Masih struggling dengan Win 7.
Sebenarnya takde la susah mana pun (dan-dan tak susah) tapi sebab aku memang jenis yang tak kuasa nak ambik tau segala benda pasal IT before this, so bila kena buat sendiri baru mencungap-cungap. Spec mintak yang gempak aje, padahal bila orang tanya 'Dulu pakai Windows berapa?'.
'Entah'.
Jawapan yang ringkas lagi padat namun membawa erti yang sangat mendalam.
Aku ni memang macam ni la dari dulu tebiat yang satu ni payah sangat nak ubah.
Aku memang takkan ambik tau benda yang aku rasa tak perlu untuk aku ambik tau at that point of time.
Contoh paling senang adelah jenis-jenis ikan.
Dari dulu Mak Aji suruh aku kenalkan diri kat ikan.
Bagi aku, setakat kenal mana satu ikan ikan selar, ikan kembung, ikan tenggiri, jenahak, sardin, ikan bilis, ikan masin, kira dah ok lah tu. Aku kenal ikan banyak-banyak bukan aku reti masak pun.
Same goes to harga barang kat pasar or Giant.
Yang aku tau ambik and masukkan dalam troli, pastu bayar.
Nama nak bandingkan harga memang takde lah.
Tu semua aku taknak ambik tau. Yang aku tau barang dapur aku cukup and bila aku nak masak, semua barang yang aku nak guna mesti ada.
Lagipun Pak Aji dah pesan, barang makan jangan berkira. So, aku malas nak kira. Bayar je sudehhh.
Lagi satu, pengetahuan am.
Benda ni memang aku cukup lemah. Sebab, aku malas nak baca paper.
Disebabkan aku malas nak baca paper, maka aku rajin tengok berita (tu pun lepas kawen ngan En Wan).
Dari zaman skolah lagi kalau time nak lisan tu cikgu-cikgu kan cukup suka bagi soklan pengetahuan am. Memang cukup aku menyampah!! Nak lagi kalau soklan nama menteri. Sumpah aku tak ingat. Balik-balik kepala aku ingat 4 nama PM tu (dulu empat la) and nama Yap Ah Loy. Nama TPM pun aku tak tau.
Masa aku matrik, year 1995. Member aku tengah sibuk bercerita pasal projek apa ntah yang kerajaan tengah buat time tu. Aku rasa KLCC kot. Tetiba je aku masuk line 'Mahathir ni bijak kan, macam-macam dia plan. Musa Hitam tu aku tak nampak apa pun dia buat. Tapi jadik TPM.'
Kawan aku tak cakap banyak.
Dia pandanggggg je muka aku pastu blah masuk toilet.
Sumpah aku tak tau masa TPM dah orang lain.
Masa year 2000, aku terpilih untuk wakil U for Sessi Berdialog Bersama PM kat KL. Masa Dekan HEP bagitau aku join, aku macam wadefakkkkk nak tanya apa weiiiiiiiiiiiiiiiiii?????
Kat dalam dewan tu pehhhhhh budak-budak lain semua readykan soalan yang tak agak-agak okkkk. Ayat BM semua kaw-kaw style MPP. Yang tanya pasal isu bahasa la, isu tender la, projek terbengkalai, projek pertanian berkelompok, PPRT, bla bla bla.
Aku punya soklan macam cilaka banat.
Lupa apa yang aku nak tanya masa tu, tapi memang tahap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah punya soklan la.
Masa tu aku macam PPRT?
Menatangharamjadah apa ni weh?
PIBG tu insyallah aku tau la.
Same goes to notes.
Benda yang aku taknak tau memang aku takkan ambik tau walaupun apelah salahnya ko ambik tau kan. Sekadar tambah ilmu.
Oh takde okkk. Aku malas nak semakkan kepala aku.
Kalau aku rasa benda yang aku wajib tau belum cukup banyak lagi dalam kepala, memang pegi jahanam dengan nota-nota yang lain. Kasik aku penuhkan kepala aku dengan ilmu yang aku wajib ambik tau skang ni, yang lain-lain esok lusa aku baca.
