2010-05-26

Gold Coast Part 1


Kitorang gerak dari rumah kul 6pm. Mak Aji ngan Pak Aji gerak dari Bangi, Ibal hantar. Masa ni hujan lebat. Biasa la kan, skang ni petang je hujan. Aku mula dah, mula terbayang macam-macam. Alangkan waktu kering pun aku terbayang katerbang tu terhempas, inikan pulak hujan kan. Lagi jauh la imaginasi aku. Dulu aku sikit tak takut naik katerbang.

First aku naik katerbang masa age 12, gi Fukuoka. Selamba tapir je 7 jam kat atas tu siap leh main pakau lagi. Tau-tau dah sampai. Tido pun taknak. Maklomlah, first time. Jakunlah sikit. Tapi sejak aku tengok movie MIRACLE LANDING (kat YouTube ada, gi tengok) and dah pandai google-google pasal plane crash, mula la tebiat jakun naik katerbang ni sampai. Asal nak fly je aku dah gabra. Malam nak fly tu baru la terhegeh-hegeh nak call dokter tanya ok ke tak condition aku nak naik plane ni. Tapi dokter kata ok, janji aku makan ubat kuatkan rahim yang dia bagi awal-awal dulu. Cuma since aku tak bagitau aku nak fly, dia tak bagi ubat tahan muntah. Takpela, dalam keadaan aku macam ni, tak fly pun aku boleh muntah.



Sape lagi tembam?

Budak paling excited nak pi Gold Coast semata-mata nak jumpa Spongebob, malangnya aku tak pegi tempat tu. Ngahahahaha. Padan muka dia.

Time pegi tak terasa sangat gabra sebab aku tido. Tapi rasanya tak bergegar sangat. Sedar-sedar dah pukul 3.30am waktu Malaysia. Sana 5.30am. Dari tingkap katerbang tu dah boleh nampak matahari nak kuar. Terus takleh tido.


Queue nak naik katerbang...di tengah-tengah kehujanan




Laki aku ni memang tunggu time je nak snap muka aku time tido. Siap cabar-cabar aku lagi 'Berani letak la gamba ni kat blog'. Apa ingat aku tak berani ke? Takat muka aku ni, cantik ke, buruk ke takde saper kesah okkkk. But thanks to sleeping kit yang kitorang order online, sangat membantu aku tido nyenyak.

Landing pukul 7.30am rasanya (waktu GC), sini lambat 2 jam. Korang semua tengah bantai membuta lagi kan? Tapi masa ni walaupun tak cukup tido, tak rasa mengantuk okkkk. Kepala aku cuma pikir aku selamat jejak tanah ke tak. Dapat jalan-jalan ke tak, tu belakang cerita. Janji ko jejak tanah dulu. Tapi tolong jejak dengan selamat ye?! Tapi gila la 8 jam duduk tak gerak-gerak. By the time kau bangun kan, pepek kau kebas. Sumpah aku tak tipu.

En Wan : Apesal jalan kangkang-kangkang ni? Orang tengok la.
Aku : Pepek Di kebas duduk lama sangat. Camne ni?

En Wan : Camne apa? Takkan nak suruh abang ramas pepek kat depan-depan Papa kot.
Aku tak suruh pun kau ramas okkk. Aku suruh bagi pendapat je. Kau jangan nak over sangat lah bang.


Sungguh indah mentari Gold Coast. Ewahhh.


Ni dia couple yang susah nak diajak berjalan tapi bila dah sampai gamba dia paling banyak. Takde de aku nak kasik can dia bergamba berdua. Meh sini aku menyelit kat blakang bersama-sama budak itam.





Budak ni eksyen gila kat GC okkk. Asal naik van or bus je taknak duduk ngan makbapak. Nak feeling-feeling travel alone, dok sorang manjang. Tapi time nak botol, tau pulak carik makbapak.

Masa ni otw nak pi hotel. Tapi letak beg je dulu, bukan leh masuk bilik pun. Awal sangat sampai. Memang dalam plan we all letak je beg and keluar balik pi shoppinggggggg!!!!!!! Masa ni la aku pun dan-dan skirt tak muat la, baju dah ketat la. En Wan siang-siang dah sound, kitorang bawak duit untuk shopping just RM3K je, so jangan nak request lebih-lebih.


Lepas letak je beg, basah-basahkan muka jap kat toilet hotel tu dan zassssssss carik makanan. Sebab baby dalam perut ni lapar - ni je la alasan yang aku sebut untuk mematikutukan En Wan. Memang cair dia okkkk. Kalau tak, konfem dia akan reply 'Iskkk, makannnnnn je!'. Bila aku sebut 'Baby lapar', dengan tanpa delaynya dia ajak pi breakfast. Ini macam kalu, tahun depan kita beranak lagi!! Kangkang lebih sikit tiap-tiap malam.



Sangat tempting kan? Apetah lagi mak buyung macam aku yang konfem 24 jam lapar, lagi la tak tentu raba nak pilih muffin mana satu. Last-last makan raisin toast je sebab yang lain tu aku tak yakin. Takpe, dalam beg ada maggi. Oh yes, semua makanan yang kitorang bwak dari Malaysia, semua lepas. Ada yang kata maggi kari takleh, Mak Aji bawak jugak. Ok je. Tak kena buang pun. Cuma ko kena declare. Kalau aku tau, siang-siang aku prepare sambal ikan bilis ngan serunding.




Mak Aji ngan Pak Aji buat muka cool padahal masing-masing tahan ketar. Time ni suhu dia 13C. Hujan lak tu. Takde la sejuk mana pun kan, macam aircond je. Tapi the angin yang kuat tu buatkan udara tu macam sejuk gila babi. Aku pun memula taknak pakai jaket, sekaliiiiiii nak keluarkan tangan dari poket pun takut. Biru kuku-kuku aku semua.


Masa untuk meng-usha barang. Tapi usha je la. Sebab baru sampai kan, takkan nak shopping dah kottttt. Cuma masa ni dalam kepala aku dah plan dah nak mintak apa :)



Ok, ni pagi and hari yang sama kitorang sampai. Lepas breakfast, van pun datang untuk bawak kitorang pi Harbour Town bershopping but seblom tu singgah kat salah satu beach yang popular kat GC. Nama dia aku lupa. Tapi tu tak penting sebab kalau korang pi sana, konfem dia akan bawak pi beach ni jugak. Cuma yang penting sebab En Wan kecewa hari tu hujan sikit so keadaan tersangatlah sejuk jadi tiada orang bersantai-santaian dan bersidaian di tepi pantai. Jadi, matlamat untuk meng-snap gambar waita-wanita topless adelah gagal. Ambik je la gamba aku bogel banggg. Apa pose ko nak, cakap. Sekarang jugak aku telanjang.


With Bob, tourist guide kitorang untuk hari tu. Sangatlah friendly. Dan tidaklah susah aku nak paham apa bijik butir dia cakap. Tak macam si Alicia Hall tu. Puas aku nak pahamkan sleng dia. Berbelit nak mampos. Aku tanya gak si Bob ni apesal dia macam tak sejuk je. Kitorang sikit punya berbungkus. Dia rilek je pakai selapis. Kain cotton lak tu. Dia cakap dia memang rasa sejuk pun ni, jap lagi dia nak beli beer. Ohhh, baru aku tau beer tu boleh panaskan badan. Apasal tak cakap awal-awallllll? Eh.



Nak ambik pemandangan bangunan-bangunan belakang la konon, tapi sebab kabus pun tebal, nampak lah sipi-sipi. Tengok gamba pun tau sejuk kan? Tapi kat GC tak banyak tall buildings, tak macam HK. Macam kat HK, banyak bangunan tinggi-tinggi, nampak cantik sangat. But still cantik la jugak GC ni. Lagipun aku pegi bukan nak tengok building, aku nak tengok jantan bogel tepi laut. Sekali sejuk pulakk. Takde sape mandi.


