2010-05-28

Orang mengandung kau pun nak mengandungggg



Stop jap cerita pasal Gold Coast eh? Aku takde mood nak tulis panjang-panjang.
Mood aku sekarang adelah muntah belahak.
Semua benda buat tak kena.
Tido pun dengan keadaan tangan pegang Strepsil sebab loya all the time. Tengah-tengah tido pun boleh terbangun sebab nak muntah. Aku rasa this time lagi teruk dari time mengandung Redza dulu. Dulu at least pagi je aku muntah belahak, skang ni tak kira masa. Dia rasa nak keluar, dia keluar je. Takde warning-warning pun.

Like 2 hari lepas, aku bangun kul 6am.
Terasa taknak tido dah, so turun bawah breakfast ngan bibik, makan roti siap buat teh tarik lagi.
Lepas makan, terasa nak mandi terus, the moment aku masuk bathroom, terus muntah atas lantai tu jugak, tak sempat aku nak carik toilet bowl. (ada sesaper tengah makan masa baca ni? sorryyyyyyy).
There goes my roti 3 keping and teh tarik se-mug.
Sebab tu aku malas nak makan benda yang mahal-mahal, rugi okk kalau muntah. Tu yang kengkadang aku belasah maggi tomyam je. Ko nak muntah sangat kan? Ha, muntah. Sila.

Kali ni aku tak morning sickness sangat, dia buat malam pulak.
Dah 3 malam dah aku isyak kul 3-5 pagi ni. Kul 6.30pm ke atas je, dia buat dah pening-pening mabuk brendi ni segala. Lansung takleh angkat kepala. Time nak solat Maghrib tu paling hazab aku rasa. Time sujud tu takleh lama-lama, kalau lama sikitttt je, konfem aku muntah atas sejadah. Camne eh nak solat sambil baring? Melampau sangat tak kalau aku nak solat baring?

En Wan memang takde chan le nak beramas-mesra ngan aku malam-malam sebab lepas Maghrib je aku dah tido sampai kul 3-4pagi macam tu baru tersedar. Kalau aku tak tido, mesti aku muntah. So, baik aku tido. Pandai-pandai kau la bang nak jaga diri. Geledah la balik DVD-DVD blue mana yang ada buat sementara waktu ni ye.

Kalau sendawa tu dah macam bela badak je gayanya. Kejap-kejap berdeghakkkkkkkkkk.
Sehari ada la 30 kali aku sendawa. Gila banyak angin sejak mengandung ni.
Tapi nasib baik aku still boleh buat keje opis lagi, cuma tak selaju dulu la. Kalau dulu, dalam sehari aku leh drive ke Melaka, masuk opis, pi Sungai Buloh pulak, pastu patah balik ke Bangi. Sekarang ni no wayyyy ok. Pi hantar Redza tekwando saje pun aku dah mengah. Tu cara-cara bawak auto. Kalau manual, mau tertanggal kepala lutut aku.

Cuma yang best, dari mengandungkan Redza sampai yang kedua ni, aku takde mood nak marah. Takde mood nak merajuk, takde mood nak carik pasal. Kalau ko carik pasal ngan aku pun sukati la, hati aku macam kering sket time mengandung-mengandung ni. Best eh?

Craving..hmmmmm...rasanya macam belum lagi. Apa ada semua aku bedal. Cuma lately ni aku asik nak makan something yang berkuah like sup fishball, sup daging, mi sup, errr....mi udang? Kategori mengidam ke ni?
Mujur la aku mengidam yang murah-murah kan?

Tapi yang best about mengandung ni tetek menjadi semakin besar. Oh, best.
Hari-hari aku measure ukurlilit tetek aku. Semakin hari, ia menunjukkan nilai yang memberansangkan. Time kat GC, hajat di hati nak pakai bikini jalan-jalan kat beach. Saje la kan nak show off tetek dah besar sikit. Lalu pegi la usha kedai bikini, alahaiiiiii saiz bikini dia halus-halus, muat-muat nak tutup nipple aku je. Apa barangggggggg.

En Wan kata itu lah fungsinya pakai bikini, memang sengaja nak kasik tetek tersentil-sentil keluar. Ok la, fine.
Tapi, masalahnya kalau kecik sangat saiz bikini tu, baik aku telanjang je terus.