad baru dia sedar yang dia sebenarnya dah mati. Wallahualam.

Pastu, aku jalan balik ke katil and baring semula sama macam posisi "aku" tengah tido tu dengan harapan aku benar-benar terjaga dari tido. Masa tu aku dah terasa aku ni dah mati ke?
Tolong lah hidup balik.
Tolong lah.

Bila aku baring balik tu, aku terasa badan aku macam panas.
Bukan panas demam, macam seolah-olah panas darah meresap ke badan.
Pastu badan aku takleh gerak, macam kena tindih.
Lama gak, aku rasa dah nak nangis time tu.

Aku dengar Redza panggil aku "Ma...Ma..camana nak eja kitchenette?"

Masa tu aku berdoa tolong lah buatkan si Redza ni goyangkan badan aku.
Please...Please...

Pastu betul Redza sentuh aku.
Terus meloncat aku bangun.
Aku bangun dalam keadaan badan aku berpeluh.
Terasa macam nak demam.
Pastu aku nampak Redza tengah main iPAD di posisi yang sama masa aku "bangun" tadi, lagi la menguatkan keyakinan memang betul la roh aku yang berjalan tadi??

Sampai sekarang aku dok memikir lagi betul ke semalam tu aku nampak jasad aku atas katil?

Memang situasi tu sangat menakutkan.
Kau bangun and nampak diri kau tido dalam keadaan bertelekung.
Seb baik aku taknampak ada orang kat tepi-tepi tengah baca Yassin.
Kalau tak, lagi takut.

Tak pun, tetiba aku ternampak Nasir Bilal Khan kat tepi aku.
Oh dem!


posted by aveo757 @ 7:42 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER