walk on wings, tread in air: Trip tak berapa nak trip <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Trip tak berapa nak trip
May 03, 2012
Dari Rabu lepas aku dok men-travel-kan diri ke utara pastu Sabtu start gerak ke Pantai Timur pulak.
Aku rasa kali ni perjalanan ke Tganu terasa lama gila!!!
Gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jauh Tganu ni aku rasa.
Padahal dah 11 tahun dah ulang-alik ke Manir tu tapi kali ni terasa jauh sangat.
Dah la banyak kali berenti sebab maklomla, rakyat ramai.
Stop solat, stop makan, stop tekencing, stop tukar driver, stop regang-regangkan badan. Len kali semua aku hantar naik flight, biar aku je ngan En Wan berdua-duaan dalam kereta.

Sabtu kitorang gerak kul 11am, sampai rumah mak nak dekat kul 8pm. Toksah kata sebu pantat, kepala aku sampai migrain sebab berkepam lama sangat dalam tudung. Pulak tu anak-anak aku tinggi pulak kasih-sayangnya hari tu. Semua nak duduk depan beriba dengan aku. Boleh?
Sebelah peha tampung 22 kilo, sebelah lagi tampung 11 kilo.
Tu belum lagi dia berdua bergasak depan muka aku.
Yang si abang nak tido mengangkang. Yang si adik pulak dengki tak kasik abang landing atas badan mak. Memang aku cakap pasni aku bawak masuk rotan sekali dalam kereta.

Siap la pulak kat Pantai mana eh, somewhere kat Marang kot, boleh la pulak terserempak dengan reader.
Hafiz Chan.
Tetiba je masa aku kuar dari kereta aku dengar orang sebut, mendatar je ton dia"Kak Di...En Wan..Kak Di...En Wan.."
Sekali toleh, tu diaaaaa....jejaka idaman Malaysia.
Idam je boleh, dapat belum tentu.
Namanya dok oversea, dah pekena kepok lekor sepinggan terus kuar sleng Ganu dia.

Kitorang pun lepak pekena kepok, sotong and mee goreng sekali.
Sampai rumah mak terus membuta. Jangan sibuk-sibuk nak suruh orang masak. Penat.


 Sampai-sampai kat pantai, aku tengok anak aku sorang je.
Mana lagi sorang???

Rupanya dah sampai pantai.

Kesian kan, budak Key El.
Nampak laut je jakun.
Dapat kutip cengkerang dah macam kejayaan besar gila.


Ni bibik lama yang dah transform jadi tailor.
Belakang tu bibik baru, kena jaga Redza.


Hasil tangkapan petang tu.
Dah sampai Tganu haruslah makan kepok lekor (cewah macam baru fisrt time makan je).
Boleh tahan kepok dia.
Tapi aku lagi suka kepok Manir.
Kali ni aku balik tak beli kepok lekor pun. Kepok keping pun tak.
Sebab kali ni balik memang atas urusan keje 100%.
Bandar pun tak masuk this time.


Besoknya pagi-pagi lagi aku dah gerak ke Kota Bharu.
Of cos En Wan kena jadi driver, dia takkan percaya punya aku drive lalu jalan kat Tganu-KB.
Dia kata kalau aku bawa keta lalu jalan-jalan macam ni konfem lusa baru sampai.
Sebab aku memang tak suka potong-memotong kenderaan.

Habis settle kat KB, terus patah balik rumah mak.
Basically hari tu memang keje je la.

Esoknya kat UMT lak.
Dapat pekena ni kat tengah jalan :

Nasi dagang En Wan punya


 
 Nasi minyok aku punya.

Nasib la kalau sesape terliur tengok gamba ni.



Habis kat UMT, En Wan ajak pi Cherating, Holiday Villa.
Sesape dalam list FB aku tau la kes aku amukan pasal surprise En Wan nak bawak aku pi Pulau Lang Tengah. Member kensel tempahan tu :(.
Padan muka aku.
Ala takpe, lagipun aku kan fobia laut.
Kalau dah nama kena naik bot untuk ke pulau tu, memang tak la aku nak pegi.

Tapi kesian gak member siap plan kono n nak celebrate 11th wedding ann kat private island, siap book bilik paling ekslusif. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bini buat rasukan ablasa.
Terus mati syahwat laki aku nak berhoneymoon.

Holiday Villa pun ok je.
Dah kata kalau bawak anak-anak siap dengan bibik pun aku angkut, honeymoon kejadahnya.
Takyah nak honeymoon sangat la ye bang, dah masuk tahun kesebelas ni, di mana-mana saje kita boleh honeymoon.

Di rumah pun boleh.
Di dalam kereta pun boleh.
Di kitchen I like. Eh.


 Holiday Villa Cherating

 
 Ni anak dia

 
 
 Ni bapak dia


Kitorang book chalet sebab senang sikit nak kuar masuk. Lebih privacy. Sesuai la kalau anak-anak ko jenis kuat bertempik macam anak-anak aku. Terpaksa book 2 chalet sebab tak muat sampai 4 adults. Lagipun aku perlukan ruang dan privacy untuk beraksi.


Tapi dekat je chalet bibik, berdepan-depan ngan chalet kitorang.


Tak sempat-menyempat nak rest, dorang ni semua ajak pi mandi laut.
Very the sorry la kalau nak suruh aku jejak laut.
Aku cecahkan kaki aku sikit kat air dah cukup baik.
Sejak aku kena gigit ngan obor-obor masa darjah 5 kat PCB (now pantai apa nama dia...cinta rembulan ke apa ntah) aku tak pernah hingin nak mandi laut. Troma gila.