Ni otw nak pi Harbour Town.
Muka agak ceria (err..boleh la) sebab dalam kepala sudah ada agenda untuk menge-paw.





Tak sempat nak solat Jumaat kat Harbour Town (untuk lelaki la) sebab si Bob tu bercakap banyak sangat, so kat beach tu dah habis banyak gak masa. So kitorang zuhur sesama je. Memandangkan kat sana tak ramai orang masuk surau sebab nisbah omputih ngan muslim adelah 1000:1 (agaknya laa), jadi kitorang belasah masuk bilik lelaki so boleh jemaah sama-sama. Tapi not bad la tempat dia. Terjaga. Walaupun negara omputih, tapi telekung, sejadah, Quran semua terjaga. Bersih je telekung dia aku tengok. Takde la ko jumpa macam telekung-telekung kat public surau kat Mesia ni, kalau tak hapak tak sah. Pastu bergumpal-gumpal tak reti lipat.


Lepas solat, kita makan dulu.
Aku jugaklah punya cadangan. Asal bab makan je memang aku la yang bersalah. Asik aku je yang cadangkan pi makan. Orang lain semua sibuk nak shopping.
Ni kat Kofte Burger, Turkish Restaurant.
Best okkkkk.
The daging burger tu sangatlah best. Sampai skang pun aku terasa-rasa lagi kesedapannya. Jangan mengidam sudah. Satu hal aku nak mencarik kat sini.


Budak ni memang takde masalah. Ko bagi dia mainan sebijik, maka bolehlah kau makan dengan tenang. Ni pun time kitorang makan, dia leh dok jauh-jauh, sorang-sorang main keta.




Portion sangatlah gedabak. Kitorang order 2 plate je, boleh makan sampai 5 orang. Chips dia lagi la bapak besar. Lagi besar dari ibu jari aku. Tapi habis jugak semua aku keje kan. Dalam keadaan bawak perut ni, tak susah okkk nak abiskan makanan. Sape tak abis, hulur je kat aku. Konfem habis. Aku takkan pelawa ko makan punya.



Seblom agenda penge-paw-an dijalankan, kita bergamba peluk-peluk dulu, kasik mood dia ok sikittttt.




Antara gamba yang aku snap kat Harbour Town. Banyak lagi gamba, tapi gamba shopping la. Takyah la letak kat sini. Macam la aku sorang je pandai shopping kan. Apa-apa hal pun, topi mesti PINK!

Ni masa tengah tunggu van nak fetch kitorang balik hotel. Ni la keje aku. Makan, tido. Makan, tido. Pastu kembang. Tapi takpe, bahu cik abang sentiasa bersedia menerima bebanan. Asal cik adik kangkang aje, apa pun abang akan buat untuk cik adik.

Kat Harbour Town ni dah habis masa berapa jam ntah. Kau bokeh jadik gila okkk shopping kat sini. Mak Aji selamba je sambar baju Lavender brand harga AUS$119. Kira la sendiri berapa duit Malaysia. But the thing is baju yang sama, kat KL jauh lagi mahal. Sebab tu dengan selambanya dia pejam mata bayar. Antara baju yang aku puas hati beli is ESPRIT, kaler PINK (of cos lah). Harga dia cuma AUS$19.95. Kalau kat Malaysia around RM59. Tapi the same baju aku nampak kat 1-U, harga RM70+. Samada beli kat sana lagi murah or diorang tengah buat clearance sale.



