2012-07-15

Orang lain makan aku pun nak jugak...

Sebelum aku meneruskan kemerepekan untuk hari ni, aku nak buat official announcement yang tempahan baju untuk raya dah ditutup serapat-rapatnya, sehelai pun tailor aku tak boleh nak terima melainkan baju tu ko nak ambik seminggu lepas raya. Agak-agak nak pakai lepas raya, nak tempah baju kawen selepas raya, insyallah boleh. Silakan menkontek aku kat FB Fleur by Mrs Him.

Semalam last kopek membeli set-set benang and bahan-bahan jahitan yang dah habis.
Sejak ada tailoring bisnes ni, aku dah pandai pilih kaler benang.
Bibik train aku supaya tak buta warna.
Dulu masa aku ikut dia pegi beli benang, aku rasa macam apehal benang ni semua sama kaler. Rupanya kena tengok betul-betul. Kena acukan betul-betul kain tu dengan benang yang kau nak pilih. Sometimes beza dia sipi-sipi je. Boleh juling mata nak pastikan benang yang betul untuk kain yang betul.

After a while aku dah takyah bawak bibik pi beli barang jahitan. Aku dah boleh pegi sendiri. Bibik cuma bagi list je. Cewah, tetiba macam aku bekerja dengan dia pulak.




Ni antara kain-kain batch terakhir yang diterima untuk raya.
Berpinar jugak aku nak memahamkan tulisan bibik.



SEPINZ!

Korang rasa-rasa apa??

Teka..teka...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SPONGE!

Boleh???



Sat-sat lagi aku upload baju raya yang bibik designkan untuk aku.
Dia main belasah je buat.
Sikit tak tanya aku nak pakai baju apa.
Bila aku masuk bilik dia, tengok kat patung wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh baju aku ke ni????

Rupanya dia pakai ukuran-ukuran aku yang dulu and jahitkan baju raya.
Gamaknya dari sehari ke sehari nak mintak aku hantarkan design baju apa nak buat for raya aku bertangguh-tangguh. Padahal kedai sebelah bilik je, tu pun aku tak sempat. Eh tau-tau dah siap.
Dah try tadi. Okeh, puas hati. Belasah la, janji ada baju raya.

Semalam lepas Zohor, En Wan ajak gi Viva Homes kat Cheras tu.
Layankan aje la.
En Wan ni memang suka bab memenuhkan isi rumah.
Ni pun tadi aku dengar dia call kedai nak tempah sarung sofa.
Memandai-mandai je. Sikit tak tanya aku dulu.
Risau je aku kang dia pilih sofa kaler oren ke, baru dia macam Padaiyappa rumah aku. Dinding hijau, sofa oren. Kaler block lah sangatttttt.




Tapi aku rupanya yang sawan dulu bila masuk Viva Homes.
Gila lah tempat ni.
Pakkal rumah aku dah penuh.
Kalau agaknya dulu sebelum pindah rumah Viva Homes ni dah ada, mau hari-hari aku datang sini.
Memang one stop solution. Sape nak pindah rumah silakan lah datang sini.
Memang tempat selayaknya untuk buang duit. Konfem puas hati.

Aku rembat 8 sarung throw kusyen.
Jadiklah. Datang jauh-jauh kalau tak bawak balik barang badan akan terasa letih ok?


Nampak ni.
Main lambak-lambak je.
Tapi semua stylo.



Lalu depan salon ni terkesima dengan dinding yang penuh bunga ros.
Agak-agak nak buat outdoor photoshoot boleh la pakai baju wedding pastu redah Viva Homes bergamba je la depan dinding ni.


Memandangkan sebenarnya memang takde barang pun yang kitorang nak cari. Saje nak merayap taknak boring duduk rumah so bila dah jumpa sarung kusyen tu terus rasa malas dah nak berjalan. Barang-barang memang semua cantik-cantik. Tapi takde keperluan buat masa sekarang. Korang je la pegi beli eh? Aku tengok je nanti.

Terus book movie 8 jam.
Before masuk movie tengan beli bubble tea ada orang tegur "Are you Kak Di?"

Ok aku gelabah.

Aku ni memang gelabah je kalau orang tegur aku KAK DI.
Sebab memang reader je yang panggil macam tu.
Nama dia KUYA.
Thank you sebab tegur. Dan abaikan kegelabahan akak semalam.
Mesti dia menyaksikan kebangangan aku nak order bubble tea tapi tak paham-paham. Hahah.
Aku ni orang nak minum bubble tea, aku pun nak minum.
Orang tau order, aku tak.
Last-last berjaya jugak order.
Macam pelik je aku tengok menu dia. Terlampau banyak pilihan kot.
Yang aku beli kat Takoyaki tu memang satu tu je la minuman yang ada, so apa air aku mintak konfem ada bubble tea. Rasanya lebih mudah macam tu untuk orang blur macam aku.

Lepas movie, biasa la, lapar.
Aku nak makan Japanese Food jugak jugak!
En Wan bawak masuk sini :


Kazo Sushi.






Padahal aku makan ebi sushi je.
Tapi berangan nak masuk kedai sushi macamkan pandai makan semua.
Tapi at least now tekak aku dah boleh terima ebi sushi.
Tapi salmon sushi tu memang belum boleh terima.
Itu En Wan belasah sorang-sorang.
Nak makan caviar sushi sebab macam tempting tapi En Wan buat muka telor tersepit bila aku tanya "Sedap tak yang ni?"
Kalau tak sedap tu cakap je la tak sedap kan, ni siap buat muka kelat-kelat, nyampah aku.



2 piring ebi sushi and 1 piring salmon sushi sebagai appetizer.



Steadyyyyyy.....



Yeayy!!! Berjaya mengangkat sushi tersebut.



Sekali nak masuk dalam mulut pelepukkk jatuh balik kat piring.
Yang si udangnya melepek jatuh atas peha aku.

Failed!

Haishhh. 
Kau ni memang layak makan kat Mamak Ali Maju je la Diana...



Moriawase Tempura


Ebi Cheese Yaki


Kazo Sushi ni memang fokus kat sushi so kalau nak makan makanan lain tu limited.
But dia ada bento style.
Tapi aku takde selera sebab selection dia aku takut takleh masuk kat tekak.



Itadakimasu!




Agen Cookies Anda : KLIK HERE
Promo Raya Ephyra RM198 : KLIK HERE