walk on wings, tread in air: 'Pelancong' kauuuu <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46blogFollowUrl\75https://plus.google.com/108023594649590263359\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

FLEUR by MRS HIM

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
'Pelancong' kauuuu
July 14, 2011



Macam biasa, kalau dah nama balik Tganu tak sah klau tak pekena 'ganja' - sotong goreng celup-celup.

Keenakkan sotong celup kat KT ni umpama nasi ganja Ipoh.
Boleh menyebabkan ketagih.
Dan apabila sotong itu masuk ke dalam mulut, kepuasan tak terhingga.



Objek yang nak difokuskan sebenarnya laut kat blakang tu.

Air kelapa yang isinya disagat halus. Ala-ala Peel Fresh gitu.


Aku tengah kepoh cerita kat Twitter aku tengah makan sotong.

(Ada orang kesah kau makan apa pun?)


Menu hari tu cuma sotong and kepok lekor saje.


Tak cukup heaven????

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sila telan air liur.



Nama je kawen dengan orang Tganu tapi banyak tempat pelancongan kat Tganu yang aku tak pegi lagi. Toksah citer yang jauh-jauh like Pulau Redang la, Tamadun Islam tu pun aku tak jejak. Padahal everytime balik KT mesti lalu Jambatan Sultan Mahmud tu. Dok pandang Masjid Kristal tu dari atas jambatan je la keje aku.

Balik KT kali ni, En Wan bawak kitorang masuk Tamadung Islam tanpa planning pun.
Tau-tau je dah sampai.

Kebodohan paling nyata adelah bila sampai Tamadun Islam aku tanya En Wan 'Masuk sini kena pakai tudung ke?'

'Awak bukan dah pakai tudung ke?'

Oh, lupa pulak.


Ni passport untuk masuk ke Taman Tamadun Islam.
Dia macam booklet yang bagi brief info tentang every single building kat dalam tu.

First visit ko kena bayar RM25. Tapi untuk warganegara Malaysia, tunjukkan My kad untuk dapat RM10 off. Budak-budak age 6 and below FREE, senior citizen dapat half price tak salah aku, tapi kena tunjuk IC/Passport la kan.

Itu first visit tau.
Kalau 2nd visit, ko dapat free tram ride or bicycle ride.

Kalau 3rd visit lak, ko dapat sama macam 2nd trip tapi on top of that ko dapat another 30% off untuk buggy rental.

Hari tu aku datang dengan bawak Redza, Rayyan and bibik, takkan nak berbasikal kot. So kitorang rent buggy. Senang sikit nak benti sesuka hati. Kalau bawak anak-anak yang tak makan saman macam anak aku ni, elok la ko rent buggy je. Kang kejap-kejap dia nak terkucil la, nak tertiarap la, so kalau rent buggy lagi senang. Senang jugak untuk aku cubit-cubit dia, takde orang nampak.


Sangat selesa sebab driver buggy tu perempuan.
Sebab yang banyak bercakap selalunya aku, so kalau lelaki yang drive aku segan sikit nak tanya (sejak bila kau pandai segan ni??).

Beg aku kembung semacam kan?

Punah harapan aku nak feeling-feeling diva pakai beg ni.
Dalam tu cuma ada purse ngan BB aku je, yang lain semua bukan aku punya : pampers, babywipes, botol Rayyan, botol Redza, air mineral bapak dia, kamera, cap, makanan Rayyan. Sampai aku macam...ye la, memang aku beli beg ni semata-mata nak angkut barang-barang korang.


Xian Mosque, China

Masa melintas masjid ni, aku tak terfikir pun ni salah satu monumen kat situ. Bila driver tu stop and terangkan ni masjid Laksamana Cheng Ho, aku macam laaa ye ke. Masjid ni memang nampak macam kuil Buddha, tapi kedudukan dia mengadap kiblat (I mean the real masjid Xian kat sana la, kat sini main letak je).


Masjid Kudus Mina, Indonesia

Aku memang nak sangattttt masuk masjid ni.
Bila aku nampak monument ni, buggy tu belum stop lagi aku dah keluarkan kaki aku nak turun.
Macam Chandi kan?

Of cos bibik aku la yang paling suka.
Macam balik kampung je dia rasa.


Masjid Sultan, Singapore

Ni monumen yang paling latest diorang dirikan dalam TTI ni.
Kubah masjid ni (yang real punya) dibuat dari emas!
Kalau aku bawak nenek aku masuk TTI ni mesti dan-dan tu jugak dia rasa nak balik Singapore.


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam

Ok masjid ni aku pernah pegi a few years back.
Masa tu aku ada keje kat Brunei. Lepas habis keje, driver tu bawak aku ngan bos aku ronda town. Masa tu aku heran apesal building kat Brunei ni renek-renek je. Rupanya baru aku tau kat Brunei, tak ada sebarang bangunan yang boleh dibuat lagi tinggi dari kubah masjid. Sangat kagum aku dengan Sultan Brinei!
So, secara lojiknya, kalau kita berdiri atas kubah tu, kita boleh nampak seluruh Brunei.
And of cos, the kubah adelah emas.


Great Mosque of Samarra, Iraq

Struktur masjid ni cuma batu-bata and tanah liat je.

Pelik kan masjid ni?
Tapi unik.
Unik sebab dulu, everytime masuk waktu solat, Khalifah Abasiyyah Al-Mutawakkil (founder) akan naik ke puncak masjid ni dengan kuda. So, the kuda akan naik ikut tepi-tepi bangunan ni.

Iskk..meremang bulu roma aku kejap.
Rasa macam terbayang-bayang suasana zaman tu macamana.


Taj Mahal, India

Tu diaaaaaaa aku dah sampai Taj Mahal.
Dari jauh lagi aku dah spot this building.
Rasa nak posing guling-guling. Baru la pegi India namanya.

Kat TTI ni kan, tak salah aku ada 7 monument utama. Salah satunya Taj Mahal.
Monumen utama ni maksudnya, ada siap 'muzium' kat dalam untuk korang tengok culture negara tu. And ada tayangan dokumentari sejarah bangunan tu. Untuk Taj Mahal ni of cos semua tau kisah Shah Jehan and Mumtaz but selama ni aku tak tau rupanya ada black Taj Mahal.

Nak tau kalu, pergi google, atau pergi TTI :)


Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqaddis, Palestin.


OMG!!
Ini lah tempat yang paling buat aku sebak.

The third holiest place for muslims!

Tak tau kenapa, terasa macam jejakkan kaki kat Baitul Muqaddis je bila nampak building ni. Aku sendiri tak percaya aku boleh menangis masuk building ni.
Tak tau la aku emo ke, syok sendiri ke, tapi terasa macam dah jejak Palestin.
Nak pulak bila tengok dokumentari Baltul Muqaddis. Baru aku tau Saidina Umar Al-Khattab tu adelah tokoh Palestin. Memang sebak.

Nak pulak bila dia tunjukkan video bilik solat yang dibina di bawah batu tergantung tu, tak boleh nak luah dengan kata-kata how I felt.

Dalam 'masjid' ni, korang leh tengok macamana batu tu dia kepung. Itupun aku dah takut. Kalaulah ianya tak dikepung, aku tak tau la macamana perasaannya bila nampak batu terapung. Yang terapung tu bukan stone ok, but rock!

Too bad kat dalam tu dia tak bagi kita snap gamba.
I wish boleh snap and share kan kat sini.

By the way, kat tepi-tepi tu memang pokok kurma ye.

Salah satu pintu masuk ke dalam 'masjid'.


Tayangan dokumentari


Ok yang ni camwhore namanya...
Orang tak kasik snap, aku snap jugak.



'Al-Haram', Mekah.


The holliest place in the world for all Muslims.

Takde siapa pun akan silap bila nampak bangunan ni kan?
And takde sape pun yang takde angan-angan untuk sampai kat sini.
Semua tau ini Masjid Al-Haram.

Pada yang dah sampai mesti bila nampak masjid ni akan mengimbau kenangan.
Untuk yang belum sampai macam aku, ni sebenarnya semangat untuk cepat-cepat sampai.
Ambik berkata kata orang...biar laju sikit menyimpan ye Diana.

Yang tak bestnya, masa aku datang hari tu, diorang tutup the 'muzium' utk Al-Haram. Sebab driver tu kata, ini adelah the 2nd monumen yang paling ramai and paling lama orang singgah. So kerajaan nak ubah suai jadikan suasana kat dalam tu bentuk 3D.

Konfem dah siap sok aku ajak En Wan pegi lagi!!!!



Aleppo, Syria.

Ni sebenarnya kubu yang dibina atas Bukit Syria.
Tapi kat dalam tu ada masjid.


Masjid Suleyman, Turki

Masjid ni bukan macam masjid-masjid biasa.
Dalam ni ada pepustakaan, hospital, kedai, penjara pun ada.
Kira masjid ni macam one-stop solution la. Semua ada. Takde sebab untuk kau tak gi solat.


Ni tram yang disediakan untuk group yang ramai.

Great Mosque of Agadez, Niger


Masjid ni pun unik gak.
Masjid ni dari tanah je. Cerucuk kayu tu hanya untuk kukuhkan binaan.

Bila tengok masjid-masjid yang bermacam-macam bentuk ni especially yang berabad-abad dulu, membuktikan hebat dan gemilangnya Tamadun Islam. Masjid-masjid dulu kita nampak sangat simple and pelik tapi semua yang dibuat tu ada purposenya. Bukan masjid semata-mata, tapi jugak kubu pertahanan dan pusat pengembangan Islam. Lebih kurang masjid dulu-dulu tu macam kota.


Nampaknya penyakit camwhore sudah merebak....


Banyak lagi masjid-masjid kat dalam tu, ada 21 buah masjid dari 22 buah negara. Masjid Nabawi pun ada, tapi ujung-ujung tu dah tengahari, kesian Rayyan panas. So kitorang melintas je Masjid Nabawi *sedih*

Tapi tu mungkin isyarat untuk aku pergi je la direct to the real Masjid Nabawi. Insyallah.


Lepas gi ronda masjid, En Wan ajak naik bot pulak pusing-pusing bandar KT.
Feeling-feeling pelancong kan aku? Padahallll.

Kat dalam bot tu bila tourist guide tu tanya 'Pertama kali datang Tganu??'

Aku diam tak tau nak jawab apa.
En Wan lak lelebih sahut 'Yeeeee'.

Aku pandang je laki aku ni.
Tebiat ke apa.

Cintai sungai kita.


Posing dulu apa-apa hal..


First time Rayyan naik bot


Seb baik Rayyan tak buat perangai lansung. Diam je, paling hebat pun melompat-lompat. Mujur tak nangis ke apa. Aku la pulak yang nak nangis naik bot.


'Pelancong'


View Masjid Kristal dari atas bot.

Personal opinion, aku rasa TTI ni sangat best.
Aku tak nampak apa yang membazirnya TTI ni sepertimana yang diheboh-hebohkan dulu.
Sekurang-kurangnya kita 'sampai' jugak ke tempat-tempat yang kita tak mampu sampai buat masa sekarang. Setidak-tidaknya kita ada semangat sikit nak menyimpan untuk ke Al-Haram (ini aku la...orang lain dah lama sampai).

Pada yang belum jejak TTI, aku cadangkan pergi.
Tak rugi.
Kalau nak lagi best, maybe korang boleh pergi bila 3D Al-Haram siap.


posted by aveo757 @ 12:54 PM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: aveo757
Home:
About Me: Yes, I am Diana Ishak.
Yes, you are right, I am also known as Green Apple.


See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER