Hari ni demam, selsema, batuk, sakit tekak, pakej yang hampir cukup. Pengsan je yang belum. Tapi tetap masuk ofis. Ntah apa motif aku masuk ofis ntah. Time sihat malas nak masuk, dah tenat rajin pulak. Lately ni aku hilang pace and momentum untuk buat keje gila-gila like ussual, so walaupun tadi kepala berdengung and telinga sebelah tak dengar, aku masuk gak ofis. Alhamdulillah, ok la sikit. Kira ok lah dari aku parking bontot atas katil sepanjang hari. Jawabnya muka menjadi sembab dan kepala menjadi bengap.
Petang tadi sementara nak tunggu En Wan balik, aku chat ngan sorang lady yang stress dengan exbf dia tapi at the same time dia still sayang lagi. The way dia story-story ngan aku macam dah nak turn to saiko pun ada gak (yang ni aku bagitau direct kat dia). Actually asal aku chat ngan dia memang ini je la topik dia pun. Tapi aku suka. Sebab aku kan kepoh. Hahah.
Dia tanya if perlu ke dia buat dek ngan ex dia.
Sebab dia cakap this guy jenis yang bila dia mengelak, guy ni akan carik.
Bila dia buat dek, nanti balik-balik guy ni lalu-lalang depan muka.
Bila dia tak reply email, lagi banyak email yang guy ni hantar.
Bila dia merajuk, laki ni pujuk.
Tapiiiiiiii, bila dia datang balik kat laki ni, nanti bf ni slowly buat selamba as if lady ni just kawan biasa. Dah macam si lady ni pulak yang menyondol-nyondol kat dia. Masa ni aku cakap kau, konfem bila kau nak ajak sembang, nanti dia bagi alasan 'Busy, later we talk'.
Dia jawab 'A'ah la Di. Memang betul. Pandai ko'
Of course la aku skang pandai, sebab aku dulu pun bodoh macam tu jugak percaya cakap laki. Seb baik aku dah bijak, kalau aku still bodoh lagi sila spray muka aku ngan Ridsect.
Bila kita ajak jumpa 'Not free, maybe next time'
Bila kita call 'Sorry tak dengar, I tido'
Bila kita sms, lagi 2 hari kang baru reply 'Sorry, takde kredit'.
Helo, lojik kah sampai 5 hari tak top up kredit? Kalau kau student lain cerita dowhhhh, ni kau bekerja. Takat prepaid RM10 pun tak bleh top up? Sengkek gila. Tapi ada hati nak flirt ngan orang lain.
Aku pernah gak alami situasi macam ni. Kalau nak cerita pasal sakit hati ni, memula memang sangat sakit hati. Tapi bila berkali-kali dibuat macam nak tak nak, lama-lama hati kita jadik semakin kering. Kering sekering-keringnya sampai takde rasa nak marah lansung. Rasa macam tak kuasa dah like apa-apa aje la. Numb.
Paling aku pantang bila sebelah pihak buat sebelah pihak lagi macam main tarik tali.
Masa ko nak, beria-ia ko tarik. Bila orang tu dah pegi balik kat ko, ko slowly jauhkan diri. Bila kita dah bawak diri, tak lama kang dia datang balik. Kalau ada sesaper penah alami situasi macam ni, taniah. Kerana anda telah menjadi seperti aku yang dulu, iaitu yang aku yang bodoh yang cinta mati sampai otak letak kat bontot, macamana orang tu buat kat aku pun, aku tetap akan bagi dia peluang yang ke dua. Kadang-kadang peluang yang kedua belas.
Maybe orang kata aku bodoh sanggup bagi peluang berkali-kali. But benda yang melibatkan hati dan perasaan (bak kata Norman Hakim) ni adelah sangat susah nak dijangkakan. Mungkin nampak macam bodoh. Ye la, kalau dah sampai seploh kali dia asik tarik tolak tarik tolak takkan ko still nak bagi peluang yang ke sebelas pulak kan? Tapi tu pernah terjadik kat aku.
Aku bagi seberapa banyak peluang sebab bagi aku no one's perfect. Mungkin dia bersalah, tapi tak mustahil kalau dia akan berubah, kan? Mungkin dia buat silap, tapi tak mustahil dia akan belajar dari kesilapan, kan? So sebab aku pegang pada kata-kata tu la (kata-kata ni pun aku yang cipta sendiri mungkin sebab tu la hasilnya pun macam sial) maka aku bagi peluang berkali-kali.
Tapi agaknya ditakdirkan aku bercouple dengan orang yang buah pelir ngan otak dia tak jauh beza, dua-dua tak function dengan betul, so macamana banyak peluang kita bagi pun dia still buat kesilapan yang sama. Dan paling binawe bila everytime dia nak kita balik, dia punya ayat memang tak boleh blah 'I'm so sorry. I was so stupid buat you macam tu'.
Eh pukimak lah.
Nasib baik la aku ni bodoh okkk. Kalau aku bijak memang aku lestik telor ko kasik pecah lapan, boleh gak buat main batu seremban.
Kenapa mesti nak buat orang macam terkejar-kejar kau?
Kalau kau tak suka boleh tak just say it out loud 'Yes, I am no more interested in you, so go and fuck the cat!'.
Aku rasa that would be better rather than ko susun ayat cantik-cantik semata-mata taknak kecikkan hati tapi sebenarnya ko sedang menyakitkan hati aku lagi. Like bf aku dulu, cukup suka buat ayat-ayat playboy like 'I masih sayang u lagi' tapi malam kang menggentel bijik pompuan lain. Bila kantoi, 'I am so sorry. I mengaku I silap. I bodoh'.
Tu bukan bodoh namanya.
Tu namanya lancau.
Bila aku betul-betul tinggalkan dia, on our final nite bertenet together, aku tanya dia baik-baik (bukan sebab aku nak bajet baik depan dia tapi dia ni lain, kalau aku tengking kang mau dia rogol aku kat situ jugak), kenapa dia tak penat-penat tipu aku?
Kenapa payah sangat nak berterus terang?
Kan lebih baik ko cakap benda yang betul daripada kau tipu aku? Sama jugak sakit hatinya. So kenapa nak ambik jalan panjang?
And benda yang aku paling tak suka adelah bila aku tau kebenaran bukan dari mulut kau tapi dari mulut orang lain.
Tapi dia tak cakap.
Cuma geleng-geleng kepala.
Menyampah sialll aku tengok muka dia masa ni. Macam muka timun.
Dah la tipu aku kaw-kaw pastu nak main sinetron pulak. Aku lempang kang bersepai gusi-gusi kau semua.
Ada waktu-waktu tertentu kita perlu menjaga hati. Tapi kalau dah sampai berkali-kali ko buat kesilapan yang sama, apa perlunya ko menipu lagi?
Apa perlunya menipu lagi.
Macam best je kalau buat lagu kan?
Aku dah terbayang pencipta dia Ahmad Nawab, penulis lirik Mama Juwie, penyanyi Ramlah Ram.
p/s : CPM, aku tak pakai lipstik nak tido daa..apekejadah nak pakai lipstik. Laki aku suka bibir yang bebas dari bahan kimia.