2011-08-01

Merempan di 1st Ramadhan. Sorry.



Thanks pada yang bagi respond.

Semua bagi gudelines yang sama tapi tu la, bukan aku tak pernah ada account wordpress selama ni. Aku ada. Tapi yang this one macam pelik tahap neraka sikit. Aku dah merempan-merempan dah malam tadi tak tau celah mana nak delete. Dah la gamba aku bersepah kat dalam ni kan.

Kalau korang tak caya, ni ambik ni aku bagi snapshot sikit :






Macam pelik kan?
Dia pegi ke Global Dashboard.
Padahal aku dah log in tapi takde satu pun tab yang boleh aku delete. Tab Tools pun takde.

So kalau blog ni memang takleh di-delete, aku mintak maaflah kat sesape yang gambanya ada kat dalam ni. Ada antara gamba-gamba tu dah di-privatekan dalam blog aku yang ni (comatosewith...) tapi kat blog back-up ni still ada.

Kalau ada yang boleh jahanamkan blog back-up kan ni, pertolongan anda dialu-alukan.
Buat blog tau, delete tak tau.
Maafkan kebodohan saya dalam IT ni.
Saya budak baru blaja, kalau salah lempangkan aje. Jolok tak jalan. Apa pun tak bleh.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok, tinggalkan keberempanan terhadap blog back-up.
Skarang aku nak merempan pasal sesuatu.
Aku tau ni bulan puasa.
Tapi aku rasa aku perlu luahkan kat dalam ni, kalau tak, habis sebulan puasa aku akan tension.

Benda ni jadi kat rumah aku, semasa ketiadaan aku.
Tapi kat rumah ada mak mertua and bibik. That day, aku balik Bangi sebab nak meronggeng dengan adik aku, Ima. Dia balik bercuti.

Semalam, time aku nak get ready-kan cookies untuk customer collect, baru aku terperasan sample cookies yang ada dalam plastik dah tinggal 2 pack je.
Aku punya plan tu macam ni..
Those yang collect cookies tu aku akan bekalkan dengan a few packs of sample cookies untuk dorang distribute kat sesape je la, ofismate ke apa ke. Those samples dah di-SEAL, dan diletak dalam plastik bersama-sama cookies yang dah ready untuk di-deliver.

Alih-alih pagi semalam aku tengok tinggal 2 pack je???!!!
Memang toksah kata berapi lagi dah, rasa macam nak meletup kepala aku tahan marah.

Bibik cakap ada 'tetamu' datang rumah aku kelmarin time aku takde, and dia ambik nak rasa.

Anyone boleh tolong skolah aku sikit tak tentang ni?
Aku tak sure if aku yang terlampau berkira or ada orang yang bodoh tak boleh diajar dah.

Benda tu bukan terkangkang terhidang atas meja ok.
Benda tu dah di-seal, dimasukkan dalam plastik.
Plastik yang berisi sample tu tadi adelah plastik yang sama mengandungi balang-balang kuih untuk customer.
And those plastik aku bukan letak kat dapur. Aku letak kat satu sudut berasingan.
Orang 'bijak' je yang menganggap semua balang-balang kuih tu aku beli untuk kau makan!

Kemon la.

Kot ye pun itu adalah kuih raya yang kau feeling-feeling aku beli untuk bagi tetamu makan, balang tu ber-seal ok, plastik tu berseal. Kau hilang akal ke apa pi masuk rumah orang, tuan rumah takde, ko geledah isi rumah, pastu makanan yang bertutup rapat ber-seal pun kau bukak? Kebulur sangat ke kau?

Series aku sampai skarang aku tak nampak kat mana silapnya aku letak kuih-kuih tu.
Kalau nak kata kuih tu aku patut sorokkan supaya orang tak makan, aku nak sorok celah mana lagi? Kuih tu bukan sebalang. Berbalang-balang. And aku dah asingkasingkan balang-balang kuih tu dalam a few plastics based on customer. Yang paling penting sekali, sample tu BERSEAL la bingaiiiiiiiiiiiiii.

Ok..ok.
Fine.
Maybe dia rasa 'Oh, ini mesti sample. Marilah kita rasa'.

Tapi the samples ada dalam plastik yang aku dah asing-asingkan untuk customer!
Bukan aku letak samples tu dalam mangkuk and hidang atas meja.
Paham???

One more thing, adap mana yang kau bawak ni masuk rumah orang geledah barang orang, habis yang dalam plastiks emua kau kelebet?

Tak penah jumpa makanan ke?