walk on wings, tread in air: Singapore <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Singapore
2012-06-12
Jumaat lepas aku, En Wan and Redza keluar dari rumah pukul 7.30am to Bangi untuk ambik Mak Aji, Pak Aji and Ibal. Sedihnya tinggalkan Rayyan kat rumah. Kebetulan masa tu mak mertua aku belum sampai lagi dari Tganu, so kiranya Rayyan je la 'tuan rumah' dalam rumah aku sebab yang lain tu bibik-bibik. Berani-berani je aku tinggalkan anak ngan orang luar. Tapi takde la aku sampai terfikir yang bukan-bukan cuma rasa pelik bila berjalan tapi tak bawak anak. Kalau mak mertua aku punya passport tak buat hal memang konfem aku angkut Rayyan pergi sekali.

Memula plannya bawak semua sekali ke JB, tapi cuma aku, En Wan and Redza je yang masuk Spore.
Tapi macam tak sampai hati pulak kitorang masuk Spore tapi mak mertua aku tinggal kat hotel dengan bibik. So baik yang lain tinggal ke kat rumah terus. Tapi kejap-kejap aku call rumah tanya Rayyan macamana padahal mak mertua aku sampai dari Tganu petang Jumaat tu jugak. Kiranya keadaan rumah pagi Jumaat tu sama je macam har-hari keje lain, memang sah-sah Rayyan tinggal dengan bibik. Tapi sebab hakikatnya aku sebenarnya tengah berholiday, so the perasaan tu rasa macam keji gila tinggalkan anak.

Memula breakfast kat NU-IN Bangi dulu.
Punya la awal tak awalnya kitorang, sampai 10 minit kitorang bersidai depan restoran NUIN sebab dorang semua still menyapu-nyapu , meja pun tak bersusun lagi. Tapi sebab aku dah aim nak makan kat NUIN so macam saiko la jugak kitorang that day berdiri hadap dorang tengah susun kerusi meja. Tak pernah-pernah aku tunggu kedai bukak.

Then terus straight ke JB.
Stay kat M-Suite Hotel.
Patut la masa kitorang nak book hotel kat JB, hampir semua penuh. Yang available pun tahap-tahap lorong Haji Taib. Memula aku taknak duduk M-Suite ni sebab dalam webiste macam hapa je gamba bilik dia. Tapi sebab takde pilihan, ni je yang paling ok untuk 2 bedroom suite, so kitorang book yang ni. Rupanya ada Tilawah Al-Quran buat kat JB tahun ni. Patut la semua hotek penuh. Even M-Suite tu pun penuh. Masa kitorang sampai, aku tak tau la peserta ke, hakim ke, but dorang semua tengah tunggu bas Tilawah bawak ke masjid nak solat Jumaat.

Time orang lelaki solat, aku ngan Mak Aji lepak kat The Zone.
Takde apa yang best kat dalam tu.
Aku tengok cokelat Daim kat Duty Free Shop dia sama harga dengan kat LCCT.
Lagi murah kat Duty Free Langkawi.
Tapi maybe dorang attack Singaporean, setakat Daim RM32 ape sangat la kat Singaporean kan. Boleh beli tujuhblas bungkus.
Orang-orang macam aku ni sila la makan cokelat Cloud 9.








Lepas the lelaki-lelaki semua habis solat, dorang fetch kitorang kat The Zone and pi makan kat restoran Sedap Corner. Ramai orang kat sini, sedap sangat lah gamaknya kot.
Masuk-masuk je restoran Mak Aji dah ternampak deretan kuih-kuih melayu.
Otomatik kitorang cakap "Ok, restoran ni konfem sedap".

Aku memang suka pi restoran yang ada kuih-kuih melayu.
Aku tak tau la kat mana sangkut-pautnya tapi bagi aku kalau kedai tu kuih-muih melayu dia sedap, mesti menu-menu lain pun sedap gak.


Aku rasa ni sebenarnya rumah, tapi dia ubahsuai jadi restoran. Sebab dalaman kedai ni pun macam rumah je bentuk dia. Kalau kedai selalunya ruang dia terbuka, yang ni siap ada celah-celah, belok-belok.




Abaikan je la muka aku yang dari jarak jauh pun boleh nampak berlengasnya.
Aku rasa aku tau kenapa muka aku berlengas.
Aku tak serasi dengan powder MAC kot.
Aku punya Shu Eumura dah habis.
Kat area-area Subang Jaya ni, cuma kat Sunway Piramid je ada.
Malas betul aku nak masuk Sunway Piramid semata-mata nak cari bedak.

Kebetulan masa aku realized bedak aku tinggal serbuk, kitorang lalu depan Setia Alam Mall (apa ntah nama dia, mall baru). Carik-carik Shu Eumura takde. So gatal-gatal pi masuk MAC konon nak try la. Rembat satu compact powder and blusher.
Tapi rasanya takleh masuk ngan kulit aku la.
Or maybe sebab the powder ada cimbination dengan foundation sebab seingat aku that day the sales cakap ada 10% foundation ke apa ntah kat MAC compact powder.

So now aku tak tau mana aku nak sumbat si MAC ni.

Nak?



Nasi goreng kampung Pak Aji.
Nasi goreng kampung tapi ada ayam. Hmmm...???



Nasi ayam aku.
Tapi tak abis sebab ayam dia curah sambal.
Aku ni kalau makan nasik ayam, kepala aku mesti dah bayangkan ayam tu datang kat aku dengan keadaan kering. Sambal asing.
Bila nasik ni sampai dengan ayam dah bersimbah sos, memang mati syahwat.



Redza macam biasa, pi mana-mana pun mesti sotong.
This one, fried calamari.



Nasi belacan Thai En Wan



Baked Rice with Cheese Ibal



Tengah-tengah makan, hotel call cakap dah boleh check in.
Lepas makan terus check in and men-stretch-kan kaki.


Check in kaunter



Bilik 307.
2-bedroom suite.

Bilik aku belah kanan, bilik Mak Aji belah kiri.
Aku anak beranak satu bilik, yang lain-lain bergumpal satu bilik.



Ada kitchenette
Tapi nama aku nak masak memang tak la.
Aku kalau duduk hotel memang takde la nak prektikkan segala aktiviti memasak kat rumah.



Bilik aku.



Bilik air aku.
Siap berpanoramakan kapal korek.
Disebabkan dia tingkat 3 je, so everytime nak mandi terpaksa la turunkan blind.
Kalau dia bagi aku tingkat 13 memang konfem aku mandi tak turunkan langsir.



Terus call Ima suruh datang.
Ima tak pergi Singapore sebab adir ipar dia pulak bertunang besoknya.
So kitorang berpecah la.




Mirza Muammar





Dua-dua orang ni memang aku malas layan.
Sukati la nak buat apa pun.









Jane, dah anak dara.





Ko nampak tu?
Siap letak caution lagi.



Apa taknya, betul-betul pokok durian tu atas kepala.
Kalau la kena hempap?
Hilangkan nak bersukaria terus berdukanestapa kepala bocor.



Adegan biasa memandikan anak lepas berendam dalam pool.
Sampai biru mulut si Jannah ni punyalah lama berendam.

Tapi kan.....tapi kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Ada cerita best tau pasal bilik 307 ni.
Hahahahahhaha.

Nak dengar tak??

Nak dengar?

Hahahahahhaahahhahahahahhihihihihihiihihihihihihiihihihihihihiiiiiiiiiiiiiiiiii (tetiba tukar hihihihi kat hujung)

Malam terakhir kitorang tido sana kan, Ibal nampak the 7th person in the room.
Ngeri takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk??

Cenggini cerita dia.

Malam tu aku memang sah-sah la tak tau cerita kan sebab aku kat bilik lain.
So Ibal dengan Mak Aji tengah landing-landing sekali dengar Pak Aji ngigau.
So dorang ketawa-ketawa without knowing ada sebab kenapa Pak Aji ngigau.

Masa dorang semua dah tido, tetiba Ibal rasa macam katil dia bergoyang.
Dia sedar and nampak eloknya budak besar Redza tengah melompat-melompat kat hujung kaki dia. Kira "budak" tu tengah melompat atas katil dia.

Yang si Ibal ni pulak agaknya baru tersedar, so dia pandang ke budak tu, tak terbukak mulut nak sergah ke let alone nak terfikir budak mana sesat dalam bilik ni? Sebab Ibal kata budak tu rupa manusia, bukan rupa hantu. The best part is budak tu terus berjalan menebusi tingkap.

The moment budak tu hilang, Ibal dengan bunyi anjing bising menyalak.
Masa tu dia dah terfikir that budak is the benda tu la.
So dia panggil Pak Aji "Pa, Ibal rasa.....emm takpelah".

But Pak Aji pun maybe dah terasa something so Pak Aji tanya Ibal balik "Rasa apa? Rasa apa?"

Tapi Ibal sambung tido.

Esoknya Pak Aji kata dia mimpi ada benda nak masuk ke bilik dorang but dia sergah and tutup pintu.
Agaknya time dia "sergah" tu la dia ngigau sama.

Actually masa memula kitorang masuk bilik tu, Mak Aji dah tanya aku "Apesal bilik ni bau semacam eh?"

Aku pun bau semacam gak tapi aku ingatkan sebab bilik ni bertutup.
Sikit tak terfikir pasal hantu-hantu ni semua.

Tapi masa first nite tu takde apa-apa berlaku.
Second nite tu pulak dia nak bermesra-mesraan.
Agaknya sebab subuh and malam tu Pak Aji baca Quran kat hall. (apa kaitan ntah)

So this is why aku takut tido hotel sorang-sorang everytime outstation.
And now aku dah gabra, lagi 2 weeks aku akan start balik travel.
Aku rasa ada jugak aku tido kat lobby je pasni.


Ni on the first nite kat JB, makan kat Singgah Selalu.
Pekena seafood.



Dah sampai JB tapi tak pekena otak-otak maknanya korang belum betul-betul jejak JB lagi ok?
Settle 10 keping.




Aku tensi dengan akak yang ambik order ni.
Tulis beria-ia.
Tulisan pun sebijik-sebijik.
Tapi kejap-kejap tanya kitorang order apa.

Order apa tadi?
Tadi minta apa?
Apa tadi?

Pastu siap tulis order 2 kali.
Sikit je lagi aku nak terbalikkan meja.
Hangin betul aku.



Butter prawn



Lemon chicken



Fried chicken



Siakap bakar



Not bad jugak la harga dia.
That nite kitorang makan siakap 2 ekor, butter prawn, lemon chicken, fried chicken, tomyam, otak-otak, kacang rebus, sotong goreng, air = RM230.



The next day.
Wedding day.
Tapi ni masa tengah breakfast kat hotel.

Kul 5.15am aku bangun punya la sexited nak tengok cousin aku kawen.



Tema wedding turquoise.

Mak Aji sebenarnya tempah baju lain, jubah.
But since the color kain tu purple, so dia malu nak pakai takut dia sorang je lain daripada orang.
So sarung je la baju lama, janji turquoise.







Atuk and Ija, pun turquoise.
Baju Ija and baju apak dia sama.
Bibik yang buat.




Punya la excited sampai aku tak makan sangat.

Siap la pulak aku ngan En Wan berlumba-lumba kuar masuk toilet terberak-berak. Nervous konon.
Ntah sape yang kawen pun tak tau la tetiba aku laki bini yang sibuk nak nervous sampai cirit-birit.
Tapi seb baik pantek aku ni tau tatasusila bila berada di jalan raya.
Dah la causeway jem kan.
Mujur dia tak buat hal.

Tapi pagi tu memang kecoh gila la Mak Aji.
Dari kat causeway lagi dia dah bising-bising nak kencing la apa la.
Tau je la kan tengah-tengah jem nak benti kat mana.
Pastu tunggu keta makcik aku sangkut kat kastam lagi.
Memang bertambah-tambah tensi la Mak Aji kena menahan pundi kencing. Umur dah nak masuk 60, paham-paham je la kan. Lain la aku. Daya kemutan masih utuh. Prektis makes perfect. Hahaha.

Bila dah masuk Singapore dia salahkan hiway Singapore pulak "Apesal la Singapore ni takde RnR aku nak benti kencing bla bla bla bla..."

Aku duduk kat sebelah dah naik stress.
Dah la lambat nak pi masjid jumpa pengantin, yang sorang nak terkencing la, yang sorang kena tahan kastam la. Memang berpeluh dalam keta. Tapi berpeluh bantai gelak la.

Eh nanti la sambung.
Aku lapar la.

posted by aveo757 @ 6:00 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER