Aku letak gambo aku pakai bunga besar penumbuk The Rock kat FB macam-macam komen aku dapat. Aku rasa trend brooch bunga ni dah lama dah kat Mesia, tapi selama ni yang free hair je pakai. Yang bertudung aku nampak ada gak yang pakai besar gabak macam aku ni tapi tak ramai la. Ada la aku perasa sorang dua. Actually bunga ni aku beli zaman aku free hair dulu. Rambut aku kan dulu panjang, so kalau sanggul tu pastu selitkan bunga ni kat tepi dah ala-ala Latipah Omar kauuu.
Bila dah pakai tudung ni aku impovisasikan jadi brooch pulak.
Kat blakang flower ni sebenarnya ada pin and clip.
So kau boleh guna as hair pin and brooch.
Kalau yang free hair tu letak kat rambut cantik la kan.
Tak salah aku trend setter huge flower hair pin ni asalnya dari samada Drew Barrymore atau Sarah Jessica Parker. Dua orang ni je yang suka bawak benda-benda pelik yang lepas tu akan jadi trend.
Kalau letak kat rambut macam pic atas ni memang sweet, apetah lagi kalau pengantin.
Simple and suwit je.
Dah kalau bertudung takkan kau letakkan kat atas kepala jugak kan?
Tapi skarang ni dah ada dah pun tudung yang ada bunga terselit-selit kat tepi.
Tapi bunga dia takla besar macam aku pakai tu, cute-cute je bunga dia.
Tapi mana tau satu hari nanti dah sampai trend pakai bunga besar-besar atas tudung.
Aku letak kat dada cukuplah.
Actually masa aku pakai bunga tu sebenarnya aku pakai abaya hitam.
Aku nak travel day trip hari tu, so aku malas nak bawak telekung. Jadi aku sarung je abaya biar masjid-ready sikit.
Tapi aku takut customer aku terkujat tengok aku macam baru balik dari melawat orang mati.
Muram je kaler.
So aku gantikan inner tu kepada kaler pink and letakkan brooch tu so that takde la nampak weird sangat aku semua itam alih-alih anak tudung pink.
First timer memang akan nampak pelik.
Aku sendiri memula rasa pelik sebab first time aku pakai sebagai brooch.
Tapi lagi pelik bila customer aku siap tanya mana aku beli brooch ni sebab dia pun nak pakai jugak.
Brooch ni Korean made, harga RM55.
Dah banyak dah brooch ni aku nampak, especially kat butik-butik.
Sila la beli kalau nak pakai.
Sape kata aku punya bunga lagi besar?
Dia ni punya lagi gabak.
Dah macam maskot Festival Bunga Putrajaya aku tengok.
Kalau yang pakai dress macam ni, letak bunga gabak tu sekuntum, done.
Takyah pakai accessories lain.
Jalan paling selamat.
Ok yang gamba ni bukan pasal brooch.
Tapi nak memenuhi permintaan reader yang tak puas hati pasal kaler lipstik aku.
Gamba yang aku upload hari tu dia kata bukan macam lipstik yang selalu aku pakai.
Aku pun tak tau la lipstik mana satu yang dia berkenan.
Aku ada 3 je lipstik, yang lain semua lip gloss.
Belah kiri tu tajuk dia Clinique Tender Heart, yang sebelah kanan Clinique Red Bean.
Satu lagi yang aku pakai hari tu Clinique Bonfire.