Biasa la kan kalau Jumaat tu memang hari bertenet di cinema.
Boleh pulak hari tu datang mood aku nak tengok Adnan Sempit. Ni semua sebab si Farah Fauzana banyak sangat buat promo kat HotFM, aku pun dah terjebak. Tapiiiii sebab Jumaat lepas hujan lebat so kitorang lambat sket kuar rumah (ntah apa kaitan ntah. Bukannya kuar naik basikal) so lambat 10 minit. Padahal En Wan kata kalau nak masuk boleh lagi sebab dorang tengah tunjuk iklan-iklan tapi aku tak suka masuk lambat. Rasa macam semua pandang aku nanti. Hahahaha.
Lambat masuk kelas takpe beb, lambat masuk cinema memang hilang mood.
Soooooooo, En Wan dengan happynya dapat tengok Legion.
Cerita dia boleh lahhhhh.
Malam tu (Jumaat) aku tido kul 2am sebab nak baca specs Dell and Toshiba.
Padahal kepala memang dah set nak beli Toshiba tapi saje je la kan. Sebab Dell tu macam cantik je aku tengok.
Sunway Piramid.
Memula kita pekena dulu.
Kalau dah masuk sini, memang wajib makan Tako.
Tapi kali ni makan lain pulak.
Au pun tak tau apa menatang nya, lupa.
Tapi En Wan pandai buat bendalah ni sendiri.
Aku rasa aku bertambah lapar lagi ada makan menatang ni.
Series la ok, aku paling tak suka makan pakai chopstick.
Chopstick kat rumah pun aku buat perhiasan atas meja je.
Masa aku gi Jepun dulu pun aku bawak spoon and fork sendiri.
Bukan taknak belajar guna, tapi aku tak suka ada gangguan bila aku tengah kebulur.
Nanti-nanti la time-time aku tak lapar kang aku blaja la guna. (alasan sejak first time dating ngan En Wan)
Tahukah anda, bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak yang tak makan saman, dating berdua-duaan adelah membahagiakan? Heaven!!
Kalau dah banyak sangat pilihan memang orang yang tak cukup ilmu IT macam aku ni senang sangat la nak diconfusekan. Tapi hati aku kuat kat Toshiba. Kalau ikut En Wan, suruh pakai Fujitsu je sebab dia pun pakai brand ni. Tapi dia ni bias okkkkk. Mentang-mentang lah Jepun.
Tapi aku masuk jugaklah kedai Macbook. Kejap.
Haram okkkk diorang nak layan aku.
Cam sial.
En Wan dari awal lagi dah sound, 'Takyah masuk la Di. Diorang tak layan kita punya'.
Aku dengan konfidennya reply 'Apa lak, kita pun potential customer apa.'
Sekali betul kauuuu.
Haram!
Takde hal.
Aku pun terus pi Toshiba.
Lagipun aku rasa aku tak layak guna laptop canggih-canggih ni. Dah la buta IT, ada hati nak pakai MacBookPro. Nak carik huruf 'M' pun terkial-kial. Bak kata En Wan bila aku nak masuk kedai MacBook tu 'Tolong sedar diri ye, Diana. Sila pulang ke pangkal jalan'.
Tapi lepas beli ni terus balik Bangi, so takde masa nak tets-test kat rumah.
Baru jap ni aku try connect ngan internet and printer.
Orang lain nak connect 2 benda ni setengah jap tak sampai.
Aku buat dari kul 3pm sampai 6.10pm okkk.
Nasib baik menjadik.
Kalau tak, memang betul la Mak Aji kata aku bengap.
Cuma aku tengah struggling dengan Win 7. Rasa cam pelik je. But slowly la kot, ni pun dah catching up dah. Ewahhh.
Memula aku bukak tadi rasa cam apehal semacam je ni.
Nak carik Control Panel pun seploh minit.
Dah dapat connect ngan internet aku download YM dulu. Ni nyawa okkkkk, nyawa!
Kalau takde ni, mesti nyawa aku dah lama mati keboringan.
Sedih nak bungkus bendalah ni.
Banyak kenangan aku ngan laptop ni, especially YM chat history kat dalam tu.
Eh, boleh transfer ke chat history tu?
Sebenarnya takde la rosak pun cuma bateri life dia short gila. Pastu LAN port aku takleh guna. Then kejap-kejap hang. Tapi oklah, dapat pakai 5 tahun. Tu pun nasib baik asal aku tension aku tak hempas laptop. Kalau tak mungkin 5 bulan je.
Tapi aku rasa webcam dia tak best. Nampak aku gelap semacam. Wakakaka. (boleh pakai tak alasan tu?)
Tapi yang tak boleh bla bila En Wan hadiahkan beg and mouse baru...