2012-05-07

Feed

Ni untuk makluman those yang takde dalam FB list aku.
Jumaat lepas aku dah letak kat status FB pasal ni.

Hari tu customer aku ada hantar 11 sample fish feed untuk aku buat halal screening.
Jumaat lepas, result dah siap.

Dari 11 sample, 10 positif ada DNA babi.

So, pada sesiapa yang ada bela ikan kat akuarium or ada kenalan/saudara yang ada farm ikan sangkar, aku warn please please pleaseeee kamu jangan nakal...eh.
PLEASE PAKAI GLOVE!
Maybe tak semua fish feed ada tempias-tempias babi tapi tak salah kalau kita curiga sikit kan.
Pakai glove je pun, bukan susah sangat.

Selalunya customer yang hantar sample untuk testing takkan bagitau brand fish feed.
So kitorang pun takkan tau, just buatkan test je.
However, aku ada tanya customer aku brand apa yang takde DNA babi tu tapi dia belum respond.
Kalau dia respond, aku suggest korang guna brand tu je la.
Nak sebut brand yang contaminate tu pun aku serba-salah.

Hari tu memang ada desas-desus cakap makanan kucing pun ada DNA babi.
Tapi since customer aku takde yang buat kajian halal pada kucing so aku takde source nak check.
Senang cerita pakai glove je la sudah.
Tapi kalau bab-bab hukum haram ke, samak ke, itu maybe kita boleh tanya pada yang lebih pandai pasal ni.
Tapi rasa-rasanya kalau was-was baik samak je kan? Mana la tau kot-kot kita selama ni bagi makan ikan pakai sauk ngan tangan je.

Actually isu fish feed ni dah lama dah kitorang tau.
Memang tak boleh nak buat apa.
Sebab manufacturer terbesar kat Malaysia untuk fish feed pun non-Muslim.
Takde orang Islam yang nak produce fish feed.
Orang-orang kaya kat Malaysia ni pun takde ke yang nak sponsor bukak kilang fish feed.
Tapi sumber pun satu masalah jugak.
Masa aku pi Kedah, the researcher cakap sumber yang paling banyak dan murah memang babi. Kita kat Malaysia ni memang free-free je dapat sumber tu dari Thailand. Vietnam pun ada gak.
Dulu tak salah aku ada researcher yang buat kajian untuk produce fish feed halal tapi cost mahal. Kalau farmers-farmers kat kampung tak mampu nak bagi makan ikan dari produk yang mahal-mahal sebab sangkar ikan dorang bukan satu. Kurang-kurang 5-6. Lain la akuarium kita kat rumah tu. Boleh la nak bagi fish feed yang mahal.

Abang ipar aku pun dulu ada ikan sangkar.
Tilapia kalau tak salah.
Masa aku pi farm dia, aku nampak dia tengah bagi ikan makan.
Aku tengok paket fish feed tu. Sekali the exact fish feed yang lab aku pernah test and memang konfem positif DNA babi. Kang kalau aku cakap pasal DNA babi kang panjang lak cerita aku kat tepi kolam tu, so aku just mintak dia pakai glove je la sudah.

Kalau nak cerita pasal ikan tu jatuh hukum apa kalau kita makan, kena rujuk JAKIM.
Tapi kalau scientist punya talk, ada setengah kata hukumnya boleh makan. Sebab ikan tu yang makan. Sama la jugak kalau deep sea fish, ikan akan makan sembarangan entah bangkai ke apa.
Tapi ada sesetengah scientiest cakap tetap haram sebab deep sea fish tu carik makan sendiri. But ikan sangkar ni kita yang purposely tabur fish feed yang ada sumber babi. Macam kita sengaja je.
Tapi yang ni aku tak berani discuss la. Aku tak pandai.

Agak-agak was-was, lepas ni kita pi makan ikan kembung, ikan kerisi, ikan sela, ikan parang, ikan bilis....jangan makan ikan sangkar. Ikan sangkar ni yang popular pun siakap, tilapia, keli, and some udang.

Kalau yang ada bela kucing, kura-kura or apa-apa je la, time nak bg makan tu pakai je la glove.