walk on wings, tread in air: Liat <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Liat
2012-08-02
Ladies,

Korang ada masalah tak mengejutkan orang lelaki bangun untuk sahur?

Aku ni sejak dah masuk puasa nak kat 2 minggu, pitching suara aku dah makin mantap.
Mula-mula dulu tahan la lagi nak mengejutkan dua orang tu, "Bang...bangun bang, sahur. Ija, bangun Ja..."

Kemain mithali lagi suara aku.
Nak pulak mak mertua bangun sama, mendayu-dayu je suara aku kejutkan laki.

3-4 hari lepas tu "Bang...dah pukul lima suku ni...tak sempat nanti"

Masuk seminggu "Bang...bangun la cepat. Nanti tetiba azan kanggggg"

Kelmarin "Bang, cuba bangun kalau orang panggil tu. Asik hmmm..hmmm....hmmmmm. Bangunnya tak jugak"

Pagi tadi "Taknak bangun sudah. Esok kalau kat opis tetiba lembik, siap!"



Eh, tak kosser la aku nak menunggu dorang ni bangun.
Nak lagi si Redza.
2 hari lepas aku dah bagi pengajaran dah kat dia.
Aku kejutkan dia tak bangun. Balik-balik "Jap..jap.."

Bapak dia kejutkan pun sama "Ija nak bangun la ni...Jap".
Pastu sambung mengeroh.

Last-last aku panggil En Wan turun, jangan dikejut-kejutkan dah. Biar dia. Kau nak tido sangat kan?

Pukul 5.30am bila aku dah duduk atas sejadah, baru dia bangun "Ma, Ija dah sahur ke belum?"

Aku jawab "Dah. Semalam"


Actually memang sempat kalau nak temankan dia bersahur.
Tapi bapak dia dah sambung tido balik.
Aku pulak kalau dah nama aku dah duduk atas sejadah, memang jangan harap la aku nak tanggalkan tudung turun bawah balik teman kau makan. Dalam rumah ni ada undeng-undeng. Kalau aku cakap makan, kau kena makan. Kalau aku dah settle makan, baru kau nak terhegeh-hegeh mintak makanan, kau siap. Tak makan penampar aku dah cukup baik.

Memang lembik hari tu dia berpuasa.
Putih je bibir. Pucat lesi aku tengok.
Tapi dia tak mintak nak bukak puasa la sebab dia tau dia bakal kenyang seminggu kalau mintak bukak puasa depan aku. Aku kejut sahur kau taknak bangun, pastu ada hati taknak puasa? Memang mendapat la.

Semalam aku tak sempat nak kejut pun, dia dengar je aku masuk bilik air, terus terbangun.
Takut kebulur gamaknya kalau tak bersahur.
Si Redza ni pulak kalau bersahur tu mengalahkan berbuka.
Dengan nasi sepinggan, pastu vitagen, pastu roti with butter 2 keping. Kemain selera lagi kau. Aku nak telan 3 suap nasi pun rasa melecet anak tekak. Sebab tu aku nak Redza bangun sahur sebab time berbuka dia tak makan banyak.

Pagi ni dua-dua orang pulak buat hal.
Masing-masing taknak bangun sahur.
Yang aku aku hangin tu, lepas bersahur, the moment aku masuk balik ke bilik, En Wan "Di, bawak air naik tak?"

Wah wah wahhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Hari ni mintak bawak air ke bilik.
Esok lusa mesti mintak aku bawak naik nasik pulak.
Lemak niiiiiiii.

Tapi tadi aku bagi chan.
Takpe..takpe...
Hari ni je aku bawakkan air.
Esok pagi kalau mintak lagi, aku tadah air paip kat toilet je.

Aku rasa kat lorong rumah aku ni suara aku sorang je naik pagi-pagi.
Rumah lain aku dengar senyap sunyi je.
Lampu semua terang-benderang tapi takde suara pun.
Padahal rakyat dorang lagi ramai dari rumah aku.
Aku nak mengejutkan dua orang ni hazabullah.
Lagi 6-7 tahun nak mengejutkan lagi sorang laki dalam rumah ni aku rasa boleh terkeluar anak tekak aku.




p/s : Banyak permintaan untuk aku tolong promote kuih raya masing-masing. So kepada sape yang nak aku promote KUIH RAYA, please send details (gamba, description, harga, contact person, etc) ke email aku aveo757[at]yahoo[dot]com paling lewat Sabtu 12 tghri. Aku akan buat entry khas untuk promote kuih-kuih korang. Tq.

posted by aveo757 @ 10:41 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER