walk on wings, tread in air: Deal <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Deal
2012-04-27
Today hidung aku dah start srot-sret srot-sret, badan pun dah rasa panas-panas.
Aku ni kalau gi outstation je mesti akan demam.
Tapi kali ni memang penat la.

Rabu baru ni, pagi aku keluar ke UPSI, dengan tak minum setitik air pun.
Makan apetah lagi.
Kul 10.30am baru keluar dari Tanjong Malim, time ni tekak haus gila. So aku stop kat Tapah, lone ranger mentekedarah KFC. Tapi sebab masa tu dah 11 lebih so aku makan pun laju-laju, air pun tak sempat habiskan sebab nak kejarkan appointment kat Penang.

By the time cecah USM cun-cun pukul 2pm.
Kali ni aku bawak gila berhemah sebab asal aku balik dari outstation je mesti dapat saman. So no choice, kali ni aku set autocruise 105 je. Sampai migrain la aku duduk dalam kereta punyalah lembab kereta tu berjalan nak cecah Penang.

Dari pukul 2pm sampai ke 5pm busy bercakap dengan customer.
Lari bangunan sana, masuk lab sini, keluar building sana, masuk ofis sini.
Habis kul 5pm, cepat-cepat aku brambos dari island sebab taknak tersekat kat bridge.
Terus keluar ke Bertam sebab esoknya aku ada appointment kat USM sana pulak.
By the time aku settle down kat hotel dah pukul 6.30pm.
Dan itulah kali keduanya dalam hari Rabu aku minum air. Macam nak merekah anak tekak aku.



Aku call room service "Apa makanan yang paling cepat boleh buat untuk saya?"

"Semua cepat, Cik".

"Yang paling cepat apa?"

"Sandwich"

"Ok, bagi egg and cheese sandwich, orange juice, teh tarik. Cepat ye?"


Tak pernah-pernah aku segelojoh macam ni order makanan.
Tapi memang betul cepat.
15minit dah sampai ke bilik.

Aku minum orange juice tu tak sampai 20 saat!
Tak main la straw-straw ni.
Campak straw ke tepi, terus gulp gulp gulp gulp.
Pastu buerrrrrrrrppppppppp!

Ahh, lega.

Dah dapat togok air segelas, baru la boleh makan roti dengan tenang.
Pastu pekena tek tarik pulak.
Pehh, sorga duniawi!

Lepas Maghrib je aku terus pengsan.

Ok, kali ni kalau pi outstation, aku nak buat macam ni.
Biar betul-betul pack, pastu jangan makan, kurangkan minum air, bila dah letih, haus, lapor, konfem aku akan tido awal dan takde masa nak pikir bilik ni ada hantu ke tak.
Maka, bolehlah tido dengan tenang.



Abaikan muka melekit.
Yang aku nak cerita now is baju aku tu.

Baju ni aku pakai Rabu.
Tapi semalam pun aku pakai baju yang sama.
Cuma seluar je ganti.

Puncanya adelah, aku lupa bawak tudung.
Baju yang aku patut pakai semalam is biru.
Jadah apa aku nak pakai suar putih, baju biru, tudung hijau kan?
Dah macam mamakotai je.

So aku terpaksa la spray perfume extra sikit kat baju tu.

Tapikan, ada hikmah rupanya pakai tudung ni 2 kali.
Tengahari semalam, customer aku berkenan gila dengan shawl aku pakai ni.
Siap tanya beli kat mana, brand apa.
Aku malas la nak open strory tudung ni aku buat.
Kan hilangkan nak promote kit, terus aku jadi penjual tudung kat USM.

Jadi, aku cakap je la aku lupa beli kat mana.
"Tapi kalau nak, saya ada extra sehelai lagi. Saya pos next week la ye, sebab saya nak ke Tganu Kelantan pulak pasni. Rabu baru ada ofis".

"Ha, ok. Boleh. Boleh. Saya confirm order 3 kit ni sekali. Pos sekali la tudung tu dengan kit ni".

Yeahhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Close deal RM7K dengan umpan sehelai shawl. Hehe.

Pasni aku boleh buat promotion flyer Buy 3 kits and get free shawl at your choice.

Oh btw, ada sorang lagi from USM beli tudung yang sama, so lepas ni tudung ni aku takleh bawak masuk USM dah, takut nanti ada team boria.
posted by aveo757 @ 11:57 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER