walk on wings, tread in air: Song <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Song
2010-01-17
Ok. Tagging game.
Lama aku tak jawab soklan subjektif.

5 lagu yang memberikan kesan dalam hidup anda :

1. Vanilla Ice - Ice Ice Baby

Ding ding ding dikeding ding.
Ding ding ding ding dikeding ding.

Kan?
Catchy gila.

Masa aku memula dengar lagu ni sepatah haram tak faham. And sebab aku adelah seorang yang malas nak ambik tau benda yang takde kepentingan kat diri aku like setakat nak tau apakebenda yang si vanilla ni merepekkan, so aku tak bother nak check lirik pun. Yang aku tau melody dia best. Cukup.

Ada satu time tu aku dengar member aku nyanyi 'All right stop! Korek burit and listen'. Which masa tu aku tak tau menatang apekah burit?? Nak tanya segan, sebab kawan-kawan aku yang nyanyi tu pulak semua yang set-set kalau ambik 1119 konfem A++ punya. So aku pun tried to figure out sendiri.

Apekah burit?
Buret kah? (maklomlah aku selalu jadik tukang cuci buret ngan pipet lepas habis amali sebab aku malas nak conduct the eksperimen jadik aku cop jadik tukang kemas radas je)

Bury it?

Oh, bury it kot.

But, apekejadah KOREK pulak kan?
Memandangkan aku sedar yang diri ini agak pekak, so aku tak bother nak ambik tau apa perkataan disebalik KOREK itu. Aku anggap je la vocab aku lom mantap.

So, kat rumah tengah-tengah buat homework, mulut aku ni pun gatal pi humming lagu si Vanilla ni and sampai part 'collaborate and listen' tu aku pi sebut KOREK BURIT. Sebab sumpah masa tu aku tak tau apa actual lyric dia tapi sebab nak tunjuk kat Mak Aji yang skarang aku layan lagu omputih je, tak main lah DJ Dave ni semua, so aku teruskan me-KOREK BURIT.

Bagai pekikan Sang Rajunatapa menggegarbumi disusuli dengan pemukul lalat singgah kat kepala aku.

Pelepapppppppppp!!

'Ni mana ko dapat burit-burit ni?? Aku ada ajar?'

Aku macam apehal ngan dia ni manjang je nak temper? Tapi aku tunduk je pandang lantai walaupun aku tak tau apa salah aku. Ciri-ciri solehah tak bertempat ni la yang buatkan balik-balik aku je yang kena belasah ngan Mak Aji time kecik dulu sebab asal dia naik hantu je yang lagi dua ekor tu dah meruyup selamatkan diri, tinggallah aku menadah bontot penuh kepasrahan.
Tahapa lah yang dia sound aku pun dah lupa, aku biarkan je la dia terpekik-pekik kat tepi sebab kepala aku pun tengah berdengung kena belasah tadi. Aku rasa kalau aku tak kena hentak ngan pemukul lalat tu mesti skarang aku dah jadik dokter.

Dan Mak Aji ni pulak, aku rasa dia sebenarnya lebih layak jadik tukang sebat kat Penjara Kajang.

2. You're Still The One - Shania Twain
Inilah lagu yang kalau boleh aku nak nyanyi depan exboifren dan 'rakan-rakan tersayang' yang pernah betting aku takkan kekal ngan En Wan.

Boleh pulak bajet aku ngan En Wan takkan lama atas alasan aku kejar kebendaan. Biasa la kan, dah tak dapat aku tu buatlah cerita aku ni materialistik, padahal dua tahun aku ngan dia kehulu kehilir naik moto Suzuki nazak dengan kau (yang juga Pak Aji punya). Oh, masa tu bangga okkkk, konon aku ni la satu-satunya awek dia yang terima dia seadanya, sanggup bersusah senang. Bila dah hilang aku mula la kata aku pandang duit, pandang kereta, pandang status. Pompuan mana la yang nak kat laki sengkek? bak sini aku nak tengok. Paling tak pun lelaki tu biarlah menunjukkan peningkatan dan ada potensi boleh jaga anak orang. Pakai lojik sket la brader. Aku lempang kang.


3. Forever - Damage
Lagu ni En Wan bagi kat aku dalam bentuk KASET pada tahun 1999 (kot). Tapi bukan kaset DAMAGE but kaset yang dia dub sekali ngan suara dia. Kira macam dia tengah record suara dia bercakap sambil latar belakang tu lagu Forever.
See, saper kata lelaki Mat Saleh je romantik? Laki melayu pun romantik okkkk.

Masa tu kawan-kawan aku semua sibuk nak dengar jugak, so lepas aku, kaset tu berpassing-passing dari sorang ke sorang. Masing-masing taknak share-share, semua bawak walkman sendiri padahal yang bercintanya aku.

Aku pun tak tau apesal aku leh siap bagi member dengar kaset tu. Maybe sebab aku rasa takde apa yang nak disorok pun. En Wan ni bukan reti bagi ayat-ayat nak bagi aku stim ke apa, dia jenis straight forward. Lagipun aku rasa kawan-kawan aku perlu tau dengan siapa aku bercouple so that diorang leh backing aku kalau si saiko tu buat hal lagi.

Masa tu takde suara lain yang paling sedap lam dunia okkkk.
Hari-hari aku dengar kaset yang sama ulang-ulang before pi kelas, balik kelas, before tido, bangun tido, sampai hafal.

'Hai Di. Dia tengah buak apa skarang?'
'Jangang lupa makang tau'
'Study rajing-rajing'.
'Bye Di. Jangang lupa Wang kat sini'.





Ye lah Wang, Di takkang lupa Wang. Wang lah di hati sokmo!
Cinta itu bukan saje buta, boleh jadi ia pekak jugak. Ah, tak kisah.














Aku cakap 5 eh tadi? Sori lah, aku nak tido. 3 je cukup.
posted by aveo757 @ 12:12 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER