Mula-mula aku nak say thank you pada call, sms-es and email, semuanya respond pada email pasal Dosa Muamalat tu. Aku ingatkan aku yang jahil tak tau, rupanya ramai jugak yang baru tau and tersedar dengan muamalat issue ni. Alhamdulillah la kalau ada yang berlapang dada terima issue ni. Hopefully kita sama-sama dapat manfaat and tak ulang lagi benda yang sama.
Ok stop cerita tu.
Ni sebenarnya aku tengah hangin puting beliung satu badan sebab En Wan nak layan bola kat atas. Aku ni nak tengok Vanilla Coklat!!!
Mak and bibik pulak melayan channel lain.
Aku ni kan, menjak dua menjak ni dah macam aku menumpang tengok TV kat rumah orang pulak. Apa orang tengok, aku tengok. Cerita yang aku nak tengok semua kena layan kat You Tube. Yang si En Wan ni punya bijak pandai, orang beli Astro Beyond dia pun nak beli. Orang lain beli sekali recorder system, aku takde. Kejadahnya kau beli Beyond????
Bila aku lancarkan perang sentap dan senyap, mula la dia glabah.
Ajak gi beli berger la.
Asik-asik cuit bahu aku.
Kejap-kejap kang jentik ketiak aku.
Jap gi kang tarik-tarik tali bra aku. Aku libas kanggggg.
En Wan : Apesal Di suka tengok cerita budak-budak?
Aku : Cerita tu cerita romantik la. Bukan cerita budak-budak.
En Wan : Tu la dia pompuan, suka sangat layan cerita tak lojik. Cerita kat TV ni semua tipu je. Mana ada orang bercinta romantik sepanjang masa?
Sukati haku laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!
Orang lelaki ni, bak kata kawan laki aku, dorang ni fitrah dia pada yang masuk akal. KEBANYAKKAN lelaki kalau sentuh bab-bab romantik ni mesti dorang buat nak tak nak je sebab bagi dorang benda-benda romantik-romantik like bagi-bagi bunga, coklat, teddy bear ni segala semua benda remeh-temeh. Kalau takde pun tak mati. Memang dorang ada jugak sifat romantik tu, tapi KEBANYAKKANNYA lebih suka simpan, malas nak tunjuk. Nak simpan buat apa pun aku tak tau.
Ladies pulak sememangnya fitrah dia sukakan yang indah-indah, yang sweet-sweet, yang syahdu-syahdu, yang cute-cute. Sebab tu perempuan very particular dengan benda yang pada pandangan laki sangat minor. Memang benda yang perempuan pikir tu kebanyakkannya minor, tapi IMPAK dia sangat besar. Jadi, jangan marah kalau perempuan ada bermacam-macam kaler lipstik.
Kitorang memang ada lipstik untuk pegi opis, lipstik untuk keluar malam, lipstik untuk gi Mydin, lipstik untuk gi kenduri doa selamat, bla bla bla. Sebab IMPAK dia memang sangat lain.
Cuba suami-suami imaginekan bini-bini korang cuma ada satu lipstik je. Kaler merah.
Nak pi opis, pakai lipstik merah.
Ok, sesuai.
Nak keluar malam, pakai lipstik merah.
Ok, boleh diterima.
Nak gi pasar malam, pakai lipstik merah.
Errrr....?
Seriesly kau pegi pasar malam pakai lipstik merah menyala??? Kalau baru balik dari opis takpela jugak. Tu pun aku rasa orang balik dari opis, lipstik dah tak se-terang pagi hari.
Nak pi kenduri arwah pakai lipstik merah.
?????????!!!!!!!!
Ok. Sakai.
(oh, aku memang pernah nampak satu makcik ni pergi kenduri arwah dengan perfume gila kuat, lipstik merah menyala, celak tebal. Motif???)
Itu kalau cuma ada lipstik merah.
Cuba kalau kita cuma ada lipstik nude.
Tak ke dah macam hidup segan mati tak mahu muka masing-masing pakai kaler pucat-lesi pi majlis-majlis keramaian.
Jadi, benda-benda yang nampak simple sebenarnya bagi impak yang besar.
Pasal romantik-romantik ni tadi.
Cuba korang pikir kenapa kebanyakkan perempuan even dah lepas kawen pun still suka baca novel cinta?
Kenapa suka tengok cerita melayu stok-stok Ombak Rindu?
Kenapa akak-akak ramai yang jatuh chenta dengan Abang Nuar Jen and Abang Aaron?
Naper? Nape??
Sebabbbbbbbbbbbbbbbbb lelaki ni kebanyakkannya bila dah kawen, nak nak pulak macam laki aku ni kan, dah masuk 11 tahun bersenggama ni memang dah malas nak tunjukkan sifat-sifat romantik. Alasannya "Dah tua la, Di".
Disebabkan ramai yang malas nak layan romantik dengan bini la makanya Sabtu lepas Kuch Kuch Hota Hai dapat 3 juta rating! Yang tengok KKCH ni hari tu semua bini-bini tak dapat cukup kasih-sayang kat rumah. Ngagagaagagaga.
Termasuk lah aku.
Beria-ia aku mengongoi-ngongoi melalak tengok Kajol nak kawen.
Bila time Shah Rukh Khan masuk kem panggil Anjali tu, aku pulak yang tersipu-sipu. Jadah apa aku nak termalu-malu depan TV pun tak tau la.
Jadi kepada lelaki-lelaki di luar sana (dan juga yang tengah mengangkang tengok bola kat tepi aku ni), kalau malas nak romantik dengan bini, bagilah bini tu berangan tengok cerita apa yang dia nak. Ko tak rugi apa-apa pun kalau bagi bini kau berangan.
Cuba bayangkan kalau aku dapat tengok Vanila Coklat tadi.
Tidakkah kau terbayang En Wan, apakala selesainya aku melayan Vanilla Coklat tadi, perasaan romantika dalam diri ini akan bergelojak lantas meransang hormon-hormon lalu objek-objek yang berkaitan teransanglah.
Tapi disebabkan kau dah carik pasal dengan aku malam ni, so boleh jalannnnnnnnnnn.
Silakan la guna apa saje teknik yang ada.
Dan guna jugak anggota badan sendiri.
Dontachmi!