2010-05-09

Mother's Day


First of all, HAPPY MOTHER'S DAY kepada semua ibu-ibu.

Mak Aji ada kat rumah aku since semalam.
Dia telah men-surprisekan aku dengan membawa kek dan present.
Tapi bukan sempena mother's day, tapi untuk wedding anniversary aku yang ke-9.




Masa ni Redza dah excited gila.
Ye la, memula nampak kotak Secret Recipe, pastu nampak nenek dia hulur kat aku kotak hadiah ni lagi la tak tentu raba, kejap-kejap bek kotak ni, kejap-kejap tanya bila nak bukak.
Member ingatkan hari ni besday dia.
Cantekkkk muka kau setahun sampai patblas kali ko punya besday eh?
Asal ada orang bagi hadiah je, dan-dan besday dia.
Tu yang aku tak penah bawak dia pi birthday parti sesaper, kang satu hal aku kena belikan hadiah untuk dia tak pasal-pasal. Orang lain yang menyambut besday, orang lain yang dapat hadiah.




Mak Aji kalau beli hadiah untuk aku mesti yang tempias-tempias barang dapur.
Dia ingat anak dia rajin benar masak agaknya.
Tapi sebab dah bagi tu kita ambik je, jangan banyak bunyik.
Aku rasa bendalah ni akan terus terparking lam cabinet sampai tahun depan, sebab aku takde de nak masak guna periuk besar-besar camni kecuali nak buat makan-makan or nak kawenkan Redza sok. Aku biasa masak guna periuk kuali kecik-kecik je, tak pun tak gunakan periuk lansung, main beli frozen food and panaskan kat microwave je.
Mudah bukan?




Part ni paling best.
Bukak-bukak je kotak kek sekali Mak Aji terperanjat apesal kek ni lain??
Hahaaha.
Masa ni aku dah berkira-kira mati la budak Secret Recipe kena sound ngan Mak Aji.
Tak sampai 5 minit, aku tengok dia dah dial no SR Alamanda. Hambik kauuuuu.

Rupanya bukan salah, the kek tu memang dah betul - Blackforest Cheese Cake cuma masa dia display, atas kek ni berkeliaran buah-buahan, but bila kita nak tulis, dia angkat semua buah-buah tu, tinggalkan icing je. Maka terhasillah kek yang togel dan agak kekampungan designnya.

Tapi rasa dia sedap okkk. Nak lagi beli tak guna duit aku, bertambah-tambah kesedapannya!



Masa ni dia tengah membebel sorang-sorang mengamuk ngan budak SR.
Aku diamkan aje, sebab kalau aku masuk korum sama, maka akan bertukar hijaulah beliau. Sebab aku memang pakar bab mengapi-apikan.
Tapi budak SR ni pun satu, kenapa la yang kau tak explain kat customer buah-buah tu semua akan diangkut keluar kalau customer nak mintak tulis? Tu kira nasib baik la Mak Aji takde mood sangat nak mengamuk sebab aku dah readykan tauhu bakar dia siap-siap.
Terima kasih kepada tauhu bakar.






Ni la rupa dalaman kek tu.
Kek ni banyak cream dari keknya sendiri.
I mean the tepung part cinonet je, yang lain semua buah yang dilapis-lapiskan dengan cheese cream. Tapi tak muak la sebab cheese tu masam, buah-buah pulak manis, the blueberry jem masam, jadi ko makan sekotak pun ok je lagi. Memula nak tambah lagi, tapi sebab masa makan ni aku bersila, so macam tersedar yang perut aku belipat-lipat, terus kensel. So aku rasa kekdah terbaik untuk mengelakkan kita makan bertambah adelah dengan cara makan dok atas lantai, bersila ya!

Aku pun dah agak serender nak kuruskan badan ni.
Bila aku sarung kebaya dah macam nangka bungkus, gila seksa aku nak sedut perut.
Tu cara-cara berdiri, belum duduk lagi.
Kalau duduk, boleh la nampak lemak-lemak tepu tersentil.
Kalau terbatuk, konfem terbang butang kebaya aku.




Ni En Wan, lepas tea time. Dia menampal batu tertanggal. Dia ni engineer cum buruh kasar.

Kalau korang nak simen-simen rumah boleh la panggil laki aku. Dia ni belasah je, semua keje boleh. Tapi ko kena tahan la dengan kekdah dia. Contohnya besen biru tu kan? Tu besen aku rendam pulut untuk open house 2 tahun lepas okkkkkkk. Alih-alih aku tengok selamba tapir je dia pi buat bancuh simen. Kot ye pun akal bergeliga tahap MacGyver, boleh tak jangan menjahamkan harta benda aku??