walk on wings, tread in air: Persiapan awal bagi mengelakkan terbukak puasa di kendian hari <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Persiapan awal bagi mengelakkan terbukak puasa di kendian hari
2012-07-09
Demam aku macam kebah tak berapa nak kebah eventho aku makan ubat macam makan kacang Pagoda.
Last-last aku terfikir maybe ubat ni tak berapa nak jalan sebab Ephyra (???)
Ephyra memang dah sah-sah energy booster, so bila aku demam-demam pun mentekedarah Ephyra, of cos badan aku sentiasa bertenaga nak buat keje walaupun hakikatnya aku tengah demam. Semangat nak buat keje tu sentiasa ada. Gamaknya sebab tu la aku tak baik-baik kot sebab walaupun aku rest, but sebenarnya tak ta berapa rest. Bila today aku stop Ephyra sehari, pekena ubat demam + selsema + batuk, terus ok.
Cuma ni hidung aku sumbat sebelah, maybe sebab dok dalam aircond the whole day so slow sikit la nak baik. Sesape yang demam agak-agak nak baik dengan betul, stop la Ephyra sekejap kot, kasik badan rest patu dah baik sambung balik.

Tapi dalam pada demam-demam tu, Sabtu ngan Ahad (today) aku keluar bershopping raya.
Haaaa tu dia.
Shopping raya okeh?
Boleh?

Melihatkan keadaan anak aku si buas tu, aku tak daya rasanya nak mengangkut dia pegi beli baju raya puasa nanti. Silap-silap aku bukak puasa waktu zohor. Lagipun masalah la kalau bawak si Redza ni time puasa, tak pasal dengan dia, dengan aku aku sekali togok air tengah jalan. Anak aku ni daya ketahanan terhadap hasutan syaitan belum berapa nak kukuh lagi. Kalau dia buat tebiat melepek-lepek kelaporang kat mall tu takpe lagi. Kang kalau dia buat merempan-rempan haus haus haus, tak pasal aku pula yang jadi amukan setan kat mall tu.

Kalau tengok video kat bawah ni korang mungkin mendapat jawapan kenapa aku diharuskan berbuka puasa tatkala membawa Rayyan beli baju raya :



Tak sangka kan, budak yang dulunya tersadai bersama emaknya 28 hari kat wad and dalam NICU 29 hari akhirnya menjadi selasak ni.

*urut dada*


So, semalam kitorang shopping terus baju-baju raya budak-budak ni.
Baju modern je la, kalau baju melayu takyah. Tailor aku boleh jahitkan antime. Cewah. Berlagak siallllll. Sekali baju tak siap baru tau.

Ada jugak la 4-5 orang mak-mak baya aku yang tengah berseso-seso acu baju kat anak-anak. Beli baju raya jugak gamaknya. Bibik-bibik aku dah belikan kain sorang sepasang 2 minggu lepas. Jahitlah ko sendiri. Tudung tunggu dah puasa sok kita serang PKNS. Pastu belikan sorang satu barang kat Body Shop. Ni sebenarnya takde dalam plan asal pun, tapi semalam aku belikan En Wan Tea Tree Facial Foam, so aku mintak dorang pilih sekali. Bibik Lenny nak lotion white musk. Bibik tailor nak perfume white musk. Wah wahh kemain lagi bibik-bibik zaman skarang, white musk taste-nya.

En Wan ni bukan kisah pencuci muka dia ada ke takde.
Kalau ada, dia pakai.
Kalau takde, dia blasah aku punya.
Bila aku masuk shower tengok facial wash aku lain macam je kemeknya, sah la memang orang tua ni guna barang aku. Aku tak tau la laki orang lain, tapi kalau laki aku ni memang aku dah paham sangat. Puas aku ajar kalau picit ubat gigi ke, facial wash ke, Bonjela ke, eye ointment ke, picit dari hujung tube. Ni tak.
Dia nak jugak picit kat tengah-tengah tube tu. So bila aku tengok facial wash aku lain macam je bentuk dia, sahih la dia ni yang guna.

Kalau aku tak belikan, memang takde la dia nak beli.
Dia takde hal.
Makeup remover aku pun dia bedal.
Janji muka dia bersih dia kata.


 

Dan sempatlah juga aku merembat lagi 4 color eye shadow kat Shu Eumura.
Sebenarnya Sabtu lepas sales Shu call cakap aku ada 2000 points tak redeem lagi.
So masa kat Sunay Piramid tu singgah la jap tengok apa barang aku boleh redeem.
Tapi aku tengok barang-barang nak redeem tu semua aku dah ada. So dia cakap boleh extend sampai Dec untuk accumulate points. So aku pun beli lah lagi 4 color.

Sebenarnya bukan aku pakai sangat pun eye shadow ni.
Saje je nak cukupkan syarat jadi perempuan. Haha.
Padahal jarang pakai.
Tapi tak kisah la, janji bila nak pakai esok, benda dah ada.



Sebenarnya aku nak penuhkan casing ni ha.
Bukannya nak pakai sangat pun.
Boleh letak 18 eyeshadow, nak beli sebijik kaler dah RM70+.
Beli la sebulan 4 bijik je.
Pakainya sebulan 4 kali.
By the time aku penuhkan casing ni, eyeshadow tu pun dah basi.

Masa aku beli Sabtu lepas ada orang buat make over.
Gila terer makeup artist tu mengkaler mata perempuan kat situ. Macam rilek je cepuh-cepuh kaler biru dengan pink pastu blend dengan gold segala. Kalau pandangan mata kasar kita biru + pink + gold dah macam Jawa sesat okeh? (cewah macamla kau melayu tulen)
Tapi hasil dia sangat la cantik.
Rasa nak tumbuk je mata perempuan tu sebab cantik sangat.



Kalau aku pakai eyeshadow cenggini la.
Kalau biru air laut, biru air laut la aku tenyeh semata.
Takde de aku reti nak blendkan dengan kaler lain.
Jadi aku pun tak paham apa motif aku beli eyeshadow banyak-banyak.

Oh yes, tengok gamb aku ni teringat pasal shawl.
Hari tu aku ada announe pasal shawl 9, tapi aku belum sempat lagi nak kelebet pasal shawl.
Nanti la aku dah reda sikit, aku akan masuk balik line shawl.


Pagi tadi, pekena nasik dagang kat SS19.
Sekali lagi aku lupa nak check apa nama warung tu. Sorry la ye.
Tapi bukan restoran, warung-warung je.
Walaupun aku selsema dan potensi nak dapat resdung sangat lah besar kalau makan ikan tongkol tapi ada aku kesah?????
Janji hasrat di hati dapat dipenuhi.
Maka, mendaganglah aku anak beranak.
Tak cukup nasik dagang, sapu pulak nasik minyok.
Baru baik demam la katakan.



Tak pandang kiri kanan dah dia ni.
Selalunya kalau nasik sampai dia bagi aku dulu. Ladies first konon.
Tapi tak applicable untuk nasik dagang ok?
Kalau nasik dagang sampai, dia mentekedarah dulu.
Aku punya lambat sampai, lantak.

Tapi memang gila real steel marvelles super avengers la nasik dagang mokcik ni.
Aku boleh habis sepinggan.
Boleh pulak bantu membelasah nasik minyak Redza.
Aku tak tau la yang berselera sangat tadi tu sebab aku baru kebah demam ke, or aku memang rindu nak makan nasik dagang ke or aku sememangnya kuat makan.


Makan nasik minyok kosong je.
Sebab ayam goreng takde.
Gulai daging dia tak makan.
Tapi walaupun dia tak makan, aku tetap order gulai daging untuk aku makan. Haha.



Cakap pasal makan ni aku nak tunjuk sikit cara paling efisyen untuk minum Ephyra.
Ephyra ni minum dengan AIR SEJUK atau setidak-tidaknya JANGAN YANG PANAS sebab Ephyra ni ada enzim. Enzim tak tahan suhu 40C ke atas. Try dengan susu sejuk, tengok terangat ke tak pantat sorang-sorang. Gila sedap okkkkkk.



Ini namanya teh O ais.
Tapi setelah dituang Ephyra, ia menjadi teh O ais limau.
Memandangkan masa ni aku minum kat mamak, maka ia menjadi tewowaislimo.

Of cos susah nak larut sikit.
Kau kena kacau sikit-sikit kasik dia larut.
Tapi kalau ada yang belum larut tu aku belasah je minum.

Howeverrrrrrrrrrrrrrrrrr, kalau nak lagi mudah dan cepat :



Ko nampak ni??
Ni namanya Ephyra shake.

Kekdahnya, letak air 200ml dalam botol, pastu tuang Ephyra, then tutupkan botol dan kita kocok-kocokkan. 15 saat je done. Boleh minum.

Susah?
Tak susah.

Kepada yang nak order Ephyra Promo Pack RM600, tarikh tutup promo adelah RAHSIA.
Tapi yang promo RM198 tu sampai raya.


Agen Cookies Anda : KLIK HERE
Promo Raya Ephyra RM198 : KLIK HERE
posted by aveo757 @ 12:07 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER