walk on wings, tread in air: Buka puasa at De Palma with bloggers <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Buka puasa at De Palma with bloggers
2011-08-23



Sabtu lepas aku pecah rekod join buka puasa with frens.
Aku tak pernah buat keje gathering-gathering ni sebab aku lah manusia yang paling malasssssssssss jumpa orang. Even dengan kawan-kawan aku yang dah kenal more than 15 years pun aku payah nak join get together ni. Sebab aku malas nak lepak-lepak, tak suka sesak-sesak, tak suka keluar rumah dan malas nak bersiap. Ni kalau member Bangi tau aku join gathering bloggers memang konfem dapat maki. Dai dulu sampai skarang asal dorang ajak gathering je mesti aku tak join, eh tetiba dengan bloggers jumpa pulakkkk.



Cookies and mini macaroni bakar yang di-prepare untuk member-member blogger. Macam tak best je la pulak jumpa melenggang, dah la aku ni jenis pemalas jumpa orang, lagipun those are bloggers yang sama-sama blogging sejak 6-7 tahun lepas, baru skarang jumpa! Dari yang 'kenal' before kawen, now dah kawen. Dari yang 'kenal' time anak baru sorang, now dah dua orang.

Dulu balik-balik yang komen kat blog aku ceera, virus, syana, peej.
And aku rasa aku jugak antara yang balik-balik komen kat blog dorang.
Dari zaman ceera dengan thumbnail kasut hijau.
Syana yang masa tu asik la snap gamba bento dia.
Virus yang asik dengan pink-nya.
Peej yang ohhhhh citer paling tak boleh blah masa perut dia tersepit kat gate. Sampai terkencing dalam seluar aku gelak.
Rindu betul blogging dulu-dulu. Rasa macam peaceful gila. Haha.
Oh dan tak lupa, Kahuna. Ntah berapa kali budak ni delete blog dia, aku start baca dari blog dia yang masa tu takde satu blogroll, background hitam, and masa tu aku and dia ada a few post je kot. Masing-masing baru ber-blogging. Entry pertama aku baca blog Kahuna was pasal Mawi ke apa ntah.

Eh, tetiba aku rasa nak nangis.



It all started bila letak status kat Twitter tanya takde sape ke nak buat majlis buka puasa untuk bloggers/readers. Alih-alih orang tuju kat aku. Aku la kena organize kan sebab aku yang gatal bagi idea. Tapi seb baik Hanim (pun sama-sama blogging 6-7 tahun lepas tapi now dah pencen) offer diri untuk buat booking segala. Oh, silakan Nim!

Sabtu lepas, bila dah gerak je aku terus on Twitter, dah bajet budak-budak ni mesti masuk Twitter ni. Hmm dah agak. Awal-awal la si Era (eh, Elly) dah twit aku cakap dah nampak poster Jay Jay. Dia ni mesti kalau jadik artis, dah lama jadi artis contoh. Sangat punctual. Orang belum apa-apa dia dah sampai dulu. Bagus.

Petang tu stuck pulak depan Proton, terus twit jangan lalu depan Proton.
Lepas tu baru aku teringat, dorang yang attend buka puasa ni semua ada dalam list BBM aku, apesal kau nak twit?????

Sampai kat De Palma aku tengok penuh gila orang kat lobby, ada orang kawen ke apa?
Rupanya semua nak gi buka puasa kat situ.
Memandangkan Hanim dan bagitau dia konfem lambat sampai, aku kena carik kupon dulu. Aku belek-belek kupon, aik apeal 19 dewasa and sorang kanak-kanak je ada kupon? Mana 5 kanak-kanak lain?

Aku : Dik, saya book untuk 6 budak, yang lain takde kupon eh? Sorang je ada?

Budak : Ha'ah. Sebab akak bayar untuk sorang budak je kan? Yang lain tu FOC, jadi duduk atas riba mak bapak.

Whatttttttttttttt!!!?????

Kalau gitu gayanya bukanlah FOC namanyaaaaaaa.
Kalau macam tu boleh kah aku book untuk suami je, then isteri-isteri duduk atas riba suami masing-masing?

Lojik la sikit.
Kau yang kata children below 6, eat free. Abis kau nak suruh dorang makan berdiri????
Of cos la kena ada kerusi.
Kau takleh pikir ke budak umur 6 tahun kau nak suruh riba sampai 2-3 jam, serban lutut okkkkkkk. Kalau budak tu berat 8-9 kilo tahan lagi. Kalau 20 kilo?

Before the day, aku mati-mati suruh Hanim goda Banquet Manager De Palma untuk dapatkan FOC for Redza sebab Redza dah 7 yrs. Ingat kalau dapat FOC ok la kan sebab Redza ni jenis tak makan sangat. Nasib baik tak dapat FOC. Kalau dapat? Kau ingat Redza tu ringan aku nak bertimang-timang atas kerusi?

Aku dah cuak gila time tu.
Anak Jemah (viruspadu) dah 2, anak Ceera aku tau kecik lagi, konfem omak eh nak ribakan. Anak Filla si Acih tu dah 6 tahun. Dem! Aku jumpa Banquet mintak kerusi budak.

'Maaf kak, kerusi habis'

Blur kejap aku.
Terus aku BBM dorang cakap korang kena riba anak masing-masing.
Kesian la mak bapaknya semua makan bersempit-sempit dengan anak-anak.
Aku tau dorang tak kisah riba anak sendiri tapi kesian kat budak-budak tu tak selesa.


Meja aku ada : aku, En Wan, Redza, bibik, mak mertua, Syana and laki dia (Cik Yoi), Yani, Along and laki dia.


Meja sebelah : Ceera and Ciput, Viruspadu and Laloque, Filla and Pak Radie, Hanim and fren, Elly and fren.


Aku tak tau dia ni ada blog until malam before nak berbuka puasa tu.
Tapi kalau kat Twitter aku ngan dia macamkan dah kenal 5-6 tahun. Yang bestnya kan, aku lupa nama dia. Masa jumpa kat lobby dia tegur aku, aku dengan konfidennya 'Eh, Eraaaaaaa!!'. Padahal nama orang tu Elly. Kat blog dia pun dia ada cerita pasal aku belasah je panggil nama dia. Sorry la Elly, aku rasa kalau dah lama-lama sok ko akan makin kenal aku macamana. Aku ni blur. Belasah je panggil orang, janji ada tempias-tempias. Macam kau ada huruf E kan, so Era ngan Elly lebih kurang je. Haha.


Filla and Elly.


Pen-sponsor Premium Beautiful aku, Syana.

Dulu time dia kat Japan, dia berblog kat reminisceofsort.blogspot.com. Now aku tak sure if blog ni ada lagi ke tak. But blog PB dia ada kat sidebar aku.
Tinggi bukan calang-calang. Kalau dia diri sebelah En Wan mesti orang ingat En Wan tengah duduk, padahal dah berdiri. Wakakakkakakak. *Pangggggg lempang sedas*


Aku lupa nak tanya apesal si Sepet tak datang sekali.

Pendiam je dua beradik ni. Padahal Jemah duduk belakang aku je tapi balik-balik aku dengar suara aku je. Kesian dorang. Meja dorang la paling krem sekali sebab meja aku ada anak aku je. Meja dorang ada 5 budak yang semuanya takde kerusi. Dem gila De Palma!



Yani ni aku tak pernah kenal be it in realiti atau dalam blog, so baru kenal kat situ. Tapi Along pernah ada blog, but dia privatekan blog dia. Dua-dua ni Bioslim punya orang.


Risau je aku nak bergamba dengan Ceera ni.
Dia dah la putih melepak. Aku?
Aku pun putih gak.
Putih sikittttt je dari bini Sivaji the Boss.


Ciri-ciri blogger tegar.
Kau takyah cakap apa-apa.
Kau halakan je kamera kau kat Filla ni, konfem dia pose.

Ok perhatiannnnnn!!!
Anak dara Filla ni, aku dah book.
Cuba kau imagine Amani ni duduk sepelamin ngan :


Auwwwwww!!

Anak I memang suka geget-geget okkk.
Tak dapat cover henfon, dengan BB aku sekali dia gigit.



Dah suka-suka jumpa member, hampir-hampir terlupa aku ada laki.
Terus suruh Along snapkan.
Aku bukan apa. Aku sebenarnya malas nak bergamba dengan dia ni.
Aku je yang ye ye semyum. Dia harammmmm.
Dah dapat sepinggan nasik dagang baru aku dengar suara dia. Kalau tak, lemah lembikkkkk je.


Aku angkut sekali mak mertua and bibik.

Rasa tak best la pulak kalau aku je anak beranak nak gi buffet ni. Mak and bibik aku ni pulak jenis diorang akan makan apa yang aku masak. Memang selama ni aku je yang masak kat rumah. So kalau aku tak makan kat rumah, konfem dorang akan makan apa yang sempat je. Diorang memang takkan masak punya. Kalau aku tanya 'Mak, Diana dengan Abang balik lambat hari ni. Mak nak makan apa, Diana masakkan siap-siap'.

Mesti dia jawab 'Eh, doksoh. Mok dok makang!'

Jadi, aku cakap ngan En Wan, kena bawak jugak mak dengan bibik, otherwise dorang akan berbuka dengan telor goreng je.


With Jemah aka viruspadu.

Sangat pendiam dan pemalu orangnya. Sangat menantu pilihan okkk.
Seb baik mak mertua aku tak jumpa Jemah ni time Jemah single dulu, kalau tak mesti dia rejek aku. Tapi memandangkan aku lebih 'sopan' dari calon-calon menantu yang En Wan bawak balik dulu, welllllllll what else I can sayyyyyyyyyyyyyyyyyy.



Ok yang ni pulak suami pilihan. Pak Radie, laki Filla.
Korang patut ada sekali kat De Palma ni tu hari and carik kat mana bini dia. Hahaha.
Aku tengok Pak Radie ni dari awal datang sampai nak balik dok la meriba anak, siap berkipas-kipas lagi tangan nak bagi anak tido.
Bini diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???????

Ok, bulan puasa tak baik mengumpat.
Kita abaikan.


Ok, yang ni pulak geng suami-suami terabai.

Disebabkan para bini semua sibuk jadi kameraman dari sebelum azan Maghrib sampai orang dah nak start terawikh tak abis-abis lagi ambik gamba, dorang bertiga takde pilihan lain maka kena duduk secara jemaah untuk sesi suai kenal. Pandai-pandai la kenalkan diri, aku nak ambik gamba ngan member aku.


The Mak-Mak Daras at my table.
Syana, Yani and AlongdeCino.


Aku memang kena berdiri, kalau aku duduk sekali, mesti nampak lagi bantut.



Perghhhhhhhhhhhh.
Abang Jay Jay punya suara memang gila best!
Memula tengah-tengah makan awal-awal bukak puasa dorang panggil kumpulan Nasyid mana ntah nyanyi. Jadi tenang la sikit nak mengunyah tu kan. Agak-agak pinggan nak masuk round ke-tiga, tetiba dia masuk dengan lagu Rindu Bayangan. Meloncat kejap aku.
Seb baik la aku sedar kat kepala ni ada tudung. Kalau takkkkkkk, gua dah naik atas stage nagis peluk-peluk abang Jay Jay.

Yang bengang tu, aku yang dari awal plan nak jumpa Jay Jay, tup tup masa Rayyan melalak, En Wan bawak Rayyan turun lobby. Si Jay Jay ni yang pegi ke En Wan bertanya khabar pasal si Rayyan yang tengah melalak ni. Dem! Siap pulak dia bertanya kat bibik aku raya ni tak balik ke. Bang Jay Jayyyyyyyy, jangan buat-buat tanya bang. Kang tetiba bibik aku melalak mintak balik kang.
I see you in court.


Gambar kenangan before balik. Entah bila lagi la aku nak attend majlis-majlis gathering macam ni lagi. Terima kasih kat semua yang luangkan masa datang. Harap dapat jumpa lagi.
posted by aveo757 @ 2:33 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER