2010-05-26

Cerita GC jap lagi. Ni cerita lain dulu.



Akhirnya aku selamat jugak jejak tanah Malaysia semula.
Sangat horror okkk 8 jam kat atas tu. Macam nak muntah aku tido. Tiga pat kali terbangun tak sampai-sampai lagi. Rasa nak menjerit. Dah la gegar macam nak gila. Siap la pulak kapten boleh buat announcement angin-agak-kuat-jadi-sila-kembali-ke-tempat-duduk. Aku memang tak pikir apa dah melainkan kapal ni terjunam lalu bersepai-sepailah tulang-belulang beta. Tapi aku tengok En Wan rilekkkkk je. Macam dia selesa je ngan gegar-gegar tu, ala-ala dibuai-buai.

Aku : Bang, abang tak takut ke kalau katerbang ni jatuh? (boleh eh bincang pasal plane crash kat atas tu??)

En Wan : Takut memang takut, tapi kena la yakin.

Aku : Abis kalau dah bergoyang macam ni nak yakin apanya. (sambil peluk dia kuat-kuat)

En Wan : Kalau dah ajal tu Di, kita takleh nak stop or delay. So, jangan risau. Kalau nak mati skarang, skarang jugak kita mati. Kalau tak mati skarang, terhempas patlima kali pun tak mati-mati gak macam hero Tamil awak tu. Kena tembak tujuh kali pun boleh bangun lagi.



Boleh la pulak buat lawak orang tua ni.
Memang la kalau dah ajal tu kita takleh lari. Tapi janganlah mati dengan keadaan tulang aku bertebarai.

Tapi 8 jam adalah sengsara okkkk.
Aku swear taknak naik katerbang dah. (ye sangatttttt)
Memang tak boleh blah dia punya gabra dok lama-lama kat atas tu. Dah la kat tepi aku ni ada cina bukit tak penah naik katerbang gamaknya. Macamkan dia sorang beli tiket, cakap sekuat-kuat ada. Sekali aku tampa kangggg. Mat saleh-mat saleh kat dalam tu muka semua berbulu je ngan cina ni. Aku ingatkan batak mana masuk Malaysia, rupanya memang orang Malaysia. Ada ke tanya kat stewardess boleh ke tak smoking? Bangang ke apa kau ni, tak reti tengok lampu kat atas tu dah tunjuk no smoking? Awal-awal stewardess dah buat announcement - this is a non-smoking flight. Oh ye la, kau batak kan. Mana paham. Oh ok. Ni bukan racist eh. Sebab lagi sorang Cina kat blakang aku ok je tertib naik katerbang, tapi yang sorang ni memang sumpah batak.

Di saat aku menaip ni, aku sangatlah tak sihat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Dah sebulan lebih aku simpan cerita ni. Takde mood nak bagitau sesape selain family. Even kengkawan pun tak tau. Time kawan-kawan aku sibuk cerita orang tu pregnant, orang ni pregnant, aku diamkan diri je. Sebab aku rasa ni second baby (insyallah) so takyah la kot gebang kat orang, bukannya anak pertama kan. Lagipun, segan la pulak. Dah nak masuk 33 baru nak dapat baby no. 2. Patutnya aku dah ada doblas anak dah ni. Hajat di hati tu taknak expose kat blog sampai aku bersalin. Tapi sebab ramai nau yang tanya pesal aku gemuk semacam, siap yang ada no phone aku boleh pulak sms mintak aku kuruskan badan balik.

Tahun depan eh?



En Wan : Apsal taknak bagitau kawan-kawan Di pregnant?

Aku : Malu la bang.

En Wan : Apesal lak?

Aku : Nanti orang tau kita beria-ia beromen sampai dapat baby.

En Wan : Ada ke orang beromen main-main?


Apa-apa je la.
Soooooooooo...adekah soalan mengapa aku gemuk itu telah terjawab?

Doakan aku selamat sejahtera.
Insyallah, dokter kata due date aku adelah 1/1/11.


*wink*

Pandai tak En Wan adjust? Wakakakka.

p/s : Aku tanya Redza 'Ija, Ija sayang tak kalau ada adik?'. Dia jawab 'Ija taknak adik! Nanti Ija langgar adik dengan beskal!'. HORROR.