Aku kasik dorang mandi berjemaah dulu kat pantai sementara aku golek-gole atas katil alone.
Agak-agak sejam pastu baru aku jengah ke pantai tengok apa jadi dengan anak-anak aku.


 Anak aku ni ada gaya-gaya macam ikut perangai aku.
Takut air and tak suka pasir melekat kat kaki.
Celemakkk macamkan pembersih sangat laaaaa.

 
Buatnya kemain lagi sampai 3 orang tapi hasilnya aku konfius.
Ni objek apa ni? 
Istana??
Kubu tahanan penjenayah?
Tapi yang pastinya anak aku melekit satu macam.


Dayang-dayang Redza and Rayyan


Kesian Redza. 
Nampak "berlainan" pulak dia dalam gamba ni.
Ye, salahkan lah mak kau ni.


Putih putih Rayyan, putih lagi laki aku rupanya.


Konon berseni la ambik gamba macam ni. Tuiii.



Sejak bertudung, aku dah malas nak join mandi-mandi kat kolam.
Rasa rimas pakai swimming suit seluar panjang ni semua.
Baik aku mandi bogel dalam bilik air baru pueh hati.
So, memang aku jadi fotographer sepenuh masa je la hari tu. Selain dari hulurka towel, kutip baju basah and jaga selipar.

En Wan bengang gak aku taknak join mandi.
Dia siap suruh aku beli baju renang muslimah tu tapi macam gila tak best berenang pakai baju tutup-tutup. Haha.

Malam tu lagi la aku berbulu dengan En Wan.
Dah decide dah nak pi join buffet.
Dah redah dalam coffee house tengok makanan-makanan, semua best-best. Desert dia semua yang merembeskan air liur. Sekali buffet start 8.30pm.
Masa tu baru pukul 8pm.
Aku cakap takpela, tunggu,
En Wan taknak tunggu sebab lapar. Masing-masing kan petang tadi terkinja-kinja dalam pool, konfem la kebulur. Aku cakap lagi setengah jam je pun. Tunggu je la.
Mati-mati dia taknak tunggu.

Okla fine.
Kuar gi makan kat sini :


Sekali lagi lama kena tunggu.
Of cos la kan.
Aku yang bangang matematik pun tau calculate masa.

Nak keluar carik port makan dah 10 minit.
Nak order lagi, nak tunggu order sampai lagi.
Order tak agak-agak. Nasi goreng USA la, nasi goreng cilip api la, nasik goreng Thai, mee hailam, siap kerang bakar segala.
By the time makanan sampai dah pukul 9pm.
Tapi aku diamkan je.
Sebab dia pun macam terpisat-pisat je tepi aku.
Dah malu sendiri la tu kan tapi taknak ngaku.
Ngahaha.



Pagi tu memang plannya kitorang dua nak pi pantai tunggu sunrise.
Sekali subuh 650am, sunrise jadahnya.
Tapi En Wan gigih "Boleh lagi ni...boleh lagi"
Dia sorang-sorang je pi beach. Aku tak kuasa nak pergi hari dah nak siang.

En Wan kata gelap-gelap macam tu dah ada orang mandi.
Omputih la.
Orang melayu mengeroh lagi.
Aku la tu.

Kul 830am kitorang siap-siap pi breakfast.
Food dia not bad la.
Ada sesetengah hotel food dia macam ikut selera tekak mak bapak dia je.
Tapi yang ni sangat variety dan sangat bertepatan dengan selera tekak masyarakat setempat.


Nasi dagang En Wan...again. 


Aku nak la jugak pekena nasik dagang sepinggan tapi sebab aku takleh makan ikan tongkol nanti rebeh hidung, maka aku ganti degan sosej.
Gila tak feel makan nasik dagang dengan sosej.
Baik makan nasik dagang dengan roti jala.


Puas hati dengan makanan dia.
Cuma aku je tak puas hati tak dapat makan semua.



Jauh betul beza kaler abang and adik.



Tapi yang bestnya about abang now, aku dah tak payah nak risau sangat.
Asal ada iPAD or PSP, semua boleh kawtim.

Kalau dulu dia macam tak tentu arah, semua benda macam tak settle. Now bila dah ralit dengan PSP, tenang sikit aku nak menguruskan adik. 

Tapi satu benda je la about PSP yang aku cukup tak berkenan. Dia taknak makan. Kalau makan pun just as cukupkan syaray takmo mak dia bertempik. Hari tu time makan dia sibuk dengan PSP. Sekali orang dah rilek-rilek tetiba dia cakap lapar. Ha, kau. Roh jin aprit pun sampai la kan. Aku ambik PSP ni aku sumbat dalam mulut dia. Hambik tu kau makan PSP! Time aku suruh makan kau taknak makan. Time aku nak landing ni barulah ko cakap lapar la, nak pitam la, nak muntah la, nak terbelahak la. Kunyah PSP tu!


Laki saya


Sape ingat lagi pasal kasut pengawas RM19.90 yang aku beli time aku tertinggal selipar kat rumah?
Gila selesa kasut murah ni.
Now kemana-mana aku memang sarung kasut ni je.
Kalau aku tau cenggini punya sodap, aku beli lapan!


Oh yes, esok wedding anniversary aku and En Wan yang ke 11 :)
Dia sms aku siang tadi ajak tengok movie.
Aku dah berbunga-bunga cinta.

"Cerita apa?"

"Avengers"

Apa kes aku nak celebrate ann dengan layan Avengers???
Pegi la ko dua beranak.
Kosser aku.
posted by green apple @ 9:32 PM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER