2012-02-16

Silent lah sangat

Entry ni bukan nak perli sesiapa.
Walaupun aku tau mungkin ada yang terasa hati.
Aku mintak maaf awal-awal, tapi aku rasa aku perlu bagitau jugak apa yang aku rasa.

Mula-mula sekali aku nak korang tau yang aku sebenarnya tak kisah kalau korang reader blog ni atau tak. Aku blogging pun bukan nak kumpul reader, aku blog sebab aku memang suka bercerita dan merepek meraban. Jadi, tak perlu la rasanya everytime nak mintak tolong aku promotekan bisnes or tepek banner, everyone has to mention "I'm your silent reader". Aku tolong promote pun sebab orang mintak tolong. So kalau aku boleh tolong, aku tolong.

Sebenarnya aku bukan terkilan, tapi kesian.
Kesian dengan orang yang menipu pastu kantoi.

Aku bukan aku perli those yang mention "I'm your silent reader" sebagai mukadimah email. Kalau korang baca blog aku, terima kasih. Kalau tak baca pun takpe. Insyallah, kalau aku boleh tolong, aku tolong. Korang bagi kepercayaan kat comatosewithbraindamage.blogspot.com ni pun dah besar rahmat.

Hari tu ada orang hantar email.
Dia cakap dia silent reader, nak mintak tolong aku promotekan bisnes dia.
After 3 weeks kot baru aku manage attend email dia. Aku replied and mintak dia bagi detail apa yang dia nak aku letak kat blog ataupun kalau dia nak lebih mudah tak panjang cerita, just bagi coding so aku boleh letak kat sidebar. But this "silent reader" insists aku try produk dia, buat a few post. In return, dia bagi akan bagi aku compete set of the produk.
Aku cakap aku tak janji, sebab aku bukan full time blogger and aku blog pun suka-suka ikut sedap aku nak update ke tak. Jadi bila orang dah bagi amanah tu aku takut tak terpikul. Tapi dia beria-ia mintak tolong, aku pun tak sampai hati. Bila aku pikur-pikir balik who knows produk ni nanti boleh hilangkan masalah kulit orang lain ke apa ke kan. So aku cakap bagi la produk tu, aku try and aku buat review.

Kitorang pun set time and jumpa.

Aku cakap terus-terang aku jarang baca blog orang, jadi susah aku nak kenal or cam muka. Tapi takde la aku tak cam lansung, ada la jugak aku boleh cam. Tapi this "silent reader" aku tak kenal. Dah terang-terang kau cakap kau "silent reader", sah-sah la aku tak tau kewujudan kau until kau kenalkan diri ye tak?

Bila aku sampai kat restoran tu, aku sms dia cakap aku dah sampai and tunggu dalam kedai. Dia kata jap lagi dia sampai.
Ok, takpe. Aku tunggu.

Jap lagi aku nampak ada orang masuk kedai terjenguk-jenguk macam carik orang, tapi aku taknak la konfiden angkat tangan melambai kat dia. Jadahnya kau nak konfiden orang tu cari kau kan? Sat lagi dia call, tanya aku kat mana. Aku tanya dia ke yang kat depan pintu tu. Dia kata yes. Aku pun lambai-lambai tangan.

Sampai-sampai je kat meja dia tanya aku "Oh, ni Diana eh?".

Hahahahhahaha.
Ok, aku nak tergelak.
Sebab gila klakar statement kau "silent reader" tapi tak cam aku.
Tapi aku senyum je.

Takpelah, kita bersangka baik.
Maybe dia tak cam muka aku sebab aku lebih jelita kat luar dari dalam gamba kot.
Baiklah, aku redha.

So kitorang terus discuss pasal produk.

Dah settle discuss semua, kitorang lepak jap sembang-sembang minum air.
Dia tanya aku "Diana dah lama ke blogging?"

Keh keh keh keh.

Pastu dia tanya lagi "Anak dah berapa orang?"
"Diana keje apa ye?"
"Diana orang mana?"

Bla bla bla bla....

Yang lain tu aku tak kisah sangat.
Tang "Diana dah lama ke blogging" tu yang aku nak tergelak.
Gila lawak la ok, terang-terang kat blog aku ada archive, boleh lagi kau nak tanya lama mana aku berblogging?
Sangat "silent reader" eh?

And, seingat aku la, takde reader panggil aku DIANA.
Samada panggil aku DI or KAK DI.

Actually aku taknak pertikaikan if dia betul-betul reader or not.
Cuma aku kesian kat dia.

Pertamanya, dia menipu aku.
Cakap reader, padahal tak.
Maybe dia rasa kalau tak cakap reader, aku taknak tolong gamaknya.

Keduanya, dia menipu diri sendiri.
Sepanjang sejam berjumpa tu, aku kagum dengan kegigihan dia pretend yang dia kenal aku semata-mata nak tunjukkan bahawa dia memang minattttttt gila dengan blog aku.

Ketiganya, aku kesian sebab last-last kau kantoi tanpa kau sedar yang kau sebenarnya dah kantoi.
Kau boleh bayangkan tak kalau korang berada dalam situasi aku.
Orang tu perkenalkan diri as silent reader, tapi tak kenal rupa kau. Pastu boleh pulak tanya anak kau berapa.

Bukan maksudnya aku mesti dikenali.
Tapi secara lojiknya kalau kau cakap kau READER, maknanya you have been reading my blog for quite some time. Tak lojik kalau anak aku pun kau tak tau berapa orang.
Kesian aku tengok budak tu that day.
Sebab dia tak sedar yang tembelang dia dah pecah.

Jujur aku cakap, aku tak kisah orang tak kenal aku.
Lagi best kot kalau orang tak kenal, apa aku buat pun takde sape kisah.
Tapi aku sangat terkilan bila orang buat-buat kenal aku semata-mata nak menggunakan blog aku untuk kepentingan bisnes.

Blog aku ni bukan blog yang rating juta-juta pun.
Takde apa pun kat blog ni melainkan bahan aku nak merepek je.
Kalau korang rasa blog ni boleh membantu korang, alhamdulillah.
Yang baik pun dapat kat korang jugak.
Tapi kalau awal-awal pun kau dah menipu, rasanya lojik tak kalau aku cakap ada possibility jugak kau akan menipu dalam urusan jual beli nanti?

Renung-renungkan dan selamat beramal!


p/s : Kepada yang hantar request, terima kasih. Insyallah aku try untuk publishkan satu-satu.