walk on wings, tread in air: Macam dah takde nama lain <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Macam dah takde nama lain
2011-07-29



Apesal manusia ni suka benda yang merepek-repek?
Like nama anak yang macam jadah.
Padahal bukan takde nama yang senonoh tapi masing-masing attention seeker. Yang mangsanya anak tu tadi.

Just like anak dara si Beckham. Apa benda ntah Harper Harper. Ntah hapa hapa.
Pastu anak si Gwyneth. Apple???? So nama singkatan kau apa? "APE"? (Planet of the Apes).

Yang ni aku dapat dari email. Ada this Swedish couple yang letakkan nama anak dia Brfxxccxxmnpcccclllmmnprxvclmnckssqlbb11116 tapi pronounced as "albin".

Rasa nak hantukkan kepala sendiri kat dinding.
Konon artistik la tapi bangkai.
Last-last bila law Sweden tak approve nama tu, dia protes and letak nama anak dia "A" saje. But still pronounced as Albin.

Kau dah kenapa dowhhh???
Apa masalah kau nak letak nama anak kau serupa Davinci Code?
Takde ke ko terfikir susahnya anak ko sok nak eja nama sendiri. Tu belum lagi nak ingat no passport,no akaun bank, no IC. Baik kau letak je nama anak ko ABCDEFUCK.
Nak panggil pun senang.

Nama anak aku yang boleh dieja ni pun aku dah rasa serba salah now.
Agak panjang gak la. Tapi at least boleh dieja, dibaca, dipanggil, disebut. Yang penting ada makna.

Lagi satu kan, orang yang suka menama-namakan orang lain (name calling).
Padahal nama orang tu dah cukup cantik, cukup mudah tapi dia nak jugakkkkkkk panggil anma gelaran.

Contohnya kat kampung Mak Aji dulu ada panggilan untuk sorang brader - Kambing.
Boleh?

And being a orang Nogori-Melaka, name calling ni dah macam jadi kebiasaan.
Slambe badak je panggil depan mak orang tu 'Assalamualaikum Tijah, dak Kambing ado rumah ko?'

Depan-depan mak orang tu kau panggil anak dia Kambing.
Gila legend.

Tapi surprisingly dorang tak marah.
Macam name calling tu takde apa je bagi dorang.

Tak caya kau perati kat kampung sok time balik raya.
Nama-nama like Tijah Itam, Malek Boroi, Hashim Botak mesti ada.
Sometimes gelaran-gelaran ni disebabkan ada dua nama kat kawasan yang sama, so diorang kena letak gelaran supaya tak keliru. Ok fine. That is another story. Acceptable.

Tapi yang sah-sah nama tu satu je kat kawasan tu tapi tetappppp kau nak gelarkan jugak.

Contohnya aku dulu.
Padahal kat skolah tu aku sorang je nama Diana but still ada yang bangkai lahanat nak panggil aku Diana Itam. Series babi.

Pika Gemuk.
Padahal budak tu memang obviously gemuk. And nama dia sorang je Pika. Perlu ke ko tambah 'gemuk' kat blakang?

Masa aku kat Maahad ada satu akak senior tu nama apa aku dah lupa. Tapi memang nama dia aku yakin takde orang lain sama macam dia. But since dia macam kerek sikit, kawan-kawan dia panggil dia Aida Buntang (nama Aida bukan nama sebenar sebab aku lupa nama dia). Mula-mula aku tak tau buntang tu apa. Kes dia macam ni. Biasa la week one selalunya orientation, so ada la sikit terlebih ragging. Senior-senior ni kadang-kadang excited sangat jadi 'senior', so meragging tu kenkadang terlajak sikit. Jadi, aku menangis balik ke dorm (aku ni pun lembik je, sikit2 nangis). So, kakak kat dorm tu tanya kenapa. Aku cakap la akak Aida ni buat itu ini. Agaknya kakak Aida ni memang sedia maklum kerek, so aku dengar kakak-kakak dalam dorm tu cakap 'Sian budak tu. Si Aida Buntang tu berlagak terer!'.

Aku macam, buntang???

So aku tanya la kawan aku kat situ buntang tu apa.
Kawan aku cakap buntang tu sebab mata dia besar terjojol. Macam jenis mata terbeliak. Terus aku boleh berenti nangis. Rasa kesian kat akak tu. Aku baru kena ragging sehrai dah nangis. Akak tu agaknya dah 5 tahun orang panggil dia macam tu, rilek je. Tapi kesian.

Tapi aku wonder gak apesal makin ramai yang suka letak nama anak dia pelik?
Aku ada kawan masa kat UNIMAS nama dia Simantarkar Umbiratini. Masa aku dengar for the first time aku tak tau aku nak panggil apa.
Simen?
Umbi?
Birah?
Eh.

Tapi dia faham agaknya kitorang macam buat muka pelik bila dengar nama dia so dia suruh panggil dia Sim je.

Anak angkat nenek aku lagi la.
Mak Aji cakap masa arwah atuk aku dulu ambik the baby, kat surat beranak budak tu tulis nama 'Nasib bin Tiada'.

Aku tak tau nak gelak ke nak cekik orang yang daftar nama baby tu.
Kemon la, kot ye pun kau tak tau asal-usul budak tu tak boleh ke kau bubuh nama yang senonoh sikit?

Ada lagi satu pangkat nenek sedara aku kat Tampin, lagi cool.
Nama dia Buruk. Mak Aji panggil dia Makcik Buruk.
Mak Aji penah bagitau aku ada salasilah keluarga dia yang bernama Mentol.
Ok la, walaupun aku nak gelak dengar tapi be fair to them la jugak. Orang dulu-dulu pakai lampu minyak tanah dowh, mana paham mentol tu apa.

Masa aku gi jadi Duta Kecil ke Japan dulu, ada delegasi dari Indon nama dia Alif Yamim. Aku terbayangkan alif ya and mim = ayam.

Be wau re nge.
Buaya!

posted by aveo757 @ 11:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER