walk on wings, tread in air: Jangan pergi <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Jangan pergi
2012-02-20
Sabtu lepas kitorang pi makan kat Putera Ayu Seafood, area mana aku tak sure tapi kalau dari pintu blakang UiTM Shah Alam tu tak jauh dah. Jalan nak ke Padang Jawa.
Ni first time pi sana.
Asalnya nak ke Muara Port Klang, tapi aku dah boleh bajet orang pack gila.
En Wan ajak ke Kuala Selangor sorry la takde de aku nak drive 40km semata-mata nak makan seafood. Rela aku makan ikan bilis goreng je. Tapi tekak tu terasa nak makan sotong goreng tepung. So En Wan bawak pi Putera Ayu.

Tempat dia cantik, berasaskan kayu-kayan gitu. Tersusun and kemas.
Tapi kalau pegi tempat makan ni kemas and tersusun bukanlah benda yang kita utamakan sangat. Yang penting sedap. Nama pun nak pegi makan. Kalau makanan tak sedap, baik sendiri je masak.

Putera Ayu ni sangat mengecewakan.
Dah la lembab.
Tapi yang ni memang expected la. Selalunya kedai-kedai yang offer seafood ni ramai orang, so lembab adelah perkara biasa. Tapi kalau masakan kau marveles, lembab pun orang tetap datang lagi.

Putera Ayu ni antara restoran first and the last la aku masuk.
Lembab tu satu hal.
Satu hal lagi ikan bakar dia out, sotong goreng teung dia out, kangkung goreng ikan masin dia out. Yang boleh tahan hanyalah tomyam.



Merah menyala kaler sambal dia kan?
First time aku jumpa sambal ikan bakar terang macam ni.
Ni cara-cara takde flash tau.

Ikan dia tak sedap.
Sedih gila aku makan malam tu.
Kalau makanan lain tu tak sedap aku leh pejam-pejam mata lagi. Ini main dish!! Main dish pun out apa kessssssss????
Eh, silap.
Skarang bukan zaman 'apa kes'.
Skarang kita sebut apa celoppppppppppppppp???

Tapi series eh, ikan ni tak sedap.
Tak tau la kalau ikan 3 rasa sedap.
Tapi kalau pikir lojik, ikan yang konfem kau bakar je takyah letak apa-apa pun bleh out, inikan yang digoreng dengan rempah segala. Ngeri nak bayangkan.



Ni yang paling aku menyampah.
Susah betul aku nak jumpa kedai yang offer sotong goreng tepung hidangkan sebenar-benar sotong goreng tepung. Balik-balik cekodok sotong yang aku dapat.
Kulit kemain tebal, isi dia ala-ala terkulai layu di tasik madu.
Melempai-lempai je sotong tu bila dah dibuang tepung.
Rasa nak jentikkan balik sotong tu kat dorang.




Tapi walaumacamanapun kitorang tetap gembira la sebab dapat keluar dari rumah.
Sengkak ubun-ubun aku duduk rumah sehari suntuk. Boleh jadi bahan nak bergaduh laki bini.

Kitorang order kangkung goreng ikan masin.
Tapi aku tak makan, En Wan lagi la mana makan sayur.
So cuma bibik and mak je yang makan.
Selama ni dua-dua orang tu kalau makan sayur tak pernah tak abis.
Kali ni tak luak pun.
Bila aku tanya nape tak makan sayur, dorang suruh aku rasa.

Umangaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Ni kangkung goreng ke, belacan goreng???
Gila hapak rasa belacan.
Series lauk tu macam kau order belacan tapi dihiasi dengan kangkung.
Aku tolak bau belacan tu dengan sirap limau pun still boleh terasa-rasa hawa belacan tu kat tekak aku sampai besoknya.

Macam ni pun tukang masak pun ada ke?
Ni level berapa punya jahanam deria rasa pun aku tak tau la.
Last-last menu yang menyelamatkan segala-galanya adelah banana split.
Tu pun mangkuk. Aku dah pesan taknak coklat flavour, dia letak jugak coklat.
Masa banana split tu sampai, aku pandang je muka En Wan mintak dia sabarkan aku.
En Wan kata 'Takpe, takpe. Biar abang makan yang coklat tu'.
Padahal En Wan tak makan coklat tapi demi mengelakkan bini bertukar menjadi mambra, maka dia sanggup makan.

 

Overall - TAK SEDAP!

Masa ni aku dah benti makan dah.
En Wan beria-ia habiskan lauk.
Dia ni takde deria rasa ke apa ke aku tak tau la.

Tapi yang pastinyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....aku dah takleh makan cokelat balik semula. :(



Dulu aku ada tunjuk aku bersantai dalam bilik dengan coklat Daim sebalang kat tepi kan?
Ok, yang ni stok baru masuk.
Sekali masuk sampai 3 bungkus.
Tapi sekarang aku baru makan 3 bijik.
Terus tak bersentuh sampai skarang.
Balang macam dalam gambar ni ada 3 bijik dalam peti ais penuh dengan si Daim tapi tak bersentuh-sentuh.
Pakkal raya jauh lagi, kalau dah dekat, konfem ni jadik kuih raya aku.

Aku pun tak tau la kenapa tiba-tiba aku takleh makan coklat balik.
Memang aku dah lama tak sentuh coklat, rasanya aku boleh start makan semua jenis coklat masa aku kat spital mengandung Rayyan. Kira setahun lebih jugaklah Tuhan bukak laluan kat anak tekak aku untuk terima coklat. Last-last Dia tutup balik. Jadi, skarang ni aku pandang je la coklat. Korang kalau makan coklat depan aku tak pelawa pun takpe. Tak kecik ati de.


Oh tetapi janganlah ditarik selera aku kat benda ni.

Multiple klimaks okkkk kalau makan kepok lekor dengan teh susu.
Pehhh!
posted by aveo757 @ 4:19 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER