2011-08-25

Aku nak balik raya esok



Kelegaan yang panjanggggggggggggggggggggggggg lepas keje-keje semua settle!!!!
Ok malam ni boleh pack beg nak balik raya :)

Semalam nak hilangkan stress, En Wan ajak berbuka kat Kota Permai Golf Resort.
Last year pun aku gi sini gak unuk berbuka, masa tu aku sarat pregnant Rayyan. Dulu, takde buffet, just ala-carte bodoh je. Dah la makanan dia limited, asal aku tunjuk menu je makanan tu takde. Tunjuk yang ni pun takde jugak.

Tapi yang tu last year....

This year ada buffet.
And the food sangatttttttttttttt best!
Eventho takde apa yang outstanding sangat like takde kambing bakar and takde western ke, oriental ke apa kejadah lagi yang selalu hotel-hotel buat but sedap and selesa.

Tak macam kat De Palma Shah Alam hari tu.
Tanya la bloggers yang pegi, konfem dorang bagi rating 0.8 out of 10.
0.8 tu pun sebab ada kepok lekor sebagai makanan penyelamat. Tu pun banyak sagu dari ikan.



Dah pukul 6.50pm tapi ruang buffer masih lengang.
Ada la 2-3 meja yang dah ada orang. Sebab takde orang lagi, aku sempat la pusing-pusing dari satu stall ke satu stall nak tengok selection makanan dia. Ok la, not bad. Lauk-lauk and kuih-kuih kampung. Ada nasi arab, satey, ikan bakar, ayam panggang, sosej, yong tau foo, kuetiaw, pisang, keledek and cempedak goreng, bubur lambuk, ABC, nasi putih and lauk-lauk kampung. Biasa je lauk-lauk dia tapi lengkap. Tak payah nak mengada-ngada nak ada sushi segala.



Kali ni bibik je ada sebab mak mertua aku dah balik kampung Ahad lepas untuk prepare apa-apa yang patut for raya. Sebut pasal nak raya, aku baru teringat aku tak tempah cake lagi untuk pagi raya, so tadi aku browse page Secret Recipe nak check apa cake yang best nak beli. Aku tengok kat kategori brownies, American Brownies dah takde!!!??????

Patut la dah berapa kali aku gi beli kek kat SR tak nampak-nampak American Brownies.
Apesal kek ni dorang discontinued ha?
Musthail tak laku. Selalunya aku tengok tak kek ni, kek cheese carrot yang jalan dulu. Orang-orang Secret Recipe, tolong kembalikan American Brownies akuuuuuuuuuuuuuuuu!!


Stall mee.
Segala tok nenek mee ada kat sini. Cakap je nak apa. Mee meggi je takde.

Kuih-muih and fruits.

Kuih dia semua best-best. Ni kalau mak mertua aku ikut semalam ni, sure kejap-kejap dia round section ni. Sian dia, hari tu kat De Palma kuih dia semua macam lahanat. Dah la kuih dia mostly manis-manis. Kalau kau makan kuih kat De Palma time sahur, sepanjang pauasa besoknya kau gelupur kehausan. Manis gila babi! Toksah kata kuih, air pun manis terlajak. Aku tau la tukang buat air pun puasa, tapi profesional la sikit. Dah hari-hari keje kau buat air takkan tak reti-reti lagi nak bajet. Aku yang jarang buat air ni pun tau nak bajet gula.


Stall ABC.



Kepada tukang buat ABC kat De Palma, meh sini aku nak tunjuk.

Ini namanya ABC. Air Batu Campur.
Yang kau buatkan untuk aku hari tu namanya Air Batu Cibai.

Ini baru nama ABC, paham??
Cukup bahan, cukup manis, cukup rasa.

Hari tu kat De Palma, aku teringin sangat nak rasa ABC.
Penyudahnya sia-sia aku beratur. ABC dia rasa macam lancau. Dah la ais dia besar-besar penumbuk Rayyan, pastu bangsa yang janji letak susu, manis ke tak blakang cerita.
Terbuntang-buntang aku nak menelan ais dia.

Yang ABC aku makan semalam ni, ais dia standard. Bahan-bahan kat dalam tu boleh tahan banyak especially kacang tanah. Ceria je ABC aku semalam.

Meja nasi putih and lauk-pauk.

Aku tak sempat check apa lauk ada sebab aku just makan makanan yang dekat-dekat dengan meja aku je. Malas nak bangun. Belakang meja aku ada mee sup, kuetiaw, murtabak, pisang goreng. Done. Sape nak makan benda lain sila gi ambik. Ambik lebih. Aku tumpang.


Stall ikan bakar, ayam panggang, sosej bakar.

Aku rasa abang ni dah boleh kenal Redza. Kat stall ni je dia ulang-alik nak dekat 9 kali. Anak aku tu memang suka buat keje-keje amal. Kejap-kejap dia tanya aku nak sosej ke tak, dia gi ambik. Pastu tanya nak aiskrim ke tak. Nak apa lagi? Kepok lekor nak, Ma? Mama nak air apa? Mama nak satey?

Sama macam kat De Palma hari tu. Kejap-kejap dia hilang. Tau-tau datang bawak pinggan lauk. Sesaper nak gi buffet meh le ajak anak aku. Dijamin service first class!


Stall Yong Tau Foo.

Pun kat belakang meja aku je ni, tapi lepas mentekedarah murtabak ngan pisang goreng, aku dah tersandar. En Wan bising 'Apa ni, bayar RM60 tapi makan pisang goreng je?'.

Tapi goreng pisang dia marvelessssssssss. Sebijik macam beli kat gerai goreng pisang petang-petang sebab pisang dia bergantung-gantung kat tiang stall. Panas-panas lagi. Mengimbau kenangan betul la pi stall pisang semalam. Dulu masa skolah rendah, asal petang je Mak Aji tugaskan aku gi beli pisang goreng. Beli sampai dua ringgit. Sampai rumah dah tinggal singgit je. Dua ringgit dulu tu dapat banyak okkk. Skarang kalau kau beli goreng pisang dua ringgit, penuh kerak je dari pisang. Orang dulu-dulu meniaga pisang, pisang yang gagah-gagah. Orang skarang punya pisang goreng ada la besar-besar middle fingger aku ni je. Pastu melempai-lempai pisang dia. Beli pisang 10 ulas, nak sampaikan ke kereta dah habis 5 ulas.

Masa sampai-sampai semalam, aku dah aim nak ambik Yong Tau Foo ni. Tapi tu la kan, kalau dah nama puasa tu, kadang-kadang lepas minum air je ko dah kenyang. Dah tua-tua ni tak berapa nak boleh masuk banyak sangat. Lagipun cam takde apa sangat la berbuka ni, janji makan sudah. Time kecik dulu lain la, selagi tak abis makanan tak berganjak dari meja makan. Benti Mahgrib pastu turun main bunga api. Habis bunga api, masuk balik makan. Pastu terkangkang depan TV. Dah nak tido kang makan lagi belen-belen buak puasa tadi. Supper katanya. Kang esok sahur ko makan lagi. Tapi time puasa, kau jugak yang lembik lebih dari orang lain.


Muka girang dapat makan.


Stall mee sup.

Mee sup dia En Wan kata ok tapi aku tak suka sebab rasa stok ayam.
Aku memang takkan letakkan 2 benda kat masakan aku.
Segala jenis stok, be it stok ayam, stok tulang, stok ikan bilis, bla bla bla..AND ajinomoto.

Nehi.
Nehi.
Kabe nehi!!!

Sebab tu kalau balik Muar (kampung belah Pak Aji) aku tak berapa nak makan sangat sebba aku tau dorang suka letak ajinomoto. Bukan la tak makan lansung, aku mana jenis tolak makanan. Makan tetap makan. Cuma tak puas. Rasa stok-stok ni lain tau, macam hanyir sikit. So bila aku makan tu rasa macam emmmmmmmmm...


Manusia-manusia eksyen.

Semua pakai guna chopstick pastu gelak-gelakkan aku terkial-kial nak kejarkan mee masuk mulut. Memang fail la aku ni kalau guna chopstick. Tak pandai-pandai. Kagum gila aku tengok En Wan pakai chopstik. Laki aku ni tak berapa terer sangat makan guna garfu, terkial-kial, terkuis-kuis nak abiskan makanan. Selalunya dia akan guna sudu walaupun makan mee. Sebab tu kat rumah kalau makan mee/kuehtiaw dia akan cari chopstick. Bila aku tanya apesal kalau kat mamak ke, kat kedai ke, bila makan mee taknak mintak chopstick?

Dia jawab 'Tak payah nak poyo'.



Antara stall feveret aku semalam, pisang goreng.
Tetiba rasa nak makan pisang.
Tapi tu la bulan-bulan puasa ni mana ada gerai jual goreng pisang. Padahal goreng pisang tu la paling mudaj nak jual and cepat habis kalau kau buat berniaga, nak lagi kalau dah hujung-hujung puasa ni. Orang dah malas nak carik kuih-kuih dah sebab tekak dah mula nak makan rendang and ketupat. So kalau kau jual pisang goreng adelah amat laku sekali.



Tenang je kitorang makan semalam sebab Rayyan tido sepanjang time makan.
Selama dah 24 hari berpuasa, baru semalam si Rayyan tido time berbuka. Kalau tak, dia pun sama naik duduk tunggu orang suap. Padahal dah makan.
Masa kat De Palma hari tu dia punya bertempik la time nak berbuka tu sebab cari bibik tak jumpa gamaknya. Aku ni tak puasa last week, so time orang nak berbuka tu aku bawak la Rayyan turun kat lobby. Ha kauuuu. Glemer aku kejap kat situ. Orang semua tertoleh-toleh ingatkan aku bawak lari anak orang kot. Ye la, macam tak lojik kan anak boleh bertempik even mak sendiri dah dukung. Anak aku ni memang takde la nak carik aku kalau time nak makan or tido. Memang dia akan carik bibik punya. So, aku jaga yang senang-senang je. Hehe.


Budak gigi rongak yang suka buat keje amal di bulan puasa.


Redza ni aku tak tau la penakut ke, pemalu ke.
Dah lama dah aku peratikan, dari dulu sampai skarang.
Kalau aku suruh dia beratur ambik makanan kan mesti dia akan terus beratur dan beraturrrrrr sampai ke sudah. Dia akan sentiasa bagi peluang kat orang lain untuk cut the queue ataupun bagi laluan kat orang lain ambik makanan dulu. Menyirappppppp je aku tengok dari jauh.

Sama macam sparring tekwando dulu.
Berdebak-debuk sparring partner dia belasah, tapi dia tercegat je berdiri. Kalau elak pun takat pusing-pusing badan. Takde la ko nak nampak dia bergasak ke apa. Tepis sikit-sikit je. Cuba lah kau libas je sekali budak tu tengok camana kan. Ni tak. Nama dia nak angkat kaki hayun kat budak tu memang takde la. Penat je aku pegi menyokong. Pergi untuk tengok anak aku kena belasah dek orang je.

Ni bukan apa ni.
Perangai ikut bapak dia.
En Wan ni kan kalau pegi tempat ramai orang mesti dia tak semena-mena jadi batu.
Nak lagi kalau kau dalam kereta pastu sesat kan. Berbuih-buih mulut aku suruh dia berenti tanya orang, memang takde okk! Berpusing-pusing dia mencari jalan yang takkan jumpa-jumpa tu. Sanggup dia balik je rumah kalau tak jumpa tempat yang nak dicari, kalau ko nak tengok dia berenti tepi jalan tanya orang memang kebarangkalian dia 2% je. 2 % tu pun bila aku dah termuntah sebab mabuk lama sangat kat dalam kereta.

Aku suruh beli GPS taknak.
Laki aku ni palingggggggggggggggggggggggggg outdated sekali kalau bab-bab gajet.
Telifon Nokia ntah abad keberapa ntah. Tu pun kompeni bagi.
Facebook takde.
Personal email takde.
Twitter lagi la jadah haram dia tak tau.
Laptop still pakai laptop masa blaja kat Jepun dulu yang pocessornya zaman Paleolitik ke apa.
Seb baik la bini ada blog, kalau tak blog tu pun dia tak tau.

Tapiiiiiiiiiiiiii cuba ko ajak borak pasal kereta and accessories. Tak makan pun takpe!


Tersandar kekenyanganGGGGG.


Orang tua ni over.
Mentang-mentang tahun ni balik raya kampung dia. Awal-awal lagi dah siap tukar duit raya, semalam dah pack baju, dah topup TnGo semua. Cuba kalau turn balik kampung aku?

Tahun ni aku kat Tganu sampai raya kedua je. Lepas Asar gerak balik sini semula. Sebab sedara-mara dia sikit. Arwah ayah dia anak tunggal, mak mertua ada 2 beradik. Sehari je dah habis beraya. Habis tu buat apa lama-lama kat sana. Dah la aku balik start esok.



Kepada yang aku tak sempat nak buat cookies sebab tetiba ada agenda aku kena siapkan, duit korang Mak Aji akan refund-kan. List aku bagi kat dia. Tapi, aku baru tau tadi nama-nama yang aku listkan as TAKKAN DAPAT BEFORE RAYA rupanya ada yang dah dapat. Mak Aji buatkan cookies and call nama-nama dalam list yang aku dah mark as 'paid' untuk datang ambik cookies. Patut la kejap-kejap aku dapat email 'Kak Di, saya dah ambik cookies'. Aku ni macam bila masa pulak aku siapkan cookies budak-buda ni? Yang the rest, dia akan refund.

Ok la, esok aku nak balik raya dah.
Kalau aku malas nak update apa-apa lagi kat Tganu, so aku nak mintak maaf kat sini kalau ada salah silap, bahasa yang kurang ajar, kot mana-mana yang baca tersinggung, kurang lebih aku mintak tolong maafkan.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.