walk on wings, tread in air: Kad raya pertama <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Kad raya pertama
2011-08-23



Aku ingatkan tahun ni aku bakal pecah tradisi tak dapat kad raya lansung, rupanya tak. Masih ada yang mengingati diri ini.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kad raya dari Redza.

Meremang bulu-bulu aku baca kata-kata nasihat depan kad raya Redza ni.
Main belasah je beli kad, janji kad raya.
Tak kira la apa yang kad tu tulis kat depan janji ko bagi mak ko kad raya kan?
Takpelah nak, mak ampunkan.

Aku expect Redza akan tulis kat dalam tu Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Sebab rindu sangat nak tengok pantun macam tu balik. Tapi nan ado. Dia belum blaja lagi kot.

Pecah kaca pecah tong
Sudah baca harap gantung

Pecah kaca pecah wang
Sudah baca jangan buang

Pecah kaca pecah sampan
Sudah baca harap simpan

Tu antara koleksi 'pantun pecah' for kad raya.

Dulu kalau saper dapat kad raya memang understood ko kena balas punya. Tak balas sentap.
Aku mana ada duit nak balas dowhhhhh.
Aku pi kantin pun cukup-cukup duit nak beli nasik lemak kejung 40 sen.
Minum pun bawak air sendiri.
Kadang-kadang mintak air kawan.
Agak-agak nak feeling gengster, menonggeng bawah pili minum air paip.

Tahun ni nampaknya ni je la kad raya aku dapat sebab aku pun mana penah hantar kat orang kad raya. Dulu time skolah ada la, skolah rendah. Dah naik skolah menengah lagi la aku malas nak bagi kad raya. Nak pulak sejak aku nampak cikgu aku pi jadikkan kad aku tempat dia menscribble. Ok, I'm done with kad raya.

Nak bagi kad kawan-kawan lagi aku malas. Tau je la kan budak-budak dah naik skolah menengah ni pepek ngan kote merenyam satu macam. Nak bagi kad raya pun nak kena ada reason.

Kalau kau hot.
Kalau kau hensem.
Kalau kau mat sport.
Kalau kau group glemer.
Kalau kau ada adik angkat.
Kalau kau adelah kakak angkat.
Kalau kau adela abang angkat yang single.
Kalau ko ada secret admirer.

......konfem berbelas keping kau dapat.


Kalau kau muka macam aku?

Kau tetap dapat.

Dapat jadi posmen tukang pass kad raya.

Dem!

Pastu dulu tebiat masing-masing bagi kad raya mesti nak kena sorok-sorok. Surprise la konon.
Masuk-masuk je kelas check bawah meja dulu ada kad ke tak.
Kalau ada kad, buat-buat terperanjat. Pastu happy gila tayang-tayang kat orang.
Konon glemer la ni ada orang bagi kad raya.
Riang-ria baca kad raya siap tayang-tayang kat member, ujung-ujung ada note 'Harap balas'. Padan muka kau.

Stok-stok yang kena balas kad raya ni kan, esok lusa time rehat mesti mengecak nasik lemak aku. Tu la kan, mak kau kasik duit suruh beli nasik, ko pegi beli kad raya sebab kena baas kad raya orang. Tengok macam aku, takde orang bagi kad raya. Aku pun senang takyah balas kad raya orang. Maka boleh lah aku beli nasik lemak kat kantin. Kau sila pergi kunyah kad raya.

Skarang dah tak ramai nak hantar kad kot.
Nak jimat sangat, hantar sms.
Tahun ni aku lagi jimat kot.
Hantar BBM je.
posted by aveo757 @ 9:58 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER