2012-06-13

Singapore 2 - The Wedding

Pagi Sabtu tu kitorang konvoi 3 kereta.
Sebab another makcik aku from Bangi also bawak kereta.
Another makcik from Ampang sefamily naik flight terus turun Changi.
Sorang pakcik aku (abang Mak Aji) memang duduk JB, so kitorang gerak sekali.
Kalau nak ikutkan memang aku nak gerak sendiri je sebab sah-sah ada GPS so insyallah boleh sampai.
Tapi sebab pakcik aku nak gerak saing, jadi kitorang berkonvoilah.






Kan???????

Memang dah dijangka akan stuck kat sini.
Sebab rasanya Singapore keje kot Sabtu so kau gerak pagi-pagi pun still stuck.
Tapi seb baik abang-abang kastam dua-dua belah negara ok.




Masa ni menunggu kereta makcik aku.
Lam gak la kitorang tersadai kat tepi jalan ni.
Kuar masuk kuar masuk tunggu dorang tak muncul-muncul.
Dah la kitorang semua nak kejarkan nikah kat masjid.
Rupanya kereta makcik aku kena tahan dengan kastam Singapore.
Dorang bagi syarahan sebab roadtax kereta makcik aku lagu seminggu nak habis.
Tak tau la pulak aku prosedur nak masuk negara orang roadtax kena at least 3 bulan sebelum mati (????) walaupun kat white card dah terang-terang tulis masuk cuma sehari.
Apekah kaitannya pun aku tak tau.
Maybe syarat kot.
Makcik aku berbulu je dalam kereta pagi-pagi kena ceramah perdana free.

Tapi kitorang lagiiiiiiiiiiiiiiii berbulu sebab akhirnya ter-miss upacara nikah.
Sedih aku.
Punyalah berzaman aku tunggu abang Ajay aku kawen sekali time nikah tak dapat datang. Takde rezeki.
Cousin aku kat kereta depan siap call untuk dengan live telecast lafaz nikah.
Punyalah gigih masing-masing.

Dah la Mak Aji menahan kencing dari kat causeway kan?
Alih-alih kena benti tepi jalan pulak nak tunggu satu lagi kereta.
Gila nak pecah pundi kencing mak aku.
Tu yang amukan naga dalam kereta tu.
Kalau boleh keluar api kat mulut dia, dah terbakar kitorang dalam tu.

Bila satu lagi kereta sampai, kitorang gerak slow-sloe je lah sudah.
Nikah pun dah selesai kan, apa nak kejarkan lagi.
Terus carik public toilet.



Berbondong-bondong rombongan sedara-mara berdiri kat traffic lite.

Ni kalau kat Malaysia nampak bekelompok orang pakai baju melayu baju kurung tepi jalan konfem ramai kereta slow down nak jenguk-jenguk kot la orang buat pengambaran ke apa ke. Paham sangat dah aku dengan keperihatinan orang Malaysia. Tak boleh la nampak pelik sikit mesti jalan jadi jem. Semua kereta selow nak tengok. Nak tengok apa pun aku tak tau.

(pengalaman diri sebab aku pun kadang-kadang buat jugak. hahahha)





Masa ni awal lagi, baru kul 12.
Pengantin sanding kul 2.30pm.

Budak-budak katering pun tengah nak makan.
Yang dalam hall ni pun semuanya family.
Mana yang pakai baju turquoise/hijau/biru/biru air laut semua tu family belah abang Ajay aku.
Yang pakai kaler kuning/gold belah the wife - Rosz.





Kuih-muih



 
Mee soto




Food memang mahvehlessssssssss.
Nasi beriyani, rendang daging, ayam masak merah, sambal goreng, gulai kambing, dalca, udang goreng apa ntah lagi. Sampai aku tak reti nak pilih sebab selection gila banyak.
Yang penting sedap.

First time aku gi wedding yang katering dia tak benti-benti replenish food.
Selalunya yang aku pegi, mesti akan nampak katering satukan lauk, satukan nasik, kalau dah hujung-hujung majlis. But katering Charisma ni, dah sampai pukul 7pm pun dia still goreng pisang la, goreng vadeh la, kek, tambah cendol, siap pulak goreng fish fillet segala.

