2011-08-03

Bacaan wanita. Kalau yang bukan wanita terbabas masuk sini, nasiblah.




Yang ni bukan advertorial. Ni aku saje je merepek.




Aku ada kegilaan beli pelbagai jenis pantyliner.
Aku memang tak boleh tak pakai pantyliner. Kalau takde pantyliner, aku rela tak pakai spender. Rasa macam kesat je bijik aku bersentuh dengan kain spender, maklom la spender murah.

Asal pegi Giant ke, Watson ke, mesti aku suka kelebet-kelebet area pad and pantyliner. Padahal bendanya sama je tapi rasa dia berbeza ok.

Like Intimate kan, very-very soft surface. Tak caya cuba beli and try. Rasa macam pakai spender satin gitu.

Stok pantyliner memang aku akan pastikan cukup. Kat almari baju aku, ada satu shelf aku khaskan untuk letak pad and pantyliner je. Kalau stok kat Giant habis, meh la datang rumah aku. Macam-macam pesen ada. En Wan memang dah paham sangat dari dulu aku memang suka beli pantyliner buat stok. Sampai dia tanya ape pekdahnya aku pakai pantyliner ni, bukan ke spender tu nanti dibasuh gak, so ape masalah yang aku takut spender tu kotor? So, aku bukak pantyliner aku (yang baru la, takkan yang tengah pakai tu pulak, kang terbabas ke agenda lain lak), and suruh dia rasa pantyliner tu sendiri. Haaaaa kauuu. Baru ko tau apa sebab aku suka pakai pantyliner. Lembut okkkkk. Rasa sejukkkkkkkk je pepek aku.

Tapi memang aku takut spender kotor pun. Sebab pompuan ni banyak benar discharge-nya.
Kalau yang jenis dapat keputihan melampau kalau tak pakai pantyliner, konfem kuyup celah kelengkang dia. Pastu dah basah, gatal, asik la terkeruk-keruk depan orang.

Masa aku tuition zaman skolah dulu, ada satu budak kat tempat tuition aku tu muka dia asikla kelat pastu kalau dah duduk taknak bangun-bangun. Dah habis tuition baru dia gerak dari kerusi tu. Rupanya keputihan. Dia bangun kan, boleh nampak kesan basah kat blakang baju. Aku memula ingat dia duduk tak bangun-bangun tu sebab nak tahan kencing, so maybe terkencing dalam seluar. Sekali keputihan.

Ada lagi satu time aku balik beraya kat kampung Pak Aji, melintas depan ampaian baju rumah orang. Orang tu pun satu hal letak ampaian kat luar. Aku tengok spender dia semua ada kesan kotor kuning-kuning. Aku macam tanya dia ni basuh baju ke tak?

Masa tu aku tak tau lagi pasal pantyliner, keputihan segala ni sebab belum pernah kena. Time matrik aku sibuk nak kuruskan badan, aku makan satu jamu ni aku dah lupa nama dia. Maybe tak sesuai kot. Ha kauuu, menyimbah keluar keputihan aku lepas makan ubat tu. Binawe. Azab gila nak tahan gatal. Basah satu hal lagi. Tak selesa gila bangun dari duduk, rasa melekat-lekat je seluar tu kat celah-celah pepek. Pastu mana ko nak rasa selesa kan kalau spender kau dah basah. Dari situlah aku kenal pantyliner.

Tapi yang aku nak cerita ni cuma pasal pantyliner yang pack hijau tua tu (Fresh Plus). Sape dah pakai pantyliner tu?

Aku baru beli pantyliner Fresh Plus tu last week.
Kat pack tu ada tulis 'liners with designs'.
Memang dari dulu lagi aku terfikir apesal pencipta-pencipta pad/pantyliner taknak buat pad/pantyliner yang bergamba?

Actually Kotex ada buat pad with designs tapi bukan kat surface pad tu, but kat belakang dia. Blakang buat apa, aku tak nampak. Aku suka everytime aku bukak spender nampak cantik je kat dalam spender tu.

But now dah ada!!!!

Pantyliner Fresh Plus tu ada corak kat dalam dia.
And the corak sangattttttttttt cantik!!!
Nak je aku snap and letak dalam ni tapi agak-agak la kan, over la pulak. Pi beli sendiri la.

Yang pentinggggggggg.....bau dia best!
Aku dah penah pakai yang unscented, bau green tea, bau bunga and bau apa ntah satu lagi. Tapi yang Fresh Plus ni bau dia lain. Memang fresh bau dia. Tak caya tanya En Wan, mesti dia kata bau pepek aku skarang lagi fresh. Eh.

Sejak pakai Fresh Plus ni aku kejap-kejap check spender.
Sampai En Wan dok tanya 'Ni apehal kejap-kejap bukak spender ni? Kang haa kanggggggg...'

Walaupun pantyliner ni tersorok, bukan orang nampak tapi kita yang pakai tu rasa best je. Rasa pepek terjaga dengan lebih rapi bila pakai pantyliner bercorak. Rasa kejap-kejap nak tukar pantyliner sebab surprise bila bukak every pack, corak dia berbeza-beza. Ada butterfly, heart shape, flowers...

Tapi girly sangat la corak dia. Rasa macam orang tua tak sedar diri pulak pakai pantyliner corak rama-rama. Buat la gambar handbag ke, kasut ke...kan?