2010-03-06

Apesal baik sangattttttttttttttttt



Mula-mula aku tak paham apesal FREEONLINECOUNTER aku kat sebalah kanan ni tak function?? Dulu dah penah jadik sekali, ni buat hal lagi.

Lantak.

Niang Rapik secara keseluruhannya bagus. Sebab pelakon lelaki semua yang sedap mata memandang. Oh ye. Memang Farid Kamil takde dalam filem tu. Aku tetiba konfius antara Farid Kamil ngan Zed Zaidy. Cerita dia ok la kalau nak comparekan ngan cerita-cerita seram melayu yang lain. Kira ok la sebab sekurang-kurangnya aku tak penat nak pikir apesal dia macam ni, apesal dia jadik macam tu. Straight forward. En Wan macam biasa laaaa...asal aku tanya filem ni ok ke tak jawapan dia always 'Boleh la..'.



Memula nak tengok Book of Eli, tapi bawak Redza (En Wan la punya pandai ni) terpaksa pilih cerita yang dia boleh paham sikit. Tapiiiiiiiii dia bantai membuta kat tengah-tengah. Sedap je kaki dia melintang naik kat tetek mak dia.
Aku layan movie kat Summit je so tak dapat nak tengok 3D version of Alice in the Wonderland. Jadi Redza kena berpuas hati dengan Niang Rapik. Nak bawak tengok next week pun tak dapat sebab En Wan gatal pi book tiket nak pi tengok Disney on Ice pulak. Apa aku nak buat layan Disney ntah.




Angelina Jolie.
Auwww. Prahsannn.


So this morning, aku ngan En Wan plan nak kuar berdua je.
Lepas breakfast kat SACC Mall, gi merayap kat Kompleks PKNS carik barang jap. Sekali kat SACC ada HP Fair rupanya. Tapi yang non-ori punya la. Aku pun tak paham apesal yang tak ori pun boleh ada HP Fair. Tapi memang harga gila tak lojik la. iPhone leh dapat dalam RM400+. Nangis member aku kalau tau orang lain beli RM400 dia beli sampai nak cecah RM3K. Aku try gak la usha-usha BB, memang ada. BB Bold 9700 boleh la dapat dalam RM700+. Series menakutkan. Ni jenis yang kau picit keypad 3 kali, pastu mampos.
Aku tanya gak ngan cina tu apsal murah, dia kata sebab software Singapore.

Errr....malas nak tanya dah. Sebab aku pun tak tau nak tanya apa. Tapi kalau sape nak pegi, sila la.




Set ori tapi murah gila. Entah, aku pun tak paham. Jangan tanya aku. Akak kat depan ni takde kena-mengena dengan aku, tiba-tiba je dia melintas. Kalau sesaper kenal, kem salam kat dia ye.





BB RM799 je okkkk. Bolehlah kita beli tiga bijik terus.

Then terus pi Midvalley untuk pi tengok Digi Smartplan Roadshow. Cukupkan syarat je ni. Si Nuffnang suruh datang. Layan kan aje.
Aku tengah contemplating nak change ke Digi ni sebab aku stiull leh mantainkan no Maxis aku. Ada sesaper nak bagi cadangan dan buah pelaykiran?
Dah la aku bukan kaki Midvalley. Lepas pi jengan kat booth Digi, terus tak tau nak pi mana dah. Ok la, masuk MPH kejap sebab nak carik map Gold Coast (apa-apa ntah padahal ikut tour).





Digi Blackberry SmartPlan Road Show, until tomorrow.


En Wan entah kenapa, dari malam semalam dok layannnn je karenah aku.
Dari semalam lagi. Aku ajak sembang pasal BB pun dia layan. Siap tunjukkan rasa minat lak tu.
Pastu masuk-masuk je MPH dia pulak yang offer 'Di, Nicholas Spark punya buku baru. Nak?'
Of cos la nakkkkkkk.

Tapi series pelik.

Adekah malam kang dia nak bagitau aku yang dia nak menikah lagi????

Mari kita letakkan lesung batu siap-siap bawah bantal.
Jadi, tak payah la kita bersusah-payah nak bertekak malam-malam. Kita hayunkan saje ke muka dia. Sadaqallahualazimmmmm.



Nampak ada ruangan yang kosong?
Ok, buku di ruangan itu sekarang sudah berada di tepi katil saya.



Sekali jalan-jalan kat bahagian children, aku nampak buku ni!!!
Terkesima!
This is among the first book yang aku dapat time skolah tadika dulu.
Bila bukak balik buku ni cam tak caya je tima tadika aku dah boleh baca buku ni.
Apesal la anak aku boleh tergagap-gagap lagi nak baca.
Ni mesti baka bapak dia ni. Konfem.



Cuba kaji muka dia. Ni aku candid. 
Ade tak muka macam tengah pikir camne nak bagitau bini yang aku yang aku nak menikah lagi ni. Ada tak??

Takde?

Ok. Good boy.


Otw nak pi Carrefour, En Wan tanya 'Di punya contact lens dah habis kan?'

Apesal baik sangat dia ni hari ni????????
Aku sendiri lupa contact lens aku dah nak due.

Sangat cuak hati ini okeh.