walk on wings, tread in air: Singapore - The Wedding 2 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Singapore - The Wedding 2
2012-06-14
Aku admire gilaaaaaaaaaaaaaaa dengan baju Rosz.
Tapi hazab pulak aku pandang aksesori atas kepala tu.
Rosz kata memang berat gila bendalah atas kepala tu.
Ko bayangkan dari kul 2 lebih sampai almost 5 dia bersanding atas pelamin dengan beban atas kepala.
Dah la muka kena maintain.
Kalau aku, pitam.



Cantik!
Welkam, welkam to the family.




Walaupun dorang laki bini datang serentak satu kereta, tapi masuk asing-asing.
Mula-mula Rosz masuk dewan dulu.
Abang Ajay aku tinggal kat bawah. 


Pengantin boleh gelak-gelak lagi.
Sikit tak nervous.

Ada satu part tu Rosz siap gelek-gelek badan buat tarian Jawa lagi kat depan pintu.
Relax je dia.



Pengapit-pengapit adelah close frens





Bila Rosz dah settle down atas pelamin, baru Abang Ajay aku bergerak.
Ketua hulubalang dia hensem kauuuuu.
Kesian abang Ajay aku, tak dan nak kontrol hensem.
Tersengih-sengih dia tengok cousin-cousin bertempik kat atas.




Get ready nak masuk dewan




Makcik-makcik memperdajalkan abang Ajay aku tak kasik dia masuk.
Siap tutup pintu dewan lagi.

Patutnya yang buat tol keluarga belah perempuan la kan?
Tapi kat sini yang buat tol adelah keluarga sendiri. Kau ada?




Kesian pengantin. keluarga sendiri yang block dia tak kasik masuk dewan.
Nasib kau la bang...




Masa ni aku tengah bagi pantun kat pengantin.
Tapi sebab pengantin gabra tak ready aku nak bagi pantun last-last dia bagi duit je.
Tapi sebenarnya aku pun gabra gak.
Dibuatnya dia balas pantun aku, baru terkencet aku nak balas balik.





Sampai 4 tol dia kena lalu.
Last-last dia jerit "I want to see my wifeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
Hambik kau.
Terus bukak jalan.



Silat pengantin dari abang hulubalang hensem




Dah macam show citrawarna kat atas pentas ni.
Sampai tak cukup tempat tetamu nak duduk makan sebab yang dah habis makan semua taknak gerak-gerak sebab wedding ni dah macam konsert.
Sampaikan MC kena announce mintak those yang dah makan bagi laluan pada yang baru sampai.



Mak Aji and Pak Aji get ready dipanggil untuk merenjis.




Mak Aji sensitif.
Siap nangis-nangis sebak lagi time peluk Abang Ajay.
Lama sangat nak tunggu abang aku ni kawen.
Time aku kawen sikit dia tak nangis. Cis.



Couple yang depan sekali aunty and uncle aku (Singapore)
Yang belakang tu rasanya family Rosz.
And another couple kat belakang sekali aunty and uncle aku (Malaysia)



Redza dan candy yang ditapaunya.
Kesian Redza, maknya dah jumpa sedara lupa anak suami segala.
Bila pengantin dah bersanding baru aku carik anak aku.
Seb baik kau pandai bawak diri.




Untuk tetamu, dapat silver and gold glass.
Yang ni silver glass je, En Wan tak snap kot gold glass.
Tapi aku dapat dua-dua kaler.

Untuk tetamu yang dijemput tapi tak dapat datang, dapat coklat and candy yang dah dipack dalam bekas kayu. Punnnnnnnnn aku dapat gak.

Yang aku tak ambik adelah satu bag penuh makanan.
Sebab aku gila kenyang.



 
 Dorang punya meja makan beradap sangat simple.
Memang dorang dua je ada kat meja tu which aku rasa bagus jugak buat macam ni.
Sebab selalunya kalau time makan berdamai, mesti ada je makcik-makcik aku yang taknak makan dengan pengantin sebab masing-masing nak bersembang. Time-time macam ni la nak jumpa relatives. Lagipun semua dah makan siang-siang, yang belum makan cuma pengantin. Jadi, korang je lah yang makan.



 In the end, abang aku cakap dia tak potong pun pulut ni sebab tak sempat.
Nak potong kek lagi, nak bergambo lagi, nak jumpa tetamu lagi, pastu ada session tukar baju lagi.
Tapi last-last rasanya family jugak yang 'potongkan' sebab masa aku melepak mentekedarah goreng pisang kat koridor ada orang jemput rasa pulut. Tapi masa tu goreng pisang panas-panas baru sampai, so aku belasah pisang je sudah.



Anda kenal ini?



 Kenal???



 Sebenarnya aku pun tak kenal.
Hahahhahaha.

Sebab aku tak layan AXN.

Bila anak-anak dara ni gelupur kejar mamat ni aku tanya "Sape tu?"

Dorang cakap "Host Cash Cab"

Ohhhhh ok.
Tak kenal jugak.



 Aku dah nak balik baru another group of cousins (Singapore) sampai.
Dapat salam je la, pastu aku pun nak balik.
Yang baju maroon and white tu cousins aku : Kak Nabila and Kak Ija.
Yang baju biru makcik aku yang kereta dia kena tahan ngan kastam pagi tu.


 

Aku takleh imagine camana la si Rosz kena menari dengan nak balance-kan benda atas kepala tu.
Kurang hasam betul MC dua orang ni.
Aku tanya Rosz tak sakit ke, dia kata berat gilaaaaaaaaaa but then kena la sporting kan. Orang dah dera joget tu dia layankan aje. Bila lagi nak merasa kena torture.


Ok, aku nak tido.
Sambung esok-esok.

Esok-esok tau.
Bukan esok.
Hahaha.
posted by aveo757 @ 1:10 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER