Cara dia tonjolkan si Sam tu macamkan Sam tu tak bersalah. Ujung-ujung memang sah-sah Sam tu bersalah. Pebenda ni??? Aku dok ingatkan Sam tu terpedaya ke, terperangkap ke, sekali rupanya Sam tu saiko. Memang patut la kena gantung. Kalau aku, aku tanam hidup-hidup.
Eh, tetiba emosi terlajak.
Sam tu sebijik sebijon macam ex-bf aku dulu. Jenis kepala batu, takleh orang bakar-bakar sikit, takleh orang lebih sikit, padahal bangang tapi bajet bagus. Bila aku tengok 8 JAM tadi sumpah aku stress. Saling tak tumpah perangai macam ex-bf aku. Dari cara dia memaksa perempuan tu stay dengan dia tanpa cuba faham kenapa perempuan tu harus pergi, dengan perangai asal kena perli terus merempan, kepala batu taknak dengar cakap orang, eh semualah!!
Masa Sam balik gunting time paksa Mak Kam bagitau nombor telifon Yana tu memang sama je cara dia dengan ex-bf aku. Cumanya ex-bf aku tak baling gunting la kat Mak Aji kan, dia cuma bagi email ugutan je tapi macam sial la kan berani ugut-ugut orang tua. Dah la kau nak berkapel dengan anak pompuan orang tu. Apekegila la kau?
Masa scene Sam baling gunting tu lagi aku dah menyampah. Sorry la, lelaki kalau bangsa tak paham bahasa, dah orang tu kata takde takde dia paksa paksa jugak, memang sangat tak layak dibuat peneman hidup aku. Kang dia sesedap hidup, aku yang mati melayan tebiat dia.
Macam ex-bf aku dulu pun tebiat nak mampos macam ni jugak. Standardla kan kalau dah saiko tu, imaginasi dia memang ke arah negatif sokmo. Bila kita tak bagitau benda sebenar dia kata kita bohong. Bila kita cakap yang betul pun mati-mati dia kata kita tipu. Abis kau nak yang macamana sial?
Lagi satu masa scene Sam cakap kat Yana "Kalau kau tinggalkan aku pun aku bunuh!".
Sssssaaappppppp!
Aku boleh terasa darah aku naik dari muka ke kepala. Serta-merta rasa takut dulu datang balik. Exactly the same words yang ex-bf aku pernah cakap kat aku dulu.
Barua betul cerita ni. Buat aku tension je kat dalam tu. Yang En Wan pulak bila aku cakap "Bang, sebijik F bang!!!", "Sama bang macam F cakap kat Di!", dia boleh buat "Pewittttt. Mengimbau kenangan lama nampak?".
Kot aku bercinta dengan Aqasha ke boleh la nak dikenang indah-indah. Ini bercinta saiko, pelissssssssss lah aku nak imbau.
Tapi ending cerita tu sedih jugak la sebab kesian tengok banduan-banduan akhir nak ke tali gantung. Baru aku tau banduan akhir ni boleh pilih makanan terakhir tak lebih dari RM15. Kesian pulak. Cara-cara dah nak mati pun makanan takleh lebih RM15, apelah agaknya yang dorang makan hari-hari kat sana. Mesti kurang dari RM5 kot.
Apa-apa pun cerita tu tak nampak apa motifnya. Sabit nak tunjuk aksi bergasak je la kot.
Tang bergasak tu lagi la aku tension tengok. Macam over gila. Nak lagi part pencopet tu bergasak dengan Sam kat LRT station. Kejap-kejap buat somersault. Kejap-kejap melompat. Dia punya somersault tu macamkan nak terbang
padahal nak beralih dari kiri ke kanan je. Plis la okkk, malula sikit dengan Sivaji the Boss. Kot ye nak auta pun biarlah buat scene kejar peluru ke, tahan lori traktor dengan jari telunjuk ke, bergasak dengan 100 pengganas dengan menggunakan kaki kanan sambil duduk atas kerusi isap rokok ke....baru pueh hati. Ini dari kiri nak ke kanan setakat 100cm pun nak somersault. Puiiiiiiiii.
Cerita Jiwa Taiko lagiiiiiiiiiiiiii merepek. Baik aku layan karoot komedia.
Kelmarin aku tengok Jiwa Taiko kat Astro First. Pelakon gempak - Bront, Remy, Diana Daniell2e, Fizz Fairuz, Beto. Sekali jalan cerita...erghhhhh!!!
Daring sangat-sangat!!!!!!
Selamba je ada scene Remy Ishak kiss pipi perempuan tu time tido. Pastu aksi ringan-ringan dengan Diana Danielle.
Well, aku pun bukan baik sangat pun. But perlu ke kau tunjuk jalan cerita macam ni punya seksi? Tu belum lagi scene Bront ngan perempuan tu buat tarian ghairah tak berapa nak ghairah. Macam kepunden.
Aku rasa cerita melayu takyah over sangat la buat scene panas-panas ni sebab sebenarnya tak panas mana pun. Kelakar lagi ada. Ko macam nak tunjuk aksi hot but at the same time ko takut-takut jugak terover do. Nak french kiss takleh, kita buatlah kiss-kiss pipi.
Nak tunjuk the real ringan-ringan tak boleh, kita tunjuk lah gesel-gesel pipi, gesel-gesel badan pastu sebut line "Cukup cium aku sekali, kalau kali kedua takut aku tak boleh berenti".
Pehhh ayat. Boleh orgasma dengar.
Puiiiiiiiiiii.
Yang si Bront pulak buat aksi menari ghairah gesel-gesel depan belakang. Ohhhhh sakit mata gue.
Tapi tengok gak la kasik abis.
Mahal okkk. RM15!
Aku terperanjat tengok cerita dia macam tu punya daring. Dah la Redza tengok sekali time tu. Puas pulak aku nak mengexplain.
"Ma, dia kiss tu adik dia ke?"
En Wan kata baik tengok citer omputih. At least kalau Redza tanya kita boleh jawab "Itu omputih. Orang melayu tak boleh buat"
Jiwa Taiko ni konon macam Chan Ho Nam and the Hung Hing. Konon laaa..
Ntah mana jiwa taikonya aku tak nampak. Jiwang Taiko ada la.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone