2011-07-25

Gedik itu normal



Last week balik Bangi, aku jumpa the last batch of gamba-balik-dari-trip-PBSM dalam laci Ima. Tak sangka ko simpan lagi gamba yang penuh kemelekitan ni, Ima.


Bila aku tengok gamba ni rasa kesian lak kat Ibal.
Aku dulu ejek-ejek dia itam itam itam padahal aku lagi itam.

Betul la cakap orang kan.
Kalau orang tu rasa diri dia ada kekurangan, mesti dia akan tutup kekurangan diri dia dengan mengalihkan perhatian orang pada mangsa yang lain.
Dalam kes ni, Ibal jadi mangsa. Kesian kau kan?
Tapi aku adelah contoh pemangsa yang berjaya!
Sebab sampai skarang orang masih lagi anggap kau yang itam padahal semua pun itam (lagi sekali cubaan nak menidakkan diri sendiri sorang yang itam).

Aku bawak balik gamba ni sebab nak scan.
Gamba-gamba macam ni kalau tak di-scan konfem hilang.
Baik aku simpan se-copy.

Redza nampak gamba ni lantas 'Eiiiiiiii!'.

Eiii okkk.
Eiiiii!!!!

'Kenapa orang ni berkilat, Ma?'

Pastu En Wan 'Mana mana?? Mana??'

Cepat-cepat aku rampas gamba ni and sorok.
Aku tak rela En Wan tengok gamba ni.
Cara-cara tak tengok lagi pun aku dah boleh bajet apa dia nak kutuk.

Hmmm....berkilat.

Aku tak faham apesal aku je yang nampak berkilat dalam gamba ni.
Padahal Ima pun join sekali trip tu, tapi dia macam suci je.
Aku macam mandi minyak.

Bila tengok gamba ni aku rasa macam nak tikam diri sendiri bertubi-tubi bila teringat satu cerita.

Aku ada sorang kawan yang cun gila time skolah dulu.
Kira dulu dia ni kategori wanita dambaan la.
Lelaki yang tak berkote je tak syok kat dia.

Ada satu kali tu dia join Kelab Rakan Dewan Pelajar.
Ha kauuuuuu. Surat yang datang nak berkenalan sampai satu bakul okkkkkkkkk.
Posmen hantar surat sampai ikat surat-surat tu tak muat nak masuk lam mailbox.

Memandangkan dia gi skolah dengan aku sebab rumah dia blakang rumah aku je, maka akulah orang yang dia akan bagitau dulu. Sampai ada satu hari tu dia bawak extra beg ke sekolah buat isi surat-surat yang sampai ke rumah pada hari tu sahaja! Gila hot kan?

Tak larat nak tengok surat, maka dia suruh kitorang kawan-kawan dia tolong baca and tapiskan.

Of cos la ktorang bukan tapis isi surat.
But tapis gambanya!

Bukak sampul, check gamba dulu.
Kalau hensem, letak tepi. Surat baca kendian.
Yang tak hensem, buang terus. Menyemak.

Lepas dah filter semua surat, kumpul and bagi kat empunya diri.
Nanti turn dia pulak buat dua kali pemeringkatan.
Mana yang gila bapak hensem, dia reply.
Yang kategori muka boleh carik makan, dia pass kat kengkawan tolong balaskan.

Gedik kan kitorang?
Gedik ni dah menjadi satu fasa kemestian dalam hidup.
Semuorang perlu merasa apa itu gedik.
Tapi kalau nak gedik tolong jangan mengedik depan aku. Makan tumit nanti.

Tapi member-member yang tolong balas tu bukannya balas on behalf of kawan kitorang tu.
Tapi balas sambil mempromosikan diri masing-masing...termasuklah aku.

Bila tengok gamba aku kat atas ni aku rasa kejam pulak pi mengayat budak laki tu.
Tetiba aku terasa statement kawan aku yang paling babi time skolah dulu sangat benar. Dia cakap 'Diana ni kalau jadi kuali aku tak tau mana satu depan mana satu blakang'.

Babi kan?

Tapi macam betul je apa dia cakap. Haishhhh.

Berbalik kat cerita balas surat tadi, aku dengan beraninya (read = tak sedar diri) perkenalkan diri as kawan kepada kawan aku tu. Aku cakap aku tolong replykan sebab pompuan yang kau minat tu terlampau busy mereply surat-surat lain.

Guess what?

Aku berjaya dapat balik balasan surat dari dia kauuuuu.

Tapi of cos la aku tak hantar gamba aku.
Aku takkan biarkan budak tu dihantui dengan mimpi-mimpi ngeri tetiap malam.
So aku just balas-balas surat macam tu je la. Baik jugak budaknya. Walaupun sebenarnya dia berminat nak kenal kawan aku tu but dia tak kisah aku yang akhirnya berkawan dengan dia. Mungkin dia bajet aku pun cun macam kawan aku tu kot, tu pasal dia layan. Hahahha.

Pastu budak ni ajak jumpa!!
Gelupur sialllllll.

Terus aku tak balas-balas dah surat budak tu sampai ke sudah.

Masa tu aku dah rasa stress.
Alangkan nak bersurat-surat ni pun aku dah cuak takut surat sampai kat tangan Mak Aji, inikan nak ajak jumpa???
Terbayang-bayang badan aku berbirat dengan hanger.

No. No. No!!!!



Tapi gamba atas tu tak boleh lawan gamba yang ni.

Gamba kat depan ni sebenarnya gamba Mak Aji.

Aku ingat lagi time aku tulis "Mama, kaulah yang sering ku ingati (cam sial ayat aku kan? Gila bapak puitis). Mama, Diana nak balik!!. Please.." ni, aku kat TKC, dalam exam hall. Hall lah sangattt.

Kau mampu bawak masuk album klorga time exam?

Sebenarnya memang tak boleh bawak apa-apa selain dari stationary, tu standard protocol. Tapi guru kaunseling masa tu sedia maklum aku dalam situasi tak siuman, so dia benarkan aku bawak masuk album. Aku cakap kalau nak suruh aku ambik exam, bagi aku bawak masuk album klorga. Kalau tak, aku taknak buat exam lansung.

Ewahhh. Cantek muka kau kan?
Ada orang kisah kau nak ambik exam ke tak?

Tapi aku rasa dorang mesti kisah.
Mau dia taknak kisah?
Tak pasal-pasal pecah rekod masuk paper buat pertama kalinya dalam sejarah ada budak TKC fail exam. Kan?? Walapun peksa pertengahan tahun.
Nanti skolah dapat malu. Aku dapat penampar.

Eh tiba-tiba aku rasa aku keji gila pulak dulu-dulu (skarang pun keji jugak). Siap ugut taknak buat exam. Padahal bapak keje bahagian Disiplin dan Kaunseling. Anak macam ........!!

But seriesly masa ni aku sangat-sangat homesick.
Apa-apa hal mesti aku rindu Mak Aji dulu.
Padahal kalau kat rumah aku ni asik kena bahan ngan dia je. Ada aje la yang tak betul kat pandangan mata dia. Tapi dia jugak yang aku carik kalau aku nak apa-apa.
Aku rasa semorang pun macam tu kan?
Walaupun mak tu siang malam membebel, bantai kau dengan hanger, batang mop, tali pinggang segala tapi ujung-ujung kau carik dia jugak. Jarang yang carik bapak. Yang mak pulak, belasah tetap belasah. Tapi malam-malam sapukan minyak gamat kat lebam. Kan?