walk on wings, tread in air: Amacam?? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Amacam??
2011-10-31
Amacam rakyat Trengganu?
Ada ok kah?

Hahahahha.

Ahad lepas aku kena paksa dengan En Wan ikut dia gi stadium carik tiket untuk Redza.
Dia pandai, tiket dia, dia suruh kawan dia kat Tganu belikan.
Tiket subsidi katakan.
Nak sokong player negeri sendiri main pun nak mintak subsidi. Ceh!

Patut la pagi Sabtu hari tu kemain baik lagi dengan aku.
Selalunya kemain liat lagi aku nak suruh bangun tido, kali ni tak.
Dia yang bangun dulu, siap bukak tingkap semua, pastu tak kacau aku tido.
Aku tunggu gak bila dia nak sound aku suruh bangun. Tapi takde.

Rupanya lepas breakfast 'Di, ikut abang gi stadium eh? Di tak pernah gi stadium dengan abang'.

Masing-masing dah ambik mood dari pagi dengan memakai jersi.
Tapi sebab pagi lagi, so masing-masing malu nak pakai jersi Tganu.
Aku tanya apesal taknak pakai je jersi hitam putih? Baru namanya ambik mood.
Oh taknak okkk.
Dia siang-siang ni penyokong lom ramai, nanti kalau pakai sekarang takut kena belasah dengan penyokong N9.

Haloooooooo!
Orang N9 tak reti belasah-belasah orang okkkk.
Dorang cuma maki orang je.
Yang suka belasah orang tu err...err......sape tau, silalah sambung sendiri.


Even baru pagi, tapi dah ramai dah penyokong Tganu kat stadium.
Maybe sebab dorang jauh, so ramai yang dah sampai sejak malam sebelumnya.
So memang stadium tu dah nampak macam kampung dorang dah waktu pagi tu.

Seronok gak rupanya gi stadium waktu-waktu ada game macam ni.
Patut la dorang ni suka gi stadium.
Semangat dia lain macam kalau tengok live match ni.
Tapi tinggal lagi aku tak tahan la bersesak-sesak ni. Berkuap weh.
Aku rasa reason aku taknak gi Sogo, gi Jalan TAR, gi pasar ramadhan, even gi pasar malam adelah sebab ni la. Aku rimas orang ramai sangat.


Shopping baju.
Asal ada game je rembat selai baju. Asal ada game je rembat lagi selai baju.



Lepas anak try, bapak lak try.



Ok yang ni memang aku takleh tahan.
Siap nak beli bendera tu!!!

Masa ni aku dah risau. Ini kang, kalau menang malam ni mau seminggu bendera ni berkibar depan rumah aku. Bukan leh percaya orang tua ni, dia ni semangat Tganu sangat tebal.



Kesian aku tengok penyokong-penyokong Tganu ni. Mesti dah sampai sejak subuh tadi. Nak tunggu game lambat lagi, nak gi KL maybe dah penat or maybe tak tau jalan or maybe jugak duit bawak cukup-cukup untuk gi stadium je, lalu berpiknik kat tepi stadium. Kalau rumah aku dekat, mau En Wan angkut dorang balik rmah makan-makan, mandi-manda segala.

Kat belakang kereta tu lagi bergelimpangan okkk. 
Alas suratkhabar je. Alahai, kesian pulak.
Bagus betul la peminat bola semua ni. Dah la sanggup datang dari jauh. Datang semata-mata nak tengok player dorang main je. Tu yang kalau kalah tu rasa alahaiiiiii letih! Tapi dah kalau semua nak menang saper pulak nak kalah ye tak?



Sabtu lepas sampai tukar art class Redza ke pukul 2pm.
Kalau attend yang pukul 4pm, En Wan kata konfem kena parking jauh gila.

Sukati laaaaaaaaaaa.

Paling tak boleh bla, aku tengok En Wan solat asar petang tu gila lama berdoa.
Kan?

Malam tu aku la manusia yang paling gembira, tenang dan amannnnnnnnnnnnnnnnnn.
Boleh tengok TV tanpa gangguan.
Siap terlentang-terlentang makan kepok keping (makan sambil baring, jangan ikut ye adik-adik. Ni setan namanya). Kalau En Wan nampak aku makan sambil baring mau kena pijak.