Masa aku Darjah Enam Putih, tetiba je ada satu hari tu, klik-klik aku dok sembang pasal kawen and beranak.
Note : Alin, ko ada dalam grup ni, tapi bukan kau yang bagitau aku. Ni masa time rehat makan kat bawah pokok tepi kantin.
Kawan aku tetiba bisik 'Eh, awak tau tak. Esok kalau kita kawen, kita kena beromennnnnnn'
Aku macam gila tak senonoh pompuan ni okkk. Dah takde benda lain ko nak buat?
Tapi lepas tu aku tanya lah jugak.
Aku : Beromen? Mana bolehh. Haram lah.
Kawan : Betul la. Kita pun baru je tau ni.
Aku : Takkan lah. Siapa yang buat?
Kawan : Semua orang buat lah.
Aku : Nabi Muhammad pun buat? (eh, ini memang betul aku tanya, jangan ingat aku main2kan nama Nabi eh)
Kawan : Iye!
Aku rasa dalam seminggu jugaklah aku carik jawapan betul ke tak kena beromen.
Aku pun tak tau apesal aku curious sangat.
Macam la dan-dan tu jugak ko kena romen yang sibuk nak ambik tau sangat kan.
Tapi takat tanya surface-surface je la like 'Betul ke kita kena beromen kalau kawen?'.
Tapi tanya kat member. Nak mampos tanya kat Mak Aji? Jangan dibuat-buat nak tanya soklan pelik-pelik ngan mak aku. Dapat penampar dah kira besar rahmat.
Bila dah ramai sangat cakap 'Ye, Beromenlah dikau', so terus aku diam. Tak tanya dah.
Sampai lah aku Form 3.
Buku teks Sains Bab Satu.
Kelas aku memang terdiri dari mereka-mereka yang bijaksana okkkk. Bab Satu ni dalam 4-5 mukasurat je. Cikgu Sains aku mengajar tajuk ni pun 2 waktu je dah habis. Tapi kitorang punya study grup bincangkan Bab Satu ni je sampai 4-5 bulan okkkkk. Masing-masing sibuk bagi detail explanation camne nak beromen. Macamkan dah ada experience je sorang-sorang.
Masa tu baru la aku tau apa istilah beromen yang sebenar. Padahal dari Form 1 lagi dah banyak orang cakap pasal ni. Kalau buat joke kotor tu memang manjang je la aku tak paham. Orang lain dah gelak-gelak aku melopong lagi tunggu kawan aku sambung cerita. Padahal cerita dah habis dah.
Sebab aku malas nak ambik tau. Bagi aku, aku dah tau benda basic jadiklah. Sok-sok aku tanya la lagi. Tak perlu tanya sekarang.
Gossip aku malas nak ambik tau. Aku rasa kalau kawan-kawan yang rapat ngan aku perasan, aku antara yang paling selalu kuar statement 'Ha? Ye ke? Tak tau pun'. Sebab benda yang takde sangkut-paut ngan aku kan, so malasssss. Tapi kalau pasal Dr Muz nak kawen ni memang ada sangkut paut ngan aku!!!!!
Memang aku dari dulu sampai skarang tak kuasa nak ambik tau benda yang aku rasa tak perlu ambik tau pada waktu tu. Jenis yang bila benda tu aku kena handle, baru aku ambik tau. Sebab masa tu apa yang aku blaja terus zup zup zup masuk kepala. Maklomlah, kepala bengap sket. Kalau blaja skang nanti minggu depan dah lupa. Jadik biarlah blaja masa problem tu depan mata. Maybe sebab tu kot bila tengah pressure gila babi baru aku rasa otak aku produktif.
So berkenaan dengan Win 7 ni, aku masih tengah blaja. So kalau kejap-kejap status FB aku tanya soklan yang pelik-pelik tu, tolong la bagi tunjuk ajar ye.
p/s : Sorry ye, but rasanya laptop Dell taknak jual or taknak bagi sesiapa. Banyak sangat memori dengan Dell tu.