2012-05-05

Windmill

Semalam our 11th ann.
Tu pun sebenarnya nyaris terlupa.
Kalau tak kerana Holiday Villa, mesti semalam dengan selambanya aku gi opis.
Sebenarnya boleh je kalau nak pi opis, takde sangkut-paut pun ann dengan keje tapi memang dari dulu sampai skarang, setiap kali wedding ann, kitrang mesti ambik leave. Padahal bukan pi mana pun. Ngangkang je kat rumah.

Macam semalam lagi best, En Wan half day morning gi service kereta. Aku dok dalam bilik layan Astro 131. Dah malam baru keluar pi dinner.

Semalam En Wan bawak pi makan kat Windmill. The first Windmill kat Malaysia - Subang Jaya, area SJMC, depan Sheraton Subang (eh, ke Shangri-La?)


Heran gak aku En Wan bawak pi makan western food.
Aku ingat dia nak bawak pi pekena Jepun or Korea. Sebab dia ni memamg tak berapa jalan sangat kalau western food ni. Tapi kerana binik dia memang suka sirloin steak, maka dia bawak pi sini gamaknya.



Memang sesuai la aku pegi berdua je.
Tak dapat aku bayangkan kalau aku bawak anak-anak aku sekali masuk sini.
Memang tunggang-terbalik lilin-lilin ni semua agaknya.




Terlanjur aku pakai shawl ni, meh sini aku jawab soklan reader sekali.
Ada reader tanya kenapa aku tak modelkan diri sendiri untuk gayakan shawl-shawl yang aku jual.
Jawapannya adelah "Kulit akak itam dikkk. Konfem tak cantik kalau aku gayakan semua tudung-tudung aku. Dah la tudung-tudung aku semua kaler meriah. Lebam muka akak kalau pakai kaler hijo terang. Terus tak laku tudung akak".

Ni aku pakai tudung dari Shawl 11. Tudung code D12.
Kesian aku. Shawl oren dalam range Shawl 9 dulu aku tak dapat pun color oren sebab ramai sangat yang nak. Berdoa je aku dalam hati mintak-mintak ada orang kensel sehelai shawl oren tapi kaler oren tu sangat gojes lantas aku gigit jari.

Jadi, bila Shawl 11 siap je, aku terus rembat kaler oren ni dulu.
Puas hati.
Ok gak aku pakai kaler oren kan?
(terima kasih kepada cahaya lampu yang betul-betul ada atas kepala aku)



 Menjak-menjak asik membuat halal test ni, aku sangat concern dengan restaurant yang ada tanda halal.
Tapi semalam aku tak sempat carik sijil halal kat restoran ni, memandangkan terang-terang dalam menu dia ada tulis WE ONLY SERVE HALAL STEAK. Walaupun takde JAKIM certified, kita sebagai orang awam ni percaya je la pada certificate negara Islam luar. Insyallah.




Aku tak berapa paham apa budak ni tanya memula.

Bila En Wan order steak, dia tanya "How many cook?"

Muka aku dengan En Wan gila blur.
Apa yang how many cook?
Ke aku pekak?
Dia tanya "How many scoop kot?"
Tapi jadahnya order steak pakai scoop?

Bila dia tengok aku tak paham, dia cakap melayu "Nak berapa masak?"

Rupanya dia maksudkan How do you like your steak gamaknya.

Aku tak tau la aku yang bangang ke, dia yang bengong.



Ni antara promotion yang ada untuk customer pilih.



En Wan order set meal, so dapat sekali salad.
Kalau aku memang tak makan la sayur-sayur mentah ni.
Tapi En Wan walaupun sayur dia tak makan tapi kalau salad dia laju.
Pelik betul Terengganu sorang ni.



Aku order appetizer mushroom soup, kebetulan dia bagi bun so sangat lengkap appetizer aku.







En Wan punya.
Tapi aku bedal separuh.



Aku punya.
Bedal sorang-sorang.









Sekarang, aku dah start pakai anak tudung serkup.
Tudung awning aku pakai jugak, tapi sofar aku pakai untuk ke mamak and Giant je la sebab nak cepat.
Sauk and sarung.

Mula-mula aku pakai anak tudung serkup ni macam pelik je.
Dahi aku pulak kecik so bila pakai serkup nampak cam errr...
Macam jendul pun ada.
Lantaklah.

Antara sebab aku beralih pada anak tudung serkup adelah sebabbbbbbbbb.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Senang pakai sunnies.
Tu je pun sebabnya.
Hahah. Gedik.

Selama ni kalau pakai spek with tudung awning mesti awning aku terkangkang sebab sunnies aku gedabak.
Menyampah pulak aku tengok tudung kemek-kemek.
So aku tukar pada serkup.
Baru cerah pemandangan.
Pakai sunnies pun takde masalah.

Maka today, nak pi Ariani beli serkup banyak-banyak.