Kepenatan balik dari Harbour Town


Ni bilik kitorang. Bilik Mak Aji aku taknak cerita. Kitorang stay kat Mantra Legend Hotel. Hotel best. Kitorang tak expect pun hotel dia ada sekali ngan dapur. The reason kenapa kitorang taknak duduk service apartment walaupun ada dapur was because aku takde keje nak buat segala aktiviti memasak dan membasuh walaupun basuh cawan sebijik. Lagipun kalau ko duduk service apartment, ko kena kemas bilik tido sendiri, dorang service tolong angkatkan sampah kau je. So memandangkan aku pemalas, jadi aku mintak En Wan bookkan hotel. Sekali ada jugak dapur. Siap ngan dishwasher bagai. Periuk belanga, pisau, toaster, even pencuci pinggan mangkuk pun dia readykan.

Since ada orang makeup room hari-hari sorryla aku nak cuci cawan-cawan walaupun dia bagi sabun semua. Kau tolong basuhkan la ye. Aku tak sure if hotel-hotel lain kat GC ni memang ada sediakan dapur. Tapi kalau ada yang nak pegi, better ambik hotel. Melainkan kalau korang rajin buat keje-keje dapur ni. Mak Aji memang tak lepaskan peluang, siap beli telur buat scramble egg pagi-pagi. Seb baik dia tak jumpa kedai jual daging halal, kalau tak, konfem siap buat nasi tomato daging masak merah segala.


Agenda yang mesti di-accomplish-kan adelah Hard Rock. Kebetulan dekat pulak ngan hotel yang kitorang duduk. En Wan la orang yang paling beria beli.


Sales ni sporting gila. Dia kata saper keje kat HR ni mesti pandai nyanyi jugak. And suara dia boleh tahan. Seb baik la aku tak tau lagu apa yang dia nyanyi tu kalau tak aku pun join head banging sekali.

Kitorang kat peghak sikit, so nak carik baju punya la susahnya. Kirai baju tu, kirai baju ni. Tapi dia okk je. Dia kata 'The more I practice (melipat baju yang telah dikiraikan), the more I get'.

Oh really? In my country pulak, the more you kirai, the more maki you dapat from the salesperson. Betul ke tak kawan-kawan?


Mak Aji ngan Pak Aji tengan busy carikkan baju untuk anak jantannya yang ditinggalkan kat Mesia.
Aku pun sibuk gak nak acu kat badan, malangnya, saiz L pun belum tentu muat. Kalau boleh pakai pun maybe sampai bulan depan je. Pastu simpan sampai tahun depan. Tu pun belum tentu badan kembali ke bentuk asal.
Oh! Agak ngeri jugak statement aku ni.



Ni pun dekat je ngan hotel aku. Maharani. Restoran Melayu oleh anak Kota Tinggi yang dah dok sana 22 years. Tapi tak friendly sangat tokey dia. Tak salahkan dia jugak. Dia dah lama dok sana. Kaum minoriti pulak tu. The way dia bercerita how hard dia nak bersaing and dapat kepercayaan dari kerajaan and penduduk setempat buatkan aku rasa that explains kenapa dia tak begitu friendly. Mungkin keadeaan kat sana yang buatkan dia tak payahlah polite and bersantun sangat. Mungkin kalau bersopan sangat kena pijak kot. Entah.

Apa-apa pun, nasi beriyani ayam goreng dia memang sedap. Kalau aku dok 2 minggu kat sana mungkin kedai dia aku masuk 3-4 kali. Malangnya aku pegi 6 hari je, so sekali je la aku masuk.


Tak dapat jumpa Anuar Zain in person pun, dapat masuk kedai yang dia penah masuk pun jadikkkkkkkkkkklah.





Betapa gigihnya kitorang belasah nasik beriyani, padahal semalam ada kat Mesia. Hari ni dah gelupur carik nasik. Memang muka-muka tak boleh dok oversea okkk.

Lepas makan, sambung lagi shopping. Tapi bukan shopping baju-baju but barang makanan. Kat depan Maharani ni ada kedai nama IGA. So kitorang beli roti, yogurt, buah, susu pekat, macam-macam lah. Mentang-mentang ada dapur kan. Tapi aku beli roti je. Yang lain semua aku paw Mak Aji punya. Anak ngan mak tak boleh berkira okkkk.