Aku pun apa lagi la.
Sama naik men-replenish-kan isi perut.
Seb baik pakai jubah kau.
Kalau pakai kebaya, mau tercampak butang kebaya aku.



Siap letak tajuk lauk.





Bagus!
Tenteram mak bapak nak makan bila dia pasangkan katun.



Dah suruh makan tu kan, kita makan je laaaaaaaaaaaaaa.
Nak lagi majlis sedara, oh memang takkan malu-malu punya.
Takyah susah-susah pelawa-pelawa aku makan la, memang aku nak makan sangat ni.








Ruangan candy

Siap ada paper bag ok kat meja candy ni.
Memang dorang galakkan kau tapau candy ni bawak balik kot.



Kek pengantin.

Aku rasa si Rosz ni gila brand Chanel kot.
Sebab nama FB dia pun ada letak Chanel.
Sampai ke kek pengantin pun ada lagi Chanel.


 
Tapi at the same time ada pulut pengantin jugak












Hantaran dalam sangkar dari pihak abang Ajay aku.
Hantaran gold dari Rosz.

Aku pun lupa nak pi kelebet barang hantaran.
Ni pun En Wan yang snap.



Jangan tak tau, belum panas bontot aku dalam dewan tu, Daddy aku (bapak abang Ajay) dah carik aku suruh aku jadi MC.

Aku macam WHATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT???

Mati la huru-hara majlis ni aku buat....

Tu gambar tu aku tengah mengedit teks ucapan.



Cousins



Daddy tengah memastikan bahawa bakal MC dalam keadaan baik.
Walaupun muka terpancar ke-gabra-an yang jelas.


Pelamin dia macam english style sikit.
Aku kan kalau pi majlis kawen orang mesti aku rasa stress tengok pelamin aku tak macam pelamin orang, khemah aku tak macam khemah orang, kek pengantin aku takde, bla bla bla...

Tu la kan, gatal umur 22 dah kawen.
Sape suruh tak kumpul duit dulu kan.
Pastu nak stress-stress.


 Tapi yang palingggggggggggg best adelah ini!

Nyanyian dari Kumpulan Nobat Kota Singa.
Semua lagu melayu-melayu dari filem-filem lama.
Sesape yang kat JB kot nak kawen aku suggest pegi la jempur Nobat Kota Singa ni.
Best sangat!

Frankly, aku tak sangka ada kumpulan macam  ni di Singapore.
Terasa macam berada kat zaman Nordin Ahmad.




This abang Ajay is cucu pertama dari atuk yang kedua (dari adik-beradik seibu-sebapa Mak Aji).
Adik beradik Mak Aji yang betulnya semua 6 orang.
Yang bapak lain (but semua tinggal serumah) ada 7 orang.
So memang tak nampak macam adik-beradik tiri. Semua close.
Nak pulak arwah atuk yang dulu nama dia Sheikh Abdul Rahman, atuk yang second (atuk aku) pulak nama dia Abd Rahman. Jadi takde orang perasan dorang adik-beradik tiri.

Jadi bila Mummy cakap Abang Ajay nak kawen, aku siang-siang dah sound En Wan book cuti.
Aku tak kira, aku nak turun Singapore jugak-jugak!
Kau tak dapat cuti, kau tinggal.

Tengah-tengah layan sembang ngan sedara-mara tetiba Mummy aku panggil.
Dia kata abang Ajay dah nak sampai. 
Bertempiaran the cousins tunggu tepi balkoni, yang turun menyambut and mengiring kat bawah pun ada.
Gila excited semua.


 Bapak panjang limo dia.
Apa isi kat dalam pun aku tak tau.





Tu diaaaaa...puteri Jawa and the prince.
Masa ni kitorang terpekik-pekik kat atas.
Mesti abang Ajay aku pasrah je melambai-lambai cousin-cousin kat atas.
Kesian ko kan dapat sedara macam kitorang. Nasib la.



...sambung esok-esok la eh.
Aku terbau kepok lekor pulak dah.
Nak turun minum.