2011-02-10

Penangan wanita



Aku bersembang dengan seseorang, sekali termasuk ke topik man vs woman.


Dia : Tau kenapa Adam dicampak keluar dari syurga?

Aku : Sebab makan buah khuldi.

Dia : Kenapa dia makan?

Aku : Sebab Hawa yang suruh.


Dia senyum.

Pastu dia tanya lagi.


Dia : Firaun tu jahat. Pada zaman dia, dia bunuh semua budak laki yang baru lahir. Tapi kenapa Nabi Musa jadi anak angkat dia?

Aku : Sebab wife dia yang nak baby tu lepas jumpa baby kat sungai.

(pehh, masa ni aku tak sangka aku ingat lagi kisah-kisah Nabi. Tapi setakat ingat je tak guna baiiii. Tudung bila nak pakai?? Insaf)


Dia senyum lagi.


Dia : So now you know betapa kuatnya kuasa wanita kan?




Buat aku terfikir....

Alangkan Firaun yang jahat tu pun boleh lembut hati dengan si Asiah, takkan la laki kita lagi jahat dari Firaun sampai tak boleh nak berlembut hati lansung, tol tak?

Tapi kau pun kalau nak menggunakan kuasa wanita janganlah sampai jadi Queen Control pulak.

Baiklah, saya akan gunakan segala kuasa dan kelebihan yang pada pada saya untuk mendapatkan kad kredit saya balik.

Gunakan kelebihan yang kita ada!!!!!! (sambil menyapu breast cream)