Semalam aku mimpi ex-bf aku.
Tak tau apesal tetiba dia masuk dalam mimpi.
Ni mesti kes aku tengok Niang Rapik so aku terbayang-bayang how dia pi jumpa bomoh bawak gamba aku dulu (member dia la yang bagitau dia pi jumpa bomoh, tu pasal aku syok gila babi kangkang ngan dia. Kimak).
Mak Aji bawak aku and dia sekali pi jumpa satu atuk ni. Atu ni kitorang panggil Tok Lek. Dah arwah dah pun. The moment atuk ni nampak muka kitorang kan, muka dia berubah. Dia pandanggggg je kitorang. Aku dah syak lain dah. Sebab orang-orang alim ni, boleh tau kita jenis muka sembahyang ke tak. Ehhhhhh, saya sembayang tokkkkk. Tu pun sampai nak rabak pintu bilik saya Mak Aji ketuk kejutkan solat Subuh.
Tapi masa tu aku tak ambik kesah sangat sebab masa ni aku memang dah menyampah gila ngan exbf aku ni.
Tok ni panggil we all asing-asing. Part aku, aku dah lupa.
Tapi aku ingat lagi exbf aku bagitau masa tok ni pegang tapak tangan dia, serta merta air mata dia mengalir and dia pi keluarkan segala yang dia simpan lam hati kat tok ni, termasuklah dia ngaku gunakan aku. 'Gunakan' aku dari segi yang macamana aku tak tau and aku taknak ambik tau. Kang kalau aku tanya lebih-lebih, dibuatnya dia bagitau yang dia penah bagi aku minum air kencing dia, tak ke satu hallll.
Lepas sessi kaunseling tu, Tok ni ada buat pengiraan. Aku da nampak dia tulis jawi. Dia tanya nama En Wan sekali.
Yang aku ingat, dia cakap exbf aku ni serasi dengan aku. Baik budaknya.
Tapi En Wan laaaaaaaaaaaaagi baik. Eh, bukan aku exagerrate eh. Ni memang dia yang cakap. Tapi dia tak cakap la depan aku and exbf aku tu. Dia cakap ngan Mak Aji la.
Agaknya kalau dia kira nama aku ngan nama Sheikh Muszaphar mesti laaaaaaaaaaaaaagi serasi.
Aku at first tak caya benda merepek-repek ni until aku terbaca satu article kat mana ntah pasal telahan jodoh. Tak tau la boleh caya ke tak. Tapi try je la kalau korang nak. Niat je la atas dasar suka-suka.
Sekiranya anda sudah ataupun mahu berumahtangga, dan ingin mengetahui sama ada anda serasi atau tidak, dan boleh bermuafakat atau tidak dengan suami anda, bolehlah anda mencuba cara dan juga petua ini :
Eja nama anda dan namanya (teman lelaki) dalam huruf JAWI. Hitung nama anda mengikut hitungan ABJAD, kemudian hitung nama lelaki itu dengan kaedah yang serupa. Jumlahkan keduanya. Kemudian tambah 7 . Sesudah itu, tolak 9 sehinggalah bakinya menjadi 9 atau kurang. Kemudian rujuk kepada jadual di bawah ini:-
Bakinya Interpretasi
1 Tidak baik, dipandang rendah
2 Baik
3 Mulanya rendah, akhirnya buruk. Setelah sempit, senang
4 Baik lagi kuat
5 Rumah kemakmuran, telaga di bawah gunung
6 Mula baik, akhirnya dukacita
7 Rumahtangga bahagia, hamparan terbentang,sekaya-kayanya
8 Rumah terbalik
9 Berpindah, berbantah, berpecah.
Petikan daripada buku
MENGENAL LELAKI.
Karya Ibnu Yusof.
Contohnya macam ni...
Abaikan lah tulisan jawi aku yang macam neraka ni. Kalau Pak Aji nampak cenggini rupanya aku tulis jawi, besok jugak dia hantar aku blaja kat Jordan tak balik-balik.
Siap ada Assalamualaikum tu. Sangat beradap okkkk.
Kiraan abjad tu maksudnya dalam tulisan jawi WAN MOHD RIDZUAN tu, kalau huruf 'wau' tu ada dua, ko cuma kira satu je. Sebab ini pengiraan berdasarkan ABJAD. Bukan berapa banyak abjad ada.
(aku pun tak sure if aku tulis nama tu betul. Ngahaha)
Tapi, aku punya no. 4.
Ehem. Eham.
Ewahhh.
Sekali salah eja, terus pergi ke nombor 8.
Ambik kauuu.
Ingat!
Suka-suka saje ye.
Kalau tak suka sila tutup page ini.
Tak payah susah-susah nak karang komen neraka jahanam.