Sabtu lepas adelah Sabtu palingggggggggggggggg aman setakat ni.
Semua gara-gara game bola.
Selama ni asal Sabtu je aku berebut TV. Yang kat bawah nak tengok cerekarama la, Cinta Karmila la, Cinta Melody la. Yang kat atas nak tengok bola. Yang si bola ni pulak macam takde hari lain nak main. Balik-balik aku kena tengok AF online. Tensi.
So Sabtu lepas, walaupun takde AF, aku tetap bahagia sebab aku leh bergolek-golek dalam bilik sorang-sorang tanpa gangguan. Ko nak bertempik kat stadium tu tempik la ko anak-beranak. Balik kang jangan lupa belikan aku kacang rebus.
Time iklan, aku tukar-tukar channel, la haiiiiiiiiiiii.
Ada rupanya siaran lansung.
Yang nak bersesak-sesak bau bacin dalam stadium tu kenapa la??
Memandangkan masa tu Tganu masih lagi 0, kejap-kejap aku sms En Wan tanya khabar team dia. Saje je nak bakar-bakar.
Tak reply okkkkk.
Siap terus off henfon lagi.
Aiii? Betul punya marah niiiiii.
Bila tetiba Pak Aji sms aku :
Oh! Demmmmmmmmmmmmmmmm.
Konfem seminggu telinga aku bernanah dek citer yang sama je ni.
Ternyata, ramalanku benar belaka.
Dari moment dia jejak rumah sampai malam tadi ni, tak abis-abis citer pasal Tganu dia. En Wan tu sah-sah la bangga kan, memang pure Tganu.
Yang si Redza ni pun sama naik nak berbangga.
Padahal sebelum pergi tu siap pakai baju Red Giant. Bapak dia tipu cakap Selangor lawan.
Sekali balik, dah rupa gini :
Aku pernah sekali je masuk stadium layan bola kat Kuching. Masa tu Sarawak lawan Selangor. Ramai mana je la penyokong Red Giant kat Kuching kan, harapkan student je la. Kitorang masuk stadium masing-masing pakai baju biasa je. Yang pakai jersi Red Giant semua cover dengan jacket. Mana ada space supporters Selangor kat sana. Pandai-pandai la kau nak bawak diri kan.
Kitorang duduk kat tengah-tengah supporters Sarawak. Memang tak seronok la sebab tak berani nak menjerit.
Sekali masa Zainal Abidin gelecek bola, aku tetiba bangun pekik nama dia.
Ha, kauuuuuuuuuuuuuuu.
Gigolo punai kontot belakang seat aku ni boleh pi tendang kerusi aku? Gampang gila. Sikit tak sporting. Kemon laaaaa. Yang main kat tengah-tengah padang tu pun tak apa-apa. Kau pulak emo.
Masa tu siapa ntah budak laki member aku terus tukar seat dengan aku. Lepas insiden kerusi aku kena tendang tu, masing-masing tengok game macam melawat orang mati. Senyap sepi.
Time ni mana yang pergi stadium naik moto semua gi tunggu player kat hotel. Aku tak join sebab masa ni aku dah ada balak. Yang stok-stok takde balak je tunggu player. Wakkakakakakakkaka.
Time ni semua nak bergambo ngan Nazzab Hidzan yang tengah-tengah tu (betul ke nama dia ni?). Ntah mana pegi mamat ni skarang.
Aku rasa time ni aku takde sebab aku naik bas UNIMAS kot. Balak aku kan sengkek, mana ada moto.