walk on wings, tread in air: Takkan semua benda kau nak murah <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Takkan semua benda kau nak murah
2011-06-16



Aku kan memang tak paham konsep orang nak berbisnes besarrrrrr tapi nak jimat gila-gila.

Owner opis lama aku hujung bulan ni nak pulangkan deposit sewa.
Before dia pulangkan tu of cos la dia nak check dulu condition ofis yang aku tinggalkan.
Before dia gi Canada bercuti, dia ada datang opis dengan aku untuk check condition. Kebetulan hari yang sama, tenant baru nak tengok-tengok ofis.

Owner tu puas hati sebab aku tinggalkan ofis dalam keadaan ok. Tu pun sebab aku tak dismantle partition semua sebab aku tau kalau aku dismantle konfem macam tongkang pecah jadinya ofis tu aku kejekan. So dia dah pesan siap-siap since ofis ni dah macam-macam aku buat, dia maybe nak naikkan sewa tapi tak kasi aku bagitau new tenant.

Ok, condition dia gini.

Ofis lama tu memang fresh and new masa aku masuk. Kira aku first tenant.
Dari zero, aku naikkan partition.
Partition yang aku buat tu sama macam partition ofis aku sekarang, yang pakai plaster. Sebab aku benci partition pasang siap. Serupa macam ofis tak siap je rupa dia.

Ada room, ada pantry yang aku siap pasang tiles, ada surau, ada stor.
Ofis dulu corner lot.
So semua tingkap keliling aku tinted.
Aircond aku tinggalkan.
Kerusi meja semua aku tinggalkan.

Yang aku ambik is glass door (sebab glass door ni ada engrave dengan nama company. Takkan next tenant nak guna kot), carpet, photocopy machine, fax, freezer and fridge.

Yang lain semua aku tinggalkan.

Masa new tenant ni datang check ofis, dia ada tanya ada barang ke yang aku nak tinggalkan.
Aku cakap aircond, meja, kerusi, lampu yang basic and partition aku tak dismantle.

Ok settle.

2 hari lepas owner call cakap new tenant tu tak jadi nak masuk sebab dia (new tenant) bagitau aku mungkir janji. Aku cakap aku nak tinggalkan barang but aku ambik semua.

Aikkk????

So aku call budak tu, tanya.


Aku : Michelle cakap you tak jadi masuk sebab saya ambik barang? Barang apa ye? (intonasi masih bercirikan muslimah)

Dia : Siapa nak ambik ofis tak berkarpet, tak berlampu, pintu semua takde.

Aku : La, pintu mana pulak yang takde ni?

Dia : Pintu depan tu. You tanggalkan kan?

Aku : Pintu kayu tu memang pintu asal, I tak tanggal. Pintu kaca je.

Dia : Tu laaa. Apesal you nak tanggal pintu kaca pulak? Dah satu hal I kena buat baru.

Aku : Eh, pintu kaca tu I tempah tau. Bukan masuk-masuk opis terus ada pintu kaca. Lagipun u nak buat apa, pintu kaca tu ada engrave nama company I la.

Dia : Tu tak kisah, I boleh tampal dengan apa-apa. Ni lagi satu, alarm pun you nak tanggal ke?

Aku : Eh, of cos la I tanggal. Benda tu boleh guna balik.

Dia : Susah la you ni. Semua nak ambik balik. Karpet pun u ambik.

Aku : You nak ke karpet tu? Kalau you nak, I taknak bagi free, you kena bayar I. Boleh?
(masa ni suara aku lembut lagi tapi ada cara-cara nak jasi sarcastic)

Dia : Olohhhhh, karpet pun berkira keeeee.

Aku : Dah tu, yang you berkira sangat nak beli karpet baru apesal??? (ok, naik sikit dah suara)

Dia : Ye laaa. Cuba awak fikir, mana ada orang pindah opis ambik sekali karpet?

Aku : Orang lain tak ambik karpet sebab karpet dia bergam kat lantai. Karpet murah! Saya punya karpet tak bergam kat lantai. Saya pasang sponge kat lantai sebab saya memang dah plan kalau pindah esok saya nak angkat balik karpet ni. Yang saya tinggalkan tu is the sponge. Awak ingat sponge tu murah ke? Dah bagus saya nak tinggalkan tau. Awak letak je karpet atas sponge tu. Karpet awak tak rosak.

Dia : Berapa karpet awak tu yang sayang sangat nak tinggal?

Aku : Karpet alone RM12K. Tak termasuk sponge ok? Nak beli ke????!!


Senyap.


Dia : Hmmm....tak pela, takpela. Eh ni saya nak tanya lagi satu. Berapa dia sewa kat you dulu?

Aku : RM****

Dia : Ye ke?? Saya dah agak dia mesti naikkan sewa ni. Hmmm..tak jadi la saya nak sewa.


Hmmm..sebenarnya itu la pun alasan kenapa kau taknak sewa kan? Sebab sewa mahal. Bukan sebab aku ambik barang-barang aku.

Kang kalau aku cakap lelebih kang, kau kata aku berlagak.
Tapi sebenarnya kau yang berlagak.

Nak berlagak ada opis besar, opis cantik, opis lengkap tapi taknak kuar duit lebih. Nak sewa murah. Nak barang free.

Akai ada?

Semua barang nak free.
Kalau aku tinggalkan free then ko willing nak bayar sewa mahal, takpela jugak.
Ni tak. Dah la nak semua barang free, lagiiiiiiiiiii nak sewa rendah.

Owner tu pun mesti ada reason kenapa dia nak naikkan sewa.
Mesti la nak ikut market price. Takkan harga dulu ngan sekarang nak statik je.
Lojik ke kau nak sama kan harga sewa opis kosong dengan harga sewa opis ada kelengkapan? Halooo, kata bisnessssss. Benda basic macam tu pun nak kena ajar gak ke?

Bilik ada, pantry ada, surau ada, tingkap tinted, kerusi meja sedia.
Lagi nak murah???

Dasar lanch.



















Gamba takde kena-mengena dengan entry. Saje je, sebagai memenuhi sessi camho.


posted by aveo757 @ 11:23 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER