2012-02-13

Cinta Setinggan

Semalam aku layan cerita SETINGGAN yang hantu Jepun alih-alih orang tengah tido tu. Yang Ibrahim Pendek and S. Samsuddin berlakon tu. Dulu masa kecik-kecik cerita ni rajin sangat keluar TV. Takut gila tengok (tapi tengok jugak). Dah tua-tua ni rasa macam cerita ni kelakar pulak, tapi bab hantu Jepun keluar aku tetap tutup mata dengan tutup telinga sekali sebab aku takut nanti masuk toilet malam-malam terdengar-dengar suara hantu Jepun.

Tapi scene yang paling mahal dalam filem ni yang buatkan aku terpikir jap adelah scene Ebby Saiful dengan anak Mariani bertenet kat Lake Garden.
Gila old skool kauuuu.
Dah la bertenet pakai kebaya. Auwww.

Orang dulu-dulu rileks je bertenet pun kat taman bunga je.
Skarang try sket bawak awek masing-masing lepak setengah hari kat Tugu Negara cuba tengok tahan lama mana awek kau dengan kau. Hahah.

Aku rasa orang dulu-dulu ramai yang perkahwinan dorang bertahan sebab dari awal lagi cinta dorang tu pure. Takde istilah lepak kat mall.
Asal jumpa je, Lake Garden.
Asal jumpa je, Tugu Negara.
Asal jumpa je, Muzium Negara.
Semua tak melibatkan duit. Takde istilah materialistik.

Zaman kita kalau bertenet tak menyinggah mall, tak masuk wayang, tak mentekedarah 2-3 kali, bukan tenet namanya. Aku la tu, bulan orang lain pun.

Dulu time aku bercouple dengan ex-bf, asal nak outing hari Sabtu je, Jumaat tu mesti kitorang bergaduh dulu siap-siap. Bukan gaduh pasal apa pun, gaduh pikir mana tempat nak pergi esok.
Nak pergi makan kat mana pun boleh jadi bahan nak bertekak.

Kadang-kadang kitorang bergaduh sebab wayang takde cerita best. Sumpah takde kena-mengena ngan kitorang kan? Tapi tetap jadi punca nak bergaduh. Sebab masing-masing sebenarnya dah tensen kalau tak lepak kat wayang abis nak lepak kat mana? Takkan nak melangok pandang muka dia sehari suntuk kan.

Bila aku pikir-pikir balik, memang dulu tu bertenet macam takde motif. Nak kata tak berjumpa kat kolej, tetiap hari aku makan dengan dia. Dari breakfast bawak ke supper semua dengan dia. Tapi hujung minggu tetap nak keluar jugak. Konon nak hilangkan stress blaja la. Padahal menambahkan lagi tension aku pikir mana nak lepak sepanjang hari tu.

Tetiap minggu kalau outing, mesti masuk mall. Padahal bukan beli apa-apa pun. Window shopping katanya. Pegang-pegang baju, lepas. Pegang-pegang kasut, lepas. Orang kaya pun tak masuk mall tetiap minggu macam aku.
Tu kalau cara-cara takde duit.
Kalau ada duit, lagi tak tentu arah aku nak mengahabiskan duit kat dalam tu.

Lepas walkathon kat mall, pastu makan pulak.
Duit lagi.

Kang lepas lunch kang, tengok movie lak.
Duit lagi.

Kalau takde citer best, bukan reti balik.
Masuk bowling pulakkkk.
Duit lagi tu.

Kang before balik nak menapau makanan lagi.
Dah nama outing kat town, takkan nak tapau nasik goreng telor mata pulak kan.
Harus KFC snack plate.
Duhittttt lagi.

Aku tak tau la budak-budak skarang bercinta macamana gaya.
Tapi zaman aku dulu cenggitu la gayanya.

Sebab tu bila aku tengok citer Setinggan tu aku rasa maybe ini SALAH SATU penyumbang kenapa perkahwinan orang dulu-dulu lebih bertahan lama. Dorang bercinta and lalui zaman bercinta tu seadanya. Takde syarat. Duit bukan keutamaan, yang utama adelah bertenet.
Aku tengok gamba-gamba Mak Aji ngan Pak Aji dulu pun banyak kat garden.
Aku tak sure la pulak if trend orang dulu-dulu bercinta memang wajib lepak kat taman.
Nanti aku tanya mak aku.

Masa layan cerita Setinggan tu Aku tanya En Wan "Bang, cuba tengok orang dulu-dulu bercinta. Duduk kat tepi tasik setengah hari dok baling-baling batu je keje. Sikit dorang tak boring kan? Sikit pun tak guna duit. Elok je bercintanya pun"

En Wan : Itu lah sebenarnya yang tengah abang nak prektikkan skarang.

Yeah, rite!!