En Wan buat live telecast dari stadium. Ni antara MMS and SMS yang dia hantar kat aku before match start :

Cat badan.

Ni bukan En Wan, ni ntah Wan siapa aku tak tau la ni.
Kalau En Wan cat macam ni memang aku suruh dia berkampung terus kat stadium tu. 
Cantik muka kau kan, beli jersi, beli bendera pastu siap nak tatto-tatto kan badan. 
Don't over-over in my state okkkkk.



Penyokong Tganu dah ramai even masa ni cerah lagi. Petang tu.
Agaknya sebab dorang semua dari jauh, so sampai KL awal.
Mana lagi nak pegi, lepak dalam stadium je la.

Aku tanya En Wan, ape tak bosan ke melepak dalam stadium ni lama-lama?
Dia cakap best.
Tengok gelagat penyokong.
Kenal dengan orang Tganu yang lain, rasa macam balik kampung sendiri.
Pastu dia kata penyokong-penyokong ni perangai gila-gila.
Penyokong N9 salah masuk pintu dorang boo, perempuan cun-cun masuk stadium pun dorang boo, penyokong sendiri buat perangai sialpalis pun dorang jugak yang boo.
So dia kata memang release tension la gi stadium ni.


Penyokong N9 belum sampai lagi.
Takpe, dorang dekat.
Sompek lagi.


Penyokong Tganu yang feeling-feeling juara, siap bawak masuk replika piala lagi.


 Yang atas ni aku besarkan je gambar dari MMS dia. Kat bawah ni actual SMS dari En Wan :


Aku memang bangsa tak bagi sokongan pada laki kan?



Aku baru tau NELANG tu apa. 
After almost 11 tahun kawen dengan orang Tganu.



Ok yang ni sumpah lawak.
Nak gelakkan orang kampung Mak Aji kononnnnnn.
Sekali kau yang kena gelak dengan aku.

Eja pun style Ganu. 
HOBENG??? Apekah itu HOBENG????
Hobin okkkk, HOBIN!!!


Sekali kan kalah, aku cuak gila kat rumah!
Mau kau tak cuak oiii.
Kalau Tganu menang, seminggu telinga aku merekah dengar dia punya riak.
Sekali kalah Sabtu lepas.
Mau sebulan moody ni.

Ok aku dah gabra time ni.
Apa nak buat ni?
Apa aku nak buat bagi dia ok?
Nak bogel, aku period lak malam tu.
Nak pakai sexy-sexy kang tapi kau tak boleh nak bagi servis, sumpah jadi penambah tension.

Ok apa nak, apa nak buat.
Pikir pikir pikir!

Ok dapat dah.

Kita tido.
Jangan bukak mata bila masuk bilik nanti.
Buat tak tau.
Esok pagi pun jangan tanya apa-apa.

Ok tido.

Sekali malam tu kul 12 tayang ulangan Sivaji the Boss lak.
Of cos la aku nak tengok lagi.
Makanya aku takleh la purak-purak tido.

Lalu aku meng-sms En Wan nak tau keadaan emosi dia kat sana, terganggu ke tak.

Dia reply 'Memang la tension. Tapi takpela, adat bertanding'

Eh???
Laki ku kah ini???

Lalu aku pun nak membantu cool down kan dia, aku pun reply balik sms :


Lepas aku send aku baca balik sms aku.
Apa benda kesiyalnya aku tulis "tapi N9 main bagus...????"

Kau nak mati ke Dianaaaaaaa????!!!!!!!


Masa ni aku dah syak aku takkan dapat burger la malam ni. Konfem dia takde mood nak belikana ku burger nampak gayanya.
Tapi jangkaanku meleset.
Rupanya dia sms aku "Siap-siap, nanti abang sampai kita terus gi mamak, makan.'

Fulamakkkkk.
Menang dapat burger.
Kalah dapat terus gi mamak.

Ini macam kalu, tetiap tahun lu kalah je la.
posted by aveo757 @ 10:30 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER