walk on wings, tread in air: 10/2009 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
TOP UP ME...U GET PHONESEX
October 30, 2009




Semalam ada sorang reader (thank you) message aku kat FB ada orang jual muka aku kat TAGGED. Dah tak pasal-pasal aku kena create account TAGGED sebab nak tau apa benda jadik.

Sekali kauuuu...PORN STAR RUPANYA AKU!

Walahweiiiiiii. Gurau kasar nampakkk?????
Macam-macam award aku dapat tahun ni.
Ni boleh mendatangkan amarah Carmen Electra kalau tau muka cam aku pun boleh kena jual.

Tapi marketing tak berapa ok la.
Sebab dia letak gamba ni.




Patut la takde orang call aku.
Wakakakka.

Ni mesti takde orang lain melainkan orang yang singgah kat blog aku. Sebab gamba ni memang aku letak kat blog je.Apa-apa pun terima kasih. Aku takde mood nak marah, sebab aku busy.

Next time.
posted by green apple @ 10:24 AM  
Newer›  ‹Older
Drop the topic?
October 29, 2009



Ada mat saleh tanya aku kat FB :

1. Are you given a choice to be Muslim when you are born? Here I was catholic when born with no choice.

2. When you become adult do you have a choice? Here I can change from catholic, my parents may not like it but I can do what I want to do. From what I know Muslim can't. Why?


Yang first question tu aku dah jawab.

Yang second ni aku takut kalau aku jawab dia payah nak paham. Or dia akan membelitkan question dia sampai aku lak terpengaruh. Mana la nak tau kot-kot ini one of diorang punya modus operandi.

Anyone boleh bagi pandangan if aku yang jahil ni boleh teruskan the conversation or just drop the topic?

posted by green apple @ 9:10 AM  
Newer›  ‹Older
Mata sembab + cengkung + kulit hitam berganda



Barang siapa yang dapat melihat rupa ku di saat ini nescaya kamu tidak lagi merasakan bahawa langsuir itu menakutkan.


posted by green apple @ 12:24 AM  
Newer›  ‹Older
Intan update
October 27, 2009




Mak mertua aku ada kat rumah aku skang.

Tadi, sembang-sembang ngan dia.

Aku tanya pasal Intan, sebab selalunya kalau mak datang KL, Intan mesti dia bawak sekali. Tapi kali ni tak.

Siapa yang blur-blur pasal Intan ni boleh baca sini and sini. Jangan suruh aku explain eh, kang sampai minggu depan aku tulis tak abis. Kalau diingat-ingatkan balik kes Intan ni, darah aku terus cecah 200 degree C.

Mak cakap Intan kena buatan orang, now dah macam tak betul.
Hari-hari keje dia tarik rambut sampai nak botak.
Kalau kita bercakap depan dia, memang takde efek.
Ko kena pegang tangan dia, suruh dia hadap muka kau depan-depan baru dia paham apa ko cakap. Pastu melanguk. Tak ke dah macam hilang ingatan dah tu?

Mak aku dah bawak jumpa pi jumpa orang yang paham benad-benda macam ni, memang orang tu kata ada orang hantar kat dia ni. Maybe orang tu nak suruh dia jadi hilang ingatan so that ada la alasan laki dia nak ceraikan dia.

Baru je raya hari tu aku balik kampung dia nampak ok.
Tapi sebenarnya takde la ok sangat.
Sebab we all semua notice yang dia kuat gila makan.
Badan dia memang naik berbanding ngan dulu.
Alah, takat makan. So takpela, kitorang takde la tanya lebih-lebih. Mungkin dia tengah ada selera.

Tapi yang kitorang pelik, dia tetiba jadik blur.
Aku pun blur gak. Tapi dia punya tahap blur tu macam bangang sangat. Dengan muka selenga lengkap sepakej.

Pastu asik tido manjang. Dulu dia tak macam tu lansung.

Then perangai dia macam manja mengada-ngada.
Asik nak ikut mana kitorang pergi, pastu berani mintak duit kat orang, series macam bukan diri dia.

Dah 2 tahun dia kawen ngan Abang.
Walaupun marriage dorang just atas kertas, tapi Tuhan punya kuasa, jodoh diorang cecah 2 tahun and kekal sampai skang. Takat KEKAL je la tapi takde pengisian.
And si pantek tu still lagi dengan Abang.
Abang pun dah macam lembu. Ikut je apa Ina suruh.
Actually abang tu keje KL tau, dah setahun. Tapi sikit dia tak bagitau sesaper dia dok mana, yang we all tahu dia keje kat DOME. Aku suspek si pantek tu ada sekali kat KL. Kalau tak, apesal Abang ni boleh kejap-kejap mintak mak dia yang kat kampung and adik dia yang kat JB hantar duit kat dia????

Come on la.
Kau tu lelaki. Apa takde pride ke bulu kote dah cecah lutut lagi mau mintak duit kat mak? Kat adik? Mak aku suspek Ina ni dok sekali ngan dia and pegang duit dia like ussual.
Or maybe guna duit dia. Eh, kata dok KL.
Mesti la ikut gaya KLLLLLLLL.

Padahal dulu masa Abang keje KL, time tu Ina still kat Tganu jual pepek (agaknya la. Eh mamposla). Intan keje kat bakery somewhere kat Puchong. Abang ni every week datang jenguk Intan, gi bawak makan luar. Dah nama pun bini dia kan. Masa tu Intan seronok bagitau aku 'Mokcik, Abang dah ok ngan Intan'.

'Ina camne?'

'Dok tahu. Ada kat Tganu. Takpe la, janji dia dok cerai Intan'

Macam tu punya simple jawapan dia. Gila pasrah.
Kalau aku laaaaaaa..siappppp!!

Tapi tetiba je Abang ni taknak balik kat Intan.
Tetiba je takleh pandang muka Intan lansung.
Bila risik-risik, rupanya Ina dah tak keje kat 7-11 kat Tganu lagi.
And takde orang pernah nampak dia kat Tganu dah.
So..??? Maybe la kat KL.

Sejak Ina tu ada sini, Abang terus tak jenguk Intan. Pastu kejap-kejap takde duit.
Balik raya hari tu, masa salam raya, aku rasa cam nak tempeleng je muka Abang.
Intan ni ye ye je la hulur tangan, dia leh pandang tempat lain.
Eh babi.

Kalau kau tak suka pun ngan bini kau, kau ceraikan je la.
Ada option bercerai ko taknak pakai.
Sebabbbbbbbb..kau sendiri tau takde sebab nak ceraikan dia.
Kalau kau ceraikan dia pun kau jugak yang kena balik sebab nafkah sah tak pernah bagi, batiniah tu sendiri discuss ngan hakim aku pun taknak ambik tau and yang paling utama kau nak Intan yang tuntut cerai bukan kau yang nak bercerai.

Bagi aku benda ni simple.

Intan dah bagi green lite suruh nikah ngan Ina.
Nikah je la.
Calon dah ada.
Ni takkkk. Kau simpan Intan tu kat kampung. Bila Intan keje kat KL, kejap-kejap ko suruh Intan balik. So that senang ko nak jual kote kat sini. Kimakharam.

Si pantek ni mati-mati taknak jadi bini nombor 2. Sebab nanti takleh dok lam rumah mak mertua aku. Kalau dah nama ambik hak orang tu pandai-pandai la bawak diri. Takkan ko nak bolot semua. Tak agak-agak. Aku tampa kang.

Sesaper yang lepak kat DOME, tolong perati-peratikan muka Abang (kalau ada yang perasan) pastu bagitau aku. Aku nak pi serang DOME tu.

Aku cuba taknak tuduh Ina yang hantar, tapi disebabkan kitorang tau ahli keluarga Ina ni ramai yang jadi bomoh/dukun pulak tu Ina ada history dengan a few laki orang (apesal laki orang semua ko belasah?), tak mustahil ni dia punya keje.

Kalau betul kau hot, gunakan la kehot-an kau tu. Nak main bomoh-bomoh hantar tuju-tuju....ceh low classssss.


posted by green apple @ 2:59 PM  
Newer›  ‹Older
Konsert lagi
October 26, 2009

Sabtu lepas Redza buat concert kat Putrajaya.

Tahun ni dia jadik panglima. So tarian pun sopan sket la banding last year urut dada nenek Tganu dia tengok kemain seksi baju cucu dia, see thru lagi. Seb baik dia tak sound 'Bakpe Redza paka baju hok gini? Skolah apa Diana hantar Redza nih?'
Sentap aku kanggg. So this year satu nenek pun aku tak ajak. Tak reti la aku nak bersopan santun tengok konsert, walaupun tu just concert budak-budak tapi aku ngan En Wan buat cam melayan konsert Beyonce. Dah nama konsert kan, haruslah happening. Takde de nak tengok aku dok diam bersandar okkk. Siap pewitt pewitt lagi lam hall. Seb baik dia memang dah sediakan kerusi, kalau takde kerusi dah lama aku bangun buat head banging kat depan. Oh lupa, rambut sudah pendek, tak best pulak head banging takde rambut.
Ha, cakap pasal rambut, apa produk yang best untuk lebatkan rambut? Cibaila rambut aku dah start gugur. Time shampoo lagi la berhelai-helai turun. Sampai laki aku sound 'Ni saper punya bulu besepah ni? Geli'.

Elehhhh geli kononnnnn. Time aku tadah kat kau tu takde pulak ko terpikir geli.

So, sebelom dia al-botak, haruslah kita mencarik pelbagai ubat-ubatan untuk melebatkannya. Ada cadangan?


                                                         Who says boys can't wear pink?


Ni kat hall entrance.
Dari jauh lagi dah bau cam kenduri kawen sebab siap ngan bunga rampai lagi dorang sediakan. Siap renjis-renjis air mawar lagi. Tetiba je aku jalan slow-slow tunduk pandai lantai masa masuk hall. Feeling-feeling pengantin remaja. Aku dulu kawen tengah jalan je okk, nak gak merasa bersanding kat dewan.
Memula aku ingatkan kena pakai songkok. Well, takkan dah pakai baju melay tu nak sarung topi koboi kot, so aku sarungkan songkok. Patutla dia menghempas-hempas taknak pakai. Aku ingatkan dia buat perangai sebab dia ni ada masalah sket pakai songkok. Sekali member kena pakai tanjak okkk. Nampak anak aku sarung tanjak tu tetiba je aku nak emo terasa-rasa macam dah nak terima menantu. Tahapa ntah aku lately, asik nak nangis je.

Bila sampai kat hall teacher dia suruh aku ambik balik songkok.
'See? Ija dah kata kat mama semalam (tadi) kan, Ija pakai tembolok.'

'Tengkolok' teacher dia betulkan.

Tembolok tu lainnnn.
Tu perut mak ko yang dah nak sama tinggi dengan tetek ni.

Anak aku ni ada masalah tatabahasa dan nahu.
Tak kira la benda tu jadi tadi or tahun lepas, dia akan tetap guna word 'semalam'.

Dan jangan tanya kenapa aku padamkan mata aku.
Saje tetiba tebiat nak feeling-feeling eksklusif.






Door gift yang akhirnya aku sapu semua sebab meja aku penuh ngan Chinese. Dorang tak reti guna bendalah ni.



Pengantin.....9 tahun yang lalu


Sengih-sengih nampak mak dia. Yang bapak dia kat tepi snap gamba ni dia tak perasan pun. Maklomla, mak cam pompuan gila angkat-angkat tangan terjerit-jerit panggil anak, konfem la dia kenal.



Tu diaaaaa....tanda-tanda awal anak ada harapan gi clubbing besar sok.



Tengok la anak aku. Orang lain sibuk susun-susun kan diri, dia leh siap teropong mak dia.



Gamba tiada kaitan ngan konsert. Ini adelah makanan aku untuk hari ni. Lazat dan pemusnah diet.

posted by green apple @ 2:58 PM  
Newer›  ‹Older
Ignorant
October 25, 2009



Aku rasa aku kena tukar attitude aku yang ignorant kepada sedikit alert.

Dua tiga hari lepas aku ngan En Wan sibuk call bank, Maxis, bla bla bla nak tukar billing address. Asal orang tu tanya aku soalan untuk verification, aku cuma leh jawab no. i/c ngan no henfon je. Lebih dari tu fail!! Credit limit pun aku tak tau. Last payment made lagi la haram aku nak ambik tau, orang tu tanya ada supplement card pun aku blur. Siap aku bleh tanya balik supplement card tu nak buat apa?

Aku rasa En Wan terlalu menspoilkan aku. Bila aku suruh dia ajar aku sikit pasal cara nak bayar kad kredit, nak bayar bil Maxis, ASB, bla bla bla dia kata takyah. Dia memang taknak aku tau semua benda tu. Alasan, sebab aku dah semakin berdikari sejak ada bisnes. Ke sana sini aku gerak sorang, jumpa orang everyday, so kalau aku tau semua benda tak mustahil one day aku mungkin tak perlukan dia and angkat kaki.

Aku nak angkat kaki tu nak pergi mana? Konfiden je aku nak angkat kaki. Padahal kau yang kena angkat kaki sebab aku nak duduk jugak lam rumah ni.

Like semalam masa nak tukar billing address, Maxis tanya berapa call limit you?

Aku jawab 'Takde limit sebab saya pakai line tak pakai prepaid'.

Sumpah bangang.







posted by green apple @ 12:06 AM  
Newer›  ‹Older
pneuketing galanzama niocosis disease
October 24, 2009
Aku rasa aku ada penyakit yang dinamakan penyakit pneuketinggalanzamaniocosis.
Sebab semua orang yang penah naik keta aku speechless bila dengar MP3 aku yang sangat vintage lagu-lagunya.

Pelik sangat ke seorang wanita muda yang baru berumur 32 tahun meminati Muhaini Suratman dan Najib Hanif? (konfem sorang-sorang google saper la artis ni)

Aku tak perasan pulak aku sangat retro.
Gua ingat gua rock kangkang. Rupanya afro.

En Wan cukup berbulu atas bawah kalau aku insertkan CD aku lam keta dia.
Tu yang asal balik Tganu skang dia suruh aku bawak half way sebab dia kata boleh terbabas kalau drive sambil dengar MP3 aku. Statement emo melampau. Kang aku babaskan keta ko lam gaung baru tau.

Aku rasa lagu dulu-dulu memang serasi ngan telinga aku. Cam aman harmoni je jiwa aku. Kalau bawak keta sambil layan lagu Siti Fairuz memang sengaja aku bawak lambat-lambat, antara press ngan tak press je pedal minyak. Baru la namanya pemanduan berhemah. Ini takkkkkk. Kalau masuk keta Ibal toksah kata boleh pekak, taik telinga aku terus kejung taknak kuar-kuar. Tah lagu group mabuk mana dia pasang, bingit gitar je lebih. Sepatah haram aku tak paham. Tau-tau dah abis.

Lagu yang aku wajib dengar setiap hari - Usah Bertanya Lagi by Siti Fairuz. Lagu ini ditujukan kepada bekas-bekas kekasih dengan ucapan 'Kalau dah nama bekas tu buatlah cara bekas'.

Aku suka suara dia. Ada weight. Tak caya cuba ko layan lagu ni.

Ni kira paling cun la zaman tu okk, boleh jadik bergaduh lam kedai kalau hairdresser tak dapat buat rambut camni. Mungkin masa tu kerajaan sibuk melaung-laungkan slogan 'Makanlah madu tempatan' so artis-artis dulu bijak menyampaikan mesej melalui imej.



Lagu ni konfem kena ada, dah tentu-tentu Uji Rashid tu feveret artis aku.
Like kawan aku cakap....'Uji Rashid??? Kau gila ape???
Ye, aku gilakan anaknya. Oh Cico, sudikah tuan hamba memperisterikan beta?
Taknak kalah kalau berangan, jadik beta aje.

Tapi memang aku suka Uji Rashid, dah la cun, suara manja, anak pun hensem. Pakej ibu-ibu tunggal macam ni lah yang kita mahu.



Lagi satu abang ni.
Pehhh, zaman ni kalau CLEO ada, konfem abang ni jadi Most Eligible Bachelor tigablas tahun berturut-turut kekal dalam carta.
Sweet je abang ni aku tengok. Tak kisah la dia jadik hero or crook, memang aku suka je. Cuma dia sorang je lelaki berbulu dada yang aku tak geli. Yang lain pliss eh, shave kasik licin dulu baru mengadap aku. Kalau tak, aku shave guna sabit.



Ada yang pernah tengok filem ni?
Dendang Perantau.
Aku still leh nangis-nangis tengok cerita ni semalam. Sanggup tunggu YouTube donwload sikit-sikit, gigih nak tengok Latif Ibrahim punya pasal.
Peratikan minit ke 1:39.
Tak ke kacak namanya tu????
Kalau aku sebaya dia zaman ni, mau histeria kalau dia melintas depan aku.
Tu kalau zaman dulu la. Dah masuk zaman skarang ni abang tolong jangan melintas depan saya ye. Nanti saya kena kancing gigi.



Lagi satu lagu yang aku suka.
Tak tau nak describe suara dia ni camana, tapi sangat best. Aku ingat lagi Sheila Majid (Dato') penah buat statement yang suara paling dia suka is Azlina Aziz. Tapi Azlina ni tak glemer mana pun kan even pada zaman dia dulu. Nak kata tak cantik, ok je aku tengok. Laki pun sangat hensem. Azman Abu Hassan tu kira antara lelaki idaman okkk. Aku sendiri penah berangan lepak lam jakuzi ngan dia. Masa tu aku darjah 3 Putih. Fuhhh.

Tapi takde rezeki aku nak berlakikan Azmang Abu Hassang.

Iskk, kalau nak cerita pasal zaman 70-80an ni mau tak tido aku malam ni.
Ni pun aku tengah donwload lagu-lagu retro.

Mintak maaflah yang pening naik keta aku, korang hanya ada dua pilihan.
Samada dok dendiam sambil dengar MP3 or duduk dendiam kekejangan sambil dengar aku menyanyi.

Pilih.
posted by green apple @ 12:43 AM  
Newer›  ‹Older
Apekah motifnya?
October 23, 2009



Actually semalam ada satu sms masuk from one of the blogger kat Malaysia ni.
Dia tanya if aku ada hp number another blogger yang aku tak kenal. Tak kenal in the sense that aku kenal nama dia aje, tapi blog dia seingat aku la, aku melintas sekali je and kalau lalu tepi dia pun sumpah aku tak notice. Mintak maaf. Kalau aku tak kenal, aku cakap tak kenal. Kalau aku kenal, insyallah aku tegur.

Tak payah la aku cerita apa kesnya antara dua blogger ni, takde kena-mengena ngan aku pun. Tapi rasanya ada gak orang dah tau citer ni kot sebab dah ada blogger yang buat entry khas. Pandai-pandai la korek dari orang lain. Jangan korek kat aku.

Benda ni mengingatkan aku pada satu komen yang aku dapat a few weeks back.

Dia cakap aku berlagak sebab taknak follow blog orang lain.

Errr...??

Sebab aku tak follow mana-mana blog, so aku berlagak.

Okkk..

Kau tau tak yang list kat sebelah ni pun aku jarang masuk, lagi nak suruh aku follow blog orang, apa motif? Nak tunjuk kat semua orang yang aku friendly, ko follow aku, so aku follow kau. Kira orang berbudi kita berbahasa la ni.

Boleh tak kalau aku add jadi follower kau tapi aku tak baca?

Sometimes aku rasa blogging ni eventually akan merubah attitude sebenar kita menjadi sangat plastik dan poyo. Bukan sebab kita yang nak jadi macam tu, but kehendak persekitaran. Aku faham bila ada bloggers yang dulu cam ok je, tapi sejak glemer dia jadik cam show off, tayang baju kasut beg, tayang rumah (ehhh? series tak kelakar), cerita yang baik-baik je tetiba, and ada Fan Club macamkan kau tu glemer sangat.

Bila perati-peratikan macam meluat pun ada. Just like ada yang meluat tengok aku la kan.

Tapi siapa yang menyebabkan dia jadik macam tu?

Sama la macam artis-artis yang masa mula-mula masuk TV nampak cam ok je, bila dah glemer dapat banyak job tetiba transform jadi lain.
Semua tu aku rasa sebab kehendak persekitaran.
Kalau dia tak ikut, orang hentam.
Kalau ikut, orang hentam jugak.

Aku kenal ramai orang sejak berblogging. That's the best part. At the same time aku tau yang aku jugak ramai musuh. Well, benda biasa la. Semua orang ada musuh. Takde hal. Hidup kalau smooth je mana thrill nya kan.

Tapi bila ada orang buat assumption aku berlagak bagus sebab tak follow blog orang ....that is so TAK MASUK AKAL.

How come people can simply buat judgement yang melampau tentang orang lain berdasarkan satu medium je? Tak kisah la assumption yang positif or negative.

"Aku kenal dia ni. Aku baca blog dia."

That's it.

Macam blogger yang sms aku malam tadi, dia penah bagitau aku orang kata dia kaki bodek sebab semua blog dia baca and asal komen je dia bagi puji-pujian.

Heran eh?

Yang dipuji sah-sah la didengki. Yang memuji pun kena hentam jugak?? Series sakit otak.

Ni la bahanya kalau ko menjebakkan diri ngan public life. Ko buat baik pun orang hentam.
Kau buat jahat apetah lagi la, silap-silap dia hantar pelesit kat rumah.

Korang ingat aku tak segan ke ngan korang yang rajin baca blog aku, yang rajin kuar masuk letak komen, lagi-lagi pulak yang follower ni. Aku pun tau segan.

Pernah sekali ada budak tegur aku kat The Mall.

'Kak Di kan?'

'Ye, reader ye?'

'Ha'ah, saya reader akak. Saya pun ada blog. Akak penah komen sekali kat blog saya'.

Masa tu ko ingat aku suka terkinja-kinja feeling-feeling artis?
Aku malu okkkkk.
Malu sebab aku tak kenal dia, tapi dia kenal aku.
Nampak sangat la kebelagakkan aku ni kan.

Aku nak update blog pun tunggu dapat maki dari korang-korang ni jugak kat YM, baru la aku update. Takde la nak kata aku busy sangat. Tapi seriesly, aku memang tak letakkan blogging ni sebagai satu benda yang utama dalam hidup, sebab tu aku payah nak update blog sebenarnya, let alone nak gi baca blog orang. Kalau ada yang kecik hati aku tak singgah blog dia, and aku tak jadi follower, aku minta maaf. Aku ni pemalas orangnya. Nak lagi bila dah run business ni, rasa tak cukup tangan, ngan kaki sekali naik atas keyboard ni. Buat apa aku jadi follower kalau aku tak tau hujung pangkal blog orang tu. Kan menipu namanya.

Lagi satu pasal Nuffnang.

Biar la orang tu nak berbangga ngan cek Nuffnang dia. Walaupun dia dapat takat 2-3 ratus, tu duit dia. Bukan aku suruh ko kuar duit kau kasik dia pun. Apa yang ko susah sangattttt?? Cuba kalau yang dapat duit tu kau. Cek tujuhblas ringgit pun ko scan letak kat blog. Orang tu bagitau dia dapat duit bukan sebab nak berlagak beb. Dia pun tau takat 2-3 ratus apelah sangat nak banding ngan orang lain yang dapat juta-jutaan. Dia tunjuk sebab nak bagitau kau yang bahalol ni ada cara kita boleh menjana pendapatan lebih yang mampu mengubah hidup anda ke arah yang lebih baik. Kan tak pasal-pasal aku dah kuarkan ayat bahasa malaysia kertas dua pulak ni.

Yang dapat sampai puluh-puluh ribu tu jangan cerita la berapa banyak komen maki dia dapat kan. Itu dah memang jatuh hukum harus.

Pendengki!!

Rilek la weyyy.
Orang tu dapat duit riban-riban sebab dia usaha nak dapatkan duit tu. Perah otak siang malam nak buat entry baru.
Kalau kau takat perah otak carik bahan nak maki blog orang, memang takde la nak dapat duit kan. Dapat saham ada la. Gi kutip kat neraka ke tujuh sok.

Baru jadik blogger dah banyak masalah, belum jadik Khloe Kardashian lagi.

Dah la.
Penat aku bagi khutbah Jumaat.

Ni tetiba ramai nak masuk FB aku ntah nak carik apa aku tak tau.
Ko nak tengok apa agak-agak?

Aku pi beli breast cream jap.










posted by green apple @ 11:21 AM  
Newer›  ‹Older
Dah betullah jawapan tu
October 21, 2009



Random 1


** (10/20/2009 11:21:25 AM): NAK TANYA SIKIT LA KAK

aku (10/20/2009 11:21:31 AM): apadia

** (10/20/2009 11:21:41 AM): DAH LAMA NAK TANYA TAPI MALU SEH

aku (10/20/2009 11:21:51 AM): sila..sila

** (10/20/2009 11:21:52 AM): JANJI HEH JANGAN MARAH

aku (10/20/2009 11:22:04 AM): apadia

** (10/20/2009 11:22:31 AM): TADI TGK GAMBAR KAT FB AKAK LAWA BELAKA...TANG BREAST AKAK ADE MAKAN APA PRODUK KE KAK, MANTOP AH KAK

aku (10/20/2009 11:23:36 AM): tak kuasa akak nak makan pil2 tetek ni segala dik oiii


Yang tanya ni pompuan, bukan laki. So takde persoalan gatal atau tidak di sini. Sila berbaik sangka.

Termasuk budak ni dah a few jugak orang tanya soalan yang sama kat aku.
So aku rasa aku perlu bagi kenyataan terbuka.

Jawapan dia simple je.

Tetek tersebut nampak gorjes bukan sebab ia adelah gorjes. Tidak juga disebabkan oleh tuan punya tetek itu. Tetapi sebab jarang orang nak tayang cleavage kat public, so bila sesekali ko ternampak gamba macam tu, ko akan rasa 'Wahhhh, selambak okkkkk'. Cuba ko snap gamba ko pakai bra letak kat FB, semua orang akan kata breast kau power. Tak caya cuba. Pastu lagi 3-4 hari berderet komen maki hamun masuk.


Random 2

Last Sunday cousin aku kawen.
So this "wedding planner" yang aku tak tau mana cousin aku ambik, which aku rasa dia bukan wedding planner pun. Feeling-feeling je kot. Dah la cousin aku tu lagi gelap dari aku, selamba badak dia gi tepek bedak yang tak sesuai ngan kaler kulit. Dah selempom je tang jauh aku tengok. Pastu lipstik smudge toksah kata kena kat gigi, sampai ke gusi pun dia tenyeh lipstik. Eh, melampau okkk dia ni.

Aku pulak yang kena touch up sebab pengantin naik keta aku nak pi nikah kat surau.
Pastu boleh pulak mekapkan pengantin bubuh eye shadow je.
Mana eyeliner nya?
Maskaranya?
Blusher toksah cakapla, ha kauuu, setempek pink kat pipi.
Tak faham aku. Time aku nak masuk bilik pengantin tu ye ye je sound, 'Tak boleh tengok..tak boleh tengok..nanti hilang seri'.
Banyak kau punya seri. Lagi berseri mak aku yang jadi penanggah tu.

Masa pengantin keluar dari rumah, toksah kata orang ramai, kitorang yang sedara-mara ni pun cam speechless tengok apehal selepom je bedak ni kat muka. Tak even lansung!!
Marah la aku ni kan.
Kot ye pun kau nak bagi alasan cousin aku tu tak natural beauty, kalau betul ko pandai mekap at least seri dia tetap nampak.

Aku pun malas la nak komen, kang orang kata macamkan aku pandai mekap sangat. So aku diam je. Sampai kat surau, wedding planner ni pun ikut sekali.
Ko bayangkan, kita ni masuk surau okkkk. Surau tu bertutup.
Si wedding planner ni boleh lak nak feeling-feeling artis, masuk surau pakai spek hitam. Apa kejadah????
Sepanjang-panjang majlis tu dia ngan spek itam dia macamkan kau tu mekap artis nak cover-cover muka. Yang makcik-makcik kat situ semua dok senyum-senyum pandang dia. Eh come on la. Kot ye pun kau nak feeling gorjes tengok la keadaan. Kawasan kejiranan ni macam mana. Paling tak pun biarkan gaya kau tu bertepatan ngan suasana. Aku tengok artis-artis kawen takde pun member-member dia pakai spek itam lam rumah.

Semalam baru aku tau yang wedding planner tu sebenarnya suku sakat cousin aku belah bapak dia. Disebabkan dia paling vogue antara sedara-sedara belah bapak dia, so otomatik dia jadik tukang mekap. Pfhhhzzzzz.



Random 3

Jawapan kuiz semalam, dah betul la tu, kohlila = korea. Storm = stong.
Apa nak buattttt, baka Trengganu katakan.

Tapi aku rasa Redza memang banyak mewarisi genetik En Wan.
Dia punya 'NG' memang jelas dan nyata. Sohih bunyik Terengganu.
Nama pun dah ada 'WAN' haruslah tempias Terengganu kan.

Tu la kan, dulu aku sangat allergikkkkkkkkkk ngan orang pantai timur. Ha ambik tu, sikit punya panjang aku punya alergik.
Sebab aku ada history yang sangat horror melibatkan orang pantai timur ni. Sekali kauuu, hambikkkk. Sembilan tahun aku tido ngan orang pantai timur ni ha.

Masa Redza lahir dulu, aku siap sound En Wan.

'Abang takyah ajar anak bercakap tau. Biar Di je yang ajar'.

Punyalah kejinya aku taknak bagi Redza terikut-ikut slang Tganu.
Last-last toksah kata Redza, ngan aku aku sekali the moment pijak aje Tganu terus slang bertukar. Dan aku la orang pertama yang heret En Wan gi bandar KT kalau balik kampung. And aku lah orang yang paling laju mentekedarah kepok lekor. Dan tahun ni akulah yang palinggggg gelojoh makan nasik kerabu.

Tu la dia kan, tak kenal maka tak cinta.

So ada sesape nak berkenalan ngan aku?





p/s : jangan tanya apesal tetiba tulisan aku jadi italic. Aku buta IT.







posted by green apple @ 8:53 AM  
Newer›  ‹Older
Adekah anda pasti anda bijak?
October 20, 2009
Ni namanya Kikando.



"Ma, papa kata nanti kita pegi kohlila tengok ponchbop"

"Ma, tutup kompite. Ada stong"



Sila lah kalau nak uji tahap IQ.
posted by green apple @ 3:29 PM  
Newer›  ‹Older
To that blogger
October 18, 2009



Aku rasa one of aku punya reader sedang mengalami masalah dihentam kat blog. Dulu dia pernah ngadu kat aku yang orang kutuk dia sebab dia pakai nama iras-iras nama aku. Then orang kata dia tiru cara aku blogging. Pastu tak tau la apa yang dia kena skarang. Bagi aku tu semua kebetulan je kot. Tak payah worry too much. Lantak la apa orang nak kutuk ko dik. Kalau ko rasa ko betul, ko teruskan je la. Nama green apple ni pun aku tak patenkan. Kalau ada dua tiga belas lagi green apple pun takpe, takde hal.

Orang kalau nak mengutuk or mengentam kita, dia akan buat apa jugak cara. Benda yang kita tak pernah terfikir pun dia akan bangkitkan. So, kalau kau rasa entry ko original, takde apa yang ko perlu takut. Pada pendapat aku yang selalu kena kutuk ni, kita kena manfaatkan orang-orang yang tak suka kita. Sebab diorang ni sanggup habiskan masa dan tenaga mengadap and membelek blog and FB kita semata-mata nak mencari kekurangan diri kita. Kita sebenarnya perlukan orang-orang macam ni untuk evaluate kekurangan diri. Kalau takde orang-orang yang concern macam ni kita mungkin masih kat situ jugak tak gerak-gerak. Ko ingat senang ke nak dengar orang yang sangat jujur panggil ko BODOH, CAMWHORE, MULUT LONGKANG, TAK ISLAMIK kat public? Walaupun dorang berselindung atas nama ANONYMOUS, which aku pun pelik sebab kalau nak bagi komen membina tu haruslah ikhlas. Mungkin komen tu bertujuan bukan untuk memBINA, tapi lebih ke arah memBINASAkan, tapi kita sebagai orang yang dikritik anggap ajelah semua komen tu membina. Takkan nak kena puji je kot, kena kritik sekali-sekala apa salahnya. Senang apa, free-free je ada orang yang sudi nak kritik kita. Secara tak lansung kita boloeh memperbaiki diri. Tapi untuk yang mengkritik pun, kalau kita nak mengubah orang, haruslah ubah diri sendiri dulu okk. Jangan asik busy nak mencari kesalahan orang lain, hari-hari bukak blog sebab nak cari kesalahan orang and tak sabar nak memaki sedangkan kita lupa nak carik kesalahan diri sendiri. Esok, ko sibuk tegur orang sana-sini, orang dah berubah, ko yang tak berubah-ubah sebab ko rasa ko betul je.

Ada readers yang baru-baru ni baca entry lama-lama aku tetiba hantar komen balas sebab bengang dengan sesetengah anony yang mengutuk aku macam tak pakai otak, macam kena rasuk ngan hantu tok batin. So dia tanya kenapa aku publishkan jugak komen orang tu.

Ada certain komen yang aku rasa sangat tak bijak and tak perlu aku publish. Ni kira memang level low class dari keberet punya komen so aku taknak korang baca komen tu and wonder how come such low class IQ boleh terbabas masuk blog aku (eh, series mulut longkang).

Ada certain komen yang memang menyakitkan hati tapi aku tetap publish sebab aku rasa komen macam tu aku perlu simpan and jadikan panduan. Panduan untuk aku mengingatkan diri aku supaya aku tak jadi macam dia. Contoh, kalau orang tu maki aku kaw-kaw, aku berharap aku tak jadi gila meroyan macam dia, at the same time bersyukur sebab aku masih dibekalkan kekuatan dalaman untuk bertindak menggunakan otak, bukan gunakan hati. Orang-orang macam ni bukan takde otak, cuma placing otak dia ada sikit senget. Tu pasal diorang bertindak gunakan hati. Kalau otak diorang tak senget mesti diorang tak macam tu. So jangan balas balik apa yang dorang cakap. Anggap je dorang 'tak sihat'. Sama la jugak kalau kau melayan orang gila, memang sampai ke sudah tak habis. Dia mengamuk-ngamuk tengah jalan takkan kau nak marah kan, dah nama pun orang gila, so kita sebagai yang waras ni harus bertolak ansur. Dia dah tentu-tentu gila, ko jangan pulak nak menggila sama. So sama la dalam konteks maki blog orang ni, ko simpan je apa yang dorang cakap tu sebagai panduan dan berharap ko takkan jadik berpenyakit macam dia.

Tipu sangatla kalau aku cakap aku tak marah and sentiasa cool bila kena maki. Tipu sangat namanya tu. Bagi aku sanggup menerima kritikan tu lebih baik. Yang tak boleh dikritik tu la yang bahaya. Tak percaya, ko tengok la sure ada yang rasa pedas baca entry aku ni akan balas balik.

Sometimes, orang yang suka maki-maki secara 'baling batu sembunyi tangan' ni sebenarnya mengutuk kita sebab pelbagai motif. Ada yang sakit hati dengan keistimewaan kita, ada yang bengang dengan cara kita and ada jugak yang tahap loser mengutuk kita atas sebab suka-suka dah takde benda nak buat. Yang 'suka-suka' ni memang aku kesian la. Aku ni kalau boleh nak mintak lebih dari 24 jam sehari nak buat keje tak sempat-sempat, dia leh siap ada free time nak kelebet blog sebab nak carik bahan buat modal mengutuk.

Tapi, orang-orang yang memaki kita ni sebenarnya tak faham konsep istimewa tu. Diorang sakit hati kita disukai ramai (macam iklan susu cap junjung pulak), kita dipuji-puji, kita diidolakan. Tapi diorang tak sedar sebenarnya seseorang itu dipuji bukan sebab dia istimewa. Tapi sebab Allah menutup keaiban orang itu. Jadi sedar-sedar lah, ko mengutuk orang membabi buta yang takde hujung pangkal asal boleh maki puaskan hati kau je, kau tak sedar sebenarnya ko serlah aib diri kau sendiri.

Kita semua ada akal. Cuma bezanya bijak ngan kurang bijak je. Tapi bukan bodoh. So gunakan la akal kau tu untuk berfikir secara lojik. Mana ada manusia yang sempurna. Sehebat mana pun dia mesti ada lemah kat mana-mana. So, tak perlulah kau bersusah-payah nak hentam dia sehabis daya semata-mata nak tunjuk kat semua orang buruknya dia kata mana. Semua yang buruk tu memag datang dari kita, tinggal lagi Tuhan nak kasik nampak ngan tak je. So ko tak payah susah-susah. Contohnya macam A berusaha nak nampakkan keburukan B. So hari-hari dia bagi komen maki. Tapi A tak sedar, yang orang nampak is keburukan kau sebenarnya, bukan keburukan B.

Kenapa kau nak sakit hati dengan kelebihan orang lain? Semua kelebihan tu sebenarnya datang dari siapa? Malas la aku nak jawab, kang orang kata aku ada split personaliti pulak tetiba nak jadik ustazah. Kang betul aku transform jadik ustazah kanggggggg.

Dulu aku rasa down jugak bila dapat komen-komen neraka ni. Tapi En Wan cakap kat aku sebenarnya aku perlu berterima kasih kat orang yang mengutuk aku tu. Walaupun komen dia bukan komen membina, takkan membawa aku kemana-mana pun, setidak-setidaknya komen dorang tu buatkan aku rasa nak tunjukkan something yang lebih baik.

Contohnya dulu aku ada kawan yang suka 'memuji' kulit amerika latin aku ni siap cakap 'Pompuan kalau itam siapa nak?'.

So aku berusaha buktikan ada orang nak aku.
Maka berhabislah aku kat Guardian beli krim pemutih.
Walaupun sampai skarang tak putih-putih, tapi aku buktikan ada jugak orang nak kat aku. Tak kisah la orang yang nak kat aku tu tak sehensem kau pun, janji dia tak poyo macam kau, carik bini asal yang kulit putih je. Padahal kau tu hitam. Sok kalau anak pompuan kau keluar kulit hitam cam aku baru kau tu. Masa tu telan air liur banyak-banyak ye.

Masa aku baru jual rumah dulu, ada la satu orang ni YM aku tanya berapa aku jual. So aku cakap la so and so harga dia. Then dia tanya berapa harga rumah baru aku, aku cakap 'ada la'. Dia leh bengang and reply 'Hek eleh, macam la aku nak beli rumah kau pun yang ko taknak bagitau harga tu. Aku dah ada rumah laaaa'.

Apehal eh dia ni?

Kang aku cakap tiga per empat juta kang ko kata aku berlagak.
Bila aku mengelak bagitau harga, punnnnnnn ko kata aku berlagak.
Tapi kau sibuk nak ambik tau.
Dah pandai tanya soklan tu pandai la jugak bersedia terima apa jawapannya.

So orang-orang macam ni la yang sebenarnya buatkan aku rasa 'aku perlu buktikan sesuatu'. Tah apa yang aku nak buktikan pun aku tak tau, nantilah aku pikir. Tapi aku percaya pada kata-kata 'orang yang berjaya adelah orang yang dikritik, bukan yang mengkritik'. Takde la nak kata aku berjaya kan, berjaya buat hutang tu mungkin la. Tapi secara dasarnya macam tu. Kalau nak berjaya terima je la apa orang nak cakap, selebihnya kau decide, mana yang ko rasa ok, ko ambik. Yang rasa sampah, buang. Nama pun sampah. Ko nak simpan sampah buat apa kan. So jangan disimpan sampah itu di dalam hati.

Bila aku dalam keadaan stress, aku selalu ingat pesan Pak Aji.
Masa kecik-kecik dulu kan kitorang agak susah, so dia tau ramai orang pandang rendah kat kitorang especially some of my schoolmates.
So dia cakap, kita kena selalu rasa diri kita lemah dan serba kekurangan. Jadi, bila kita dikeji, kita still boleh terima sebab apa yang dikata tu masih dikategorikan tahap baik kalau nak dibandingkan dengan kelemahan diri kita.

Ni cuma pandangan aku je sikit sebanyak sebab aku pun ada pengalaman dikutuk dalam blog, in fact sampai skarang pun, cuma nak ngan taknak je aku publish. Jadi, to that adik blogger, jangan susah hati ok?? Cheers.



p/s : siapa yang ada FB aku je yang tau ape jawapan ujian akhir tahun.




posted by green apple @ 10:27 PM  
Newer›  ‹Older
She bop--he bop--a--we bop I bop--you bop--a--they bop Be bop--be bop--a--lu--she bop
October 17, 2009

  Victoria Beckham versi muka pat persegi


Aku tak paham kenapa pesen rambut camni dipanggil BOB?

By the way, tajuk entry ni adelah lagu Cyndi lauper - She Bop.

Nenek aku tensi cucu dia pasang lagu omputih lam keta. Dia sound.."Ni apa bijik butir lagu yang ko pasang ni? Cipap..cipap..cipap"

Tak caya dengar

Sepanjang aku dengar lagu ni sikit tak pernah terlintas the word cipap melainkan aku dengar dia ada sebut 'debab'.

Kira aku tak berapa lucah sangat la kan.
posted by green apple @ 12:35 AM  
Newer›  ‹Older
Ujian akhir tahun
October 16, 2009



Redza berkata...

"Ma, tadi kat kikando, teacher bagi migeti"

Sila tafsirkan ayat di atas tidak lebih dari tujuh patah perkataan.
posted by green apple @ 3:18 PM  
Newer›  ‹Older
Entry lama-lama aje
October 15, 2009



7 Oktober lepas (lama gila, baru nak citer) birthday En Wan yang ke-33.

Aku ni ye ye je suruh dia balik awal sebab nak celebrate sesama. Last-last dia balik dah nak kul 9pm. Nak celebrate hapa dah kul 9pm camni. Kalau kuar berdua takpelah jugak. Ni kena bawak Redza. Esok dia skolah, kang balik lambat, tido lambat. Pastu esok menyusahkan aku nak bertempik kejutkan sorang-sorang. Laki aku ni kalau celebration yang melibatkan dia sorang, harus bawak Redza sekali. Kalau ada kena-mengena ngan aku je baru pi berdua. Apa pesen ntah, tak paham. Pesen bapa penyayang kot.

Tapi aku pun penyayang jugak. kalau tak caya tanya la kepada tuan punya birthday itu. Hadiah ape yang beliau dapat pada tengah-tengah malam sewaktu semua jiran sedang tido nyenyak. TETTTTT!!!

Disebabkan dia balik keje pun dah lambat, nak tunggu dia solat, mandi segala, gitu gini dah nak pukul 10pm. Last-last 'Takpelah Di, lain kali kita makan special ok? Malam ni Secret Recipe je la ye?'.

Ehhhhh, aku lagi suka. Sebab aku yang belanja.
Selamatttttt duit aku.



Kalau bawak budak ni memang tak tenteram la jawabnya nak makan. Macam rasa tersangkut je daging ayam aku kat tekak bila tengok dia susun-susun alphabet fries atas meja sambil senyum-senyum 'Ma, tengok ni. Ija study'.

Masa ni lah kau sibuk nak blaja ABC.
Kalau kat rumah tu sampai merekah anak tekak jerit suruh blaja balik-balik ko hadap PS2. Yang si bapaknya budak tu baru umur 5 tahun dah diajar main PS2. Ni esok kalau exam hujung tahun ko tak boleh buat, ko siap. PS2 ngan kau ngan bapaknya sekali aku bungkus.



Rupanya orang tua ni lom pernah makan popia kudut SR ni.
Bila aku tanya nak starter tak?

'Takyah'

Tapi bila bendanya dah sampai dia pulak yang laju makan.
Siap tanya 'Nak lagi tak? Kalau taknak abang makan'.

Tu la dia.
Yang kata 'takyah' tadi.



Sian En Wan. Kali ni birthday dia aku tak belikan kek.
Sebab masa ni rumah tengah huru-hara lagi, lom habis kemas (skarang pun belum gak), so kitorang taknak menyemakkan lagi pandangan. Lagipun pikir-pikir balik kalau beli kek, tetap nama Redza jugak yang aku kena tulis atas kek tu.

Takde kek pun takpe lah kan, bang.
Dari balik-balik makan cheese kek, baik hadap kek yang kat depan mata abang ni. Makan tak luak okkk. Eh.


(errr...abaikan la reply aku tang 'tak masak pun' tu ye...hahaha)


Semalam aku 1st day period. Biasa la kalau dah nama 1st day tu memang perut ngan kepala aku buat hal sikit. So semalam En Wan suruh aku duduk rumah je. Sebab dia paham sangat, everytime aku period, hari pertama tu konfem aku migrain. Kang dibuatnya kena migrain time driving pastu pitam, sedar-sedar je aku tengah drive lam longkang.

Tengahari, dia sms tanya aku ok ke tak.

Tapi tu la kan, aku pun tak paham apesal dia ni ada masalah mengeja.
Lain yang dia sebut, lain yang dia type. Nak kata typo sms tak jugak, sebab kalau menulis pun macam tu jugak dia eja.

Senggugup...???

Sometimes dia sms aku 'Abang deman today. Jap lagi nak pi klinik'.
'Jap lagi nak pi carik kolan ikan'
'Sayam jugak Di kat abang ye?'

Sayam pun sayam lah bang.
Memang Di sayammmmm sangat kat abang walaupun abang tak pandai mengeja.

Yang aku pelik tu camana mengeja fail tapi SPM 9 agg???





posted by green apple @ 4:23 PM  
Newer›  ‹Older
Tiba-tiba nak update lagi
October 13, 2009



Keje banyak gila ni, tapi aku nak take five (ye sangat la five), bosan ngadap keje. Balik-balik buat proposal, baca notes, buat comparison chart, buat report, ngadap nombor-nombor lam akaun yang yang entah bila la nak berganjak ke tujuh angka. Ah, bosan.

Memula aku nak bagitau, aku telah berjaya menterminatekan P1W1Max yang aku guna tak sampai 7 hari. Memula macam fedup ngan TM sebab lembab nak mampos sambungkan line tepon. Tu baru nak pasang line tepon, belum nak re-connect streamyxnya. Technician yang pasangkan line tepon cakap streamyx akan dipasang a week after. Woooo, gila la aku nak tunggu lagi seminggu kan. Sejak pindah 23 September lepas, sangap aku kat rumah takleh nak siapkan keje, hari-hari kena masuk opis sebab nak siapkan keje padahal keje tu aku boleh siapkan kat rumah kalau ada internet. Ni asal malam je aku ngadap En Wan, En Wan ngadap aku, sudahnya beromen je keje tapi hasilnya takde.

So dalam keadaan baran ngan TM, aku gi sign up P1W1Max dan-dan tu jugak.
Dah la sales P1W1Max kat Giant ni cam bagus.
Macam tau je apa yang dia cakap padahal aku tau dia main belasah je.

Memula tu dia buat demo guna W1Max demo unit, tapi dia bagi password dari kotak WiMax yang baru. Memang seploh kali kau masukkan password konfem takleh access la kan. Aku ni tak perasan password dia tu salah, so aku pun godeh-godeh la IP segala (ni pun macam terer la konon).

So aku tanya la kena guna specific IP ke?

Dia reply 'Oh, tak payah pakai IP, benda ni kita sekali je masukkan password, pastu lain kali nak guna on je computer, takyah masuk apa2 password dah'.

Oh, aku blank.


Pastu aku ni agak-agak nak blaja la dari dia, maklum la aku ni kan benak sket bab-bab IT ni.

'Camne benda ni works? Takyah cucuk kat line tepon eh, just plug and play?'

'Ohh, sebab P1W1Max ni dia guna gelombang'

Terasa makin bodoh bila dengar jawapan dia.

Memang la pakai gelombang wehhh. Aku tanya sbb aku pelik streamyx pun wireless jugak but still ada wire DSL, yang ni takde.
Dan aku pun malas nak tanya lagi.



Yang bangkainya asal malam je speed gila slow yang tak boleh diterima akal fikiran yang waras apetah lagi akal fikiran aku yang tak berapa nak waras kadang-kadang ni.

Masuk malam ke-empat, tak boleh tahan aku call customer service.

Alasan paling bijak yang dia boleh bagi kat aku 'Oh, malam-malam kawasan you memang congested. Kalau siang tak'

Aku memang panas la kan kalau orang bagi jawapan bangang macam ni.

'Saya tau la siang laju sebab semua pegi opis, takde saper yang nak guna internet siang-siang kat kawasan perumahan ni. The reason saya pasang internet sebab saya nak buat keje malam. Kalau tak, saya tak beli P1WIMax ni letak kat rumah, baik saya buat keje kat opis'

Mula la aku tinggikan suara pulak.
Cuba jangan naikkan darah aku boleh tak?
Keje aku banyak tak siap ni.

Aku dah memekak-mekak hempas-hempas barang, terus En Wan callkan TM call centre nak tanya if streamyx dah masuk ke belum.
Alhamdulillah, dah ada.
Terus aku nasik bungkuskan W1max ni, esok jugak En Wan hantarkan balik straight to HQ siap bagi dua tiga rangkap pantun. Lantak. Nasib baik yang pegi tu laki aku, kalau suruh aku yang hantar, aku bentangkan pidato terus.

Ok. Habis cerita internet.

Rumah pulak.

Masih dalam keadaan huru-hara.
Kolam masih kolam biru. Aku nak tanya kat En Wan bila nak buat kolam pun tak terkeluar suara dari anak tekak. Kang aku tanya, silap-silap anak tekak aku yang terkeluar dia kejekan. Ikan tinggal lima ekor la katakan, nak pakai kolam kehapanya. Baik letak ikan tu lam besen mandi anak aku. Jimat pun jimat.

Jiran aku depan belakang masing-masing tengah berlumba-lumba renovate rumah.
Kontraktor aku pun bagitau housing area sini paling ramai yang renovate rumah, renovate yang gila-gila lak tu.

Rumah depan aku ni, renovate aje dah makan sejuta okkk.
Aku pun tak paham apesal dia beli rumah kat sini, kan baik kau beli banglo sebijik terus. Jiran lagi satu pulak renovate rumah je dah sama harga ngan rumah yang aku beli ni. Cipet betul. Gila kaya raya dorang ni. Bak kata laki aku, kat housing area sini, kalau tengok rumah-rumah end lot, paling bangsat pun ada sebijik BMW or Merz, rumah aku je yang parking Honda ngan Aveo kat depan okkk. Kaler hijau pulak tu. Betapa hinanya kedudukan aku, cis bedebah!!!

Ni next week, ada perjumpaan penduduk kawasan sini, diorang nak set up committe. Aku nak jalan kaki je pi meeting tu nanti, pakai jeans ngan T Shirt MILO. Konfem terselamat dari kena jadik ketua jalan.

Tapi aku bangga, 70% dari penduduk sini melayu. And yang renovate rumah juta-juta kat sini semua melayu. Seronok tengok ada melayu yang kaya-kaya. Esok kalau ada orang nak datang rumah aku, aku bagi landmark 'Ada nampak rumah besar tiga tiga tingkat belah kanan tak? Haaaa, masuk simpang tu. Terus lagiiiii, ada nampak rumah atap minangkabau yang ada 3 bijik keta kat porch tak? Haaa lepas tu belok kiri, terusssss. Pastu nampak tak rumah corner lot yang ada swimming pool empat tingkat tu? Haaaaa, rumah saya depan rumah yang swimming pool tu'.

Takde de aku nak bagi landmark rumah sendiri.
Konfem korang tak perasan rumah aku nanti.














posted by green apple @ 12:03 AM  
Newer›  ‹Older
Pejabat tanah ooooo pejabat tanah, boleh siapkan keje cepat sikit tak??
October 12, 2009



Weh aku series la tengah busy, tak tipu punya.
Ingat aku suka-suka ke taknak update??
Aku punya banyak la nak cerita dari sejak pindah hari tu aku kepamkan lam kepala sampai dah lupa apa nak story.

Ni keje aku tengah banyak, kepala aku serabut mana nak siapkan keje opis, mana nak pikir sedara nak kawen hujung minggu, rumah aku lom siap kemas, pikir apa nak beli nak isi lam rumah ni lagi, dah la pejabat tanah lom tukar-tukar lagi hak pindah milik rumah lama tu, duit buyer pun sangkut lagi okk. Ni pejabat tanah punya efisien la ni, sampai skang nama tak tukar-tukar lagi. Nama lom tukar, so duit aku pun tak masuk-masuk. Sape keje pejabat tanah selangor weh? Tolong la cepatkan kes aku. Kang aku buat entry khas pasal pejabat tanah kanggggg.

Aku rasa sejak abis raya keje opis aku mencanak-canak sampai aku rasa nak bakar je opis ni biar hilang semua dokumen, senang takyah buat keje. Aku pegi keje pun dah selebet maut, sempat pakai bedak pun dah kira naib baik.

Bila kepala dah stress mimpi pun yang pelik-pelik je.

9 Oktober hari tu aku mimpi aku ngan En Wan gi Sabah, lepak tepi pantai sekali kena tsunami kauuuu. Gila babi punya horror okkkkk. Tu baru dalam mimpi tapi aku dah terasa azabnya kena tsunami. Masa ombak tu datang, aku ngan En Wan macam pasrah je, takleh lari mana dah, kitorang dah ready nak kena simbah. Dah siap peluk-peluk. Tapi yang bagusnya, aku sempat mengucap ngan baca ayar Qursi.

Sayup je aku dengar suara En Wan 'Hold me! Hold me! Remember, don't let go off my hand, Rose!!'.
Tetiba je 'Rose'.

Ntah apa-apa ntah.

Seb baik aku terjaga.
Kalau lambat sikit konfem basah katil tu aku kejekan.
Aku ni pantang mimpi air-air, mimpi minum teh ais pun nak terkencing.

Ok lah, aku nak pi appointment kat PJ ni...later sambung..kalau rajin.




posted by green apple @ 12:23 PM  
Newer›  ‹Older
Bodoh
October 09, 2009



Sesaper keje kat Maybank tolongggggggggg la cakap kat maybank2e.net, apesal HELP DESK dia manjang je SEDANG BUSY???


Banyak benar ke orang yang ko help ni??

Aku ni dari pagi call tak dapat-dapat cakap ngan customer service.

Token Maybank aku kena lock la cibaiiiii. Boleh tolong angkat call tak???

Dah la itu je pun satu je line dia.

BABI!!

posted by green apple @ 11:59 AM  
Newer›  ‹Older
Goodbye
October 04, 2009

Theater set dah pindah 2 minggu before raya. So tinggal yang cukup syarat je supaya aku tak mati kebosanan kat rumah.


Dah macam rumah brader-brader kilang Sony.
Eh, macamana aku tau?


Huru hara kan?


Kolam baru En Wan, beli yang plastik punya je sementara kolam baru nak siap. Ye ye je beli yang besar, tau-tau ikan mati. Kot ada sesaper yang beranak belum beli besen baby, aku hadiahkan ni je.


Katil dah bungkus, tinggal tilam je.


Ini lah keadaan rumah aku on the nite before kitorang officially pindah. On the same nite yang baru sampai dari Tganu. Huru-hara kan? Rupanya lagi sengsara nak mengemas barang-barang kecik like fail-fail, toiletries, groceries, barang dalam fridge banding ngan katil meja kerusi semua. Baju lagi la satu hal. Tak cukup lam beg, dalam plastik sampah hitam tu aku sumbatkan.

Sumpah aku dah takde rasa nak pindah lagi.
(buat masa skarang la)
Tobat!!

En Wan panggil this moving company apa ntah nama dia, tapi company melayu la. Ok tu ok la, tapi since pekerja dia bangla, kena gak monitor. Memang la selamba dia angkat tv 42" tu sorang-sorang, memang kagum. Dan selamba jugak la dia meletakkan tv aku tu, dah macam menghempas pun ada gak aku tengok. Ada satu mamat tu lagi la, sebelah tangan kepit 2 pintu lemari aku which is panjang and berat. Sebelah tangan lagi selamba tapir jenjet side table. henjet okkkk, jenjet!
Gila babi punya gagah perkosa. Makan apa kau nih?? Biawak panggang?

Aku macam biasa la, tolong susun-susun barang lam kotak je, nak tolong angkat tu haram. Dah aku bayar kau, kau la angkat kan. Tapiiiiii Noritake biar aku yang angkat. Ni kalau sumbing sebiji cawan, aku bagi sebijik kat muka kau sampai sumbing mulut.

Tapi series penat la pindah rumah nak pulak kalau barang kau dah banyak. Leceh okk. So, dengar sini aku nak bagi nasihat, sesaper yang rasa ada hati nak pindah lagi tu tolong la jangan beli barang banyak-banyak skarang. Dulu cara-cara menyewa pun dah pakai 3 lori (tapi yang 1 tan je la) mengangkut.






So ni after a week pindah, malam last we all masuk rumah lama, bagi final touch, touch up dinding-dinding mana yang kitorang gantung frame tu, pastu cat mana-mana yang patut. Siap basuh bilik air, mop lantai, basuhkan kolam ikan segala. Tinggal aku tak lap kipas je lagi.

Chandelier kat hall, aircond, heater, oven, langsir and katil Redza memang dah masuk lam pakej, sebab aku malas nak ngangkut lagipun. Kipas and lampu lain tu of cos la kena tinggal kan melampau la kalau nak angkut sekali. katil Redza tu masa beli dulu taknak kalah, katil double decker terus. Tak sedar anak ko sorang je. Yang trajisnya, Redza tak penah tido pun kat katil tu walaupun setengah jam. Dia buat terjun tiruk ada la. Dulu masa beli katil tu berangan dalam tahun yang sama nak beranak lagi. Konon. Sampai skang haram. Angin je yang keluar.

Jap lagi nak beli Biodex.
Wah, dan-dan.

Dah macam surau lak hall aku ni kan?.
Lapang je.

Sedih gak nak tinggalkan rumah ni.
Lepas kemas-kemas semua aku naik atas sorang-sorang tengok bilik aku, sedih gila.
Walaupun cuma empat tahun tinggal situ tapi banyak kenangan.

Kenangan kena tipu ngan kontraktor lahabau.

Dulu aku pindah masuk rumah ngan keadaan dapur masih berbatu bata, lantai simen pun tak, tingkap pun takde, ada frame je, upah Indon tolong tido kat hall jaga jangan bagi anjing masuk sebab pintu blakang takde. Memang sial palis la kontraktor tu. Dah mampos kena langgar lori babi ke apa ntah dia.

Aku ingat lagi aku serang rumah dia. Dok kondo okkk, biasa la kan, kalau dah keje makan duit client tu rumah sure kaw punya. Dah la rumah dia kat kawasan hardcore kongsi gelap kat Klang tu, ikutkan akal yang waras memang aku tak pegi. Tapi sebab aku ikutkan hati yang panas dia dah burn duit aku RM16K, tapi rumah kongsi Indon lagi cantik dari rumah aku, aku serang gak. Pedulik apa. Tapi sebelum serang tu aku dah mengucap siap-siap lam keta, mana la tau kena tetak ke tak sompek aku nak ngucap.

Masa aku ketuk pintu rumah dia, takde orang sahut.
Wah, baran la aku aku ni.
Jerit panggil nama dia sambil tendang-tendang grill dia taknak bukak pintu.
Aku pun jerit sambil buat scene kat situ 'Oh ko dah songlap duit aku pastu ko blah. Ambik duit aku namblas ribu nak bagi anak bini makan, apa ko tak rompak bank je terus?'

Apa benda lagi ntah aku merepek kat depan rumah orang tu siap menyumpah biar anak dia bodoh sebab dia bagi makan duit tak halal. Keji gila aku okkk. Memang macam kena rasuk. Aku rasa jiran-jiran kat situ nak ngan taknak je call hospital gila.

Boleh bayangkan tak aku terpekik macam ungka mati anak dengan keadaan rumah dia kondo yang sah-sah jiran dekat-dekat je. Orang tepi tengah blakang semua siap selak-selak langsir nak tengok langsuir meroyan tendang-tendang pintu rumah.

Eh, sape hari tu yang nak jadikan aku idola??
Ambik kauuuuu.
Idola kau sebenarnya penah jadik pompuan gila.

Hahahhaha.

Pastu bini dia bukak pintu siap boleh soal aku apesal aku pekik-pekik kacau rumah dia?
Ewahhh, cantik pantek kau nak sound-sound aku.
Kalau laki ko tak songlap duit aku, ko ingat aku teringin ke nak hadap rumah kau yang kecik ni? (wahhhh, berlagak sialll)

Pastu dia call laki dia, laki dia balik ngan bawak 2 orang escort. Geng-geng kontraktor dia la kot.
Memang aku cuak jugak masa tu.
Tapi memikirkan aku kecewa gila bila tengok rumah aku tak siap, pastu kesian tengok En Wan menangis mengenangkan duit kena sapu, memang aku seru-seru Jin Aprit masuk lam badan. Mau kau tak hangin. Masa tu Redza belum umur setahun pun. Kau tak sedih ke membayangkan anak ko kecik-kecik duk lam rumah separuh siap? Aku ni kumpul duit macam nak rak sebab nak bagi anak aku hidup selesa, dia selamba badak sebat duit aku. Musibat.

Anak dia dok lam kondo cantik-cantik, abis anak aku??

Oh, sori.Aku nekad, kalau aku kena hentak pun ok gak, boleh jadik kes polis.
Sebab aku dah buat report polis 2 kali Sarjan tu rilek je cakap, kes-kes macam ni susah nak settle sebab kes civil, bawak naik court pun makan tahun, pastu rumah awak kena pagar ngan polis selagi kes tak selesai. Eh lecehlah. Dia kalau tak kes mati memang takkan cepat punya proses.
Apa kau ingat aku nak let go 16K aku?
Baik aku carik pasal, pueh ati pun pueh ati.
Walaupun sebenarnya tindakan aku tu boleh memanjangkan lagi cerita.
Eh mampos lah. Malas nak pikir.

Tapi seb baik kontraktor tu tak hentak aku.
Ntah apa yang aku bincang-bincang ntah, esoknya kawan dia datang siapkan. Sebab kawan dia kata, 'Kita ada manyak plojek li Putlia Hat, kalau you celita sama customer saya, saya rugi tau'

Haaa, tau pun kau!!
Kau kira rugi kau je, rugi aku ni saper nak bayar balik? Aku seligi kang.

Tapi dia buat ala kadar je. Janji siap punya keje.
Memang kitorang kuarkan duit lagi nak siapkan rumah.
Mak Aji suruh kitorang pejam mata je la.
Lepas aku dah reda-reda tu aku pikir-pikir balik, mungkin 16K tu rezeki aku yang tak halal kot, memang patut pun hilang. Mana kita nak tau kan. So aku redo je la.

Pastu kenangan bergaduh ngan Indon yang buat kolam ikan En Wan.
Ni lagi binawe.
Malas aku nak cerita.
Klik sini
and sini

Pastu kes bibik yang sengal tu.
Eh, macam-macam peristiwa la.
Tu yang sedih nak tinggalkan.
Tapi sebab rasa gembira masuk rumah baru mengatasi rasa sedih, so kejap je aku sedih pun.

Gamba rumah baru....sorry, setakat ni tak mendapat keizinan laki gue.
Sebab aku belum mintak izin lagi.
Haha.
Tak kelakar lansung eh?

Senang citer...aku malas la.

Ok, aku nak pi makan kenduri kawen depan rumah Maj Aji ni.
Ntah saper kawenkan anak pun aku tak kenal.
Tau-tau tuan rumah paksa kitorang semua datang makan.
Dah la pagi tadi Mak Aji masakkan lontong, pastu dah siap masak baru teringat menantu tak makan lontong, dia pi buat nasik lemak pulak (ni pun aku makan jugak). Pastu ada orang datang beraya, sambil susun-susun kuih lam balang, aku sapu jugakkk. Skarang, nak pi makan nasik orang kawen pulak.

Balik kang konfem aku laki bini gila nak beromen ngalahkan pengantin.

posted by green apple @ 10:57 AM  
Newer›  ‹Older
Raya 2009
October 02, 2009

Raya tahun ni macam biasa kalau balik Trengganu...tak best.

Hahahaha.

Tahun ni balik Tganu awal, Rabu 16 Sept malam tu aku dah berangkat.
Memula En Wan bawak. Sampai Karak dah rabak-rabak mulut menguap sambil pegang-pegang peha aku nak mintak belas suruh aku take over. Dah paham sangat aku ngan tektik dia ni. Berbuih mulut aku suruh dia tido siang tu, padahal masing-masing dah tak keje Rabu tu. Tapi dia sibuk masa tu la nak angkat barang pi rumah baru, masa tu la nak pi carik kepala paip la, nak booking lori segala. Tau-tau dah kul 6pm. Tido pekejadahnyaaaaaa.

Memandangkan aku dah puas mentekedarah siang tu, maklom tak puasa, so aku agak betenaga banding ngan dia. Aku bawak from Karak sampai Jabor (sebut betul-betullllllll) dengan speed yang boleh tahan jugak la sebab En Wan bagi aku sejam setengah je untuk drive from Karak to Jabor.

Macam nak tercabut stereng dia punya gegar.
Luckily polis semua sibuk buat qiamullail, jalan pun lengang lagi, kira clear la pergerakan aku malam tu.

Elok je masuk kawasan FELDA kat Jabor tu hujan selebat-lebatnya, gila babi punya lebat siap petir kilat depan muka. Tetiba je keta depan kitorang gedebangggggg terbabas masuk parit. Takkan nak buat dek je kan, terpaksa la benti jugak. Tapi nak benti pun boleh buat apa. En Wan dah terpisat-pisat nak kuar ke tak, hujan lebat ni, konfem lencun. Tapi dia kuar jugak. Pastu jadik polis trafik jap tahan lori. Seb baik ada 2 lori and a few keta benti tolong tarik. Dah la kawasan tu gelap. Pakkal je bulan pose, aku dah terbayang kang elok je keta tu dah naik ke atas, sekali nampak ponti lam keta. Masa tu boleh la kalau nak tengok aku lari lagi laju dari keta.

Khamis tu, aku ada keje kat UMT.
Tengahari singgah A&W sebab En Wan PAKSA aku makan.
Baik gila laki aku kan? Siap paksa-paksa makan lagi.
Alasan, sebab kalau aku pitam lagi, dia tak larat nak angkat sebab puasa.

Surprisingly....kat dalam A&W tu beratur panjanggggg mamat-mamat ala-ala mat rempit nak beli burger. Walaupun hati aku suurh bersangka baik, tapi sebab naluri syaiton aku berbisik pekejadahnya ko beli burger dengan pakai topi tutup sekerat muka siap pakai spek itam lam A&W ni???? Pastu time order muka tertunduk-tunduk main tunjuk-tunjuk je menu 'Nok nih...nih...nih...'. Pastu tarik-tarik topi tutup muka.

Bak kata pepatah takut kerana salah kan?

Yang akak kaunter tu saje je ulang soklan 2-3 kali.

'Root beer nak aiskrim ke?'

'Nok'

'Ha? Nak?'

'Uh, nok'.

'2 scoop?'.


Time ni akak ni dah buat muka menyirap je. Ye la kan...siap mintak 2 scoop tu over okkk.

Ko jangan kak, dapat penumbuk kang.

Tapi agak-agak bila ko nak makan rootbeer aiskrim tu bang? Kul 7.20pm karanggggg????

Siap pakai spek itam tu yang aku tak tahan.
Gila babi punya cover.
Tapi sebab aku pun sama beratur so lantak kau lahhhhh.

Jumaat sesi mengemas rumah.
Habis barang-barang lam gobok mak aku, aku lemparkan keluar.
Tapi aku tanya la dulu.
Memandangkan mak aku dah paham sangat perangai menantu dia kalau mengemas memang tak sah tak membuang barang, dia iyekan aje.
Sampai lemari kasut pun aku campakkan keluar.

Yang lelaki-lelaki diketuai oleh En Wan mengecat rumah. This year rumah bertukar ke kaler peach. Tapi hall je la. Mana sempat weh nak cat satu rumah, lusa dah nak raya.


Anak-anak sedara En Wan.

Muka-muka bangun lambat di pagi raya lantas tak semayang raya padahal masjid kat tepi rumah aje. Ini lah juga muka-muka yang kena sergah ngan pok sedara diorang lepas tu sebab monteng sembayang. Lantak korang aku tak tauuuuuu.



Ni je la aku uploadkan, malas ok tempek muka yang sama.

Baju ni actually ada stripe kaler merah tapi dikejauhan tak nampak pulak. Gasak lah.
Baju ni En Wan yang pilihkan. Alasan dia sebab tahun ni beraya kat Tganu so baju kurung aku haruslah menampakkan ciri-ciri kedesaan gitu. Kain kena kain cotton, corak pun yang simple-simple kurang menyerlah. Kalau muka bini kau macam Norfazura takpe la ok pakai baju kaftan pagi raya pun tetap menyerlah. Muka bini kau kemek okkkkk, pakai baju macam ni harus menampakkan lagi kekemekkan tersebut. Gasak jugak lahhh.

Tahun ni Ija dah nak bergamba.
Mungkin tahun ni, gen-gen camwhore yang diwarisi dari bondanya sudah menampakkan kematangan.

Tahun ni jugak dia dah boleh terima baju melayu cekak musang, itupun setelah dipujuk dan dicekik oleh aku. Memang cekik darah kalau nak suruh dia pakai baju. Suka nau bogel. Pun, ikut genetik mak dia jugak.


Entah saper la yang sangat handal pegang kamera sampai blur jadiknya gamba ni.
Tapi tak kisah la, yang pastinya siapakah yang paling jahil dalam gambar tersebut di atas?
Ni gamba lepas salam-salam.
Tahun ni mata aku kurang sket bengkak menangis sebab aku rasa aku baik ngan mak mertua. Kalau salam raya ngan mak aji tu insyallah habis 5-6 tisu buat hembus air hidung.



Eh, ada lagi la gamba aku??
Hehehe.

Ni gamba lepas makan nasik minyak ngan nasi dagang, mekap pun dah tanggal separuh.
Dan macam biasa muka laki aku yang always sengsara kalau suruh bergamba.



Mak sedara lagi gedik dari anak-anak sedara kan?

Rumah pertama yang diserang adelah rumah mak tiri En Wan.
Pekena nasi dagang.
Mana tak gemuk gue??
Dan aku sangat gembiranya dapat makan nasi dagang terlupa perut ko tu dasar tak boleh makan terlebih sikit je konfem membusung.





Cuba kalau suruh bergamba ngan kaum klorga dia wahhh kemain lagi sengih.
Aku lempang kanggggg.
Nanti la kau bang, tahun depan raya kat Bangi, kau siapppp.

Baru salam raya dah nak lempang laki.

Kiri sekali Kak Long En Wan, pastu Mek Rahaya adik En Wan (mak lain), yang gembira lah sangat ni laki aku, pastu baju pink tu anak sedara En Wan, Afiq. Berminat???
Sila carik kat School of Law, UiTM.




Ni kat rumah sepupu En Wan, owner of Wan Manang Songket.
Yang duduk kat kerusi tu la Wan Manang.
Mak aku cakap, Sultan Brunei beli songket direct ke rumah dia.
Sesaper yang nak beli songket Wan Manang ni sila la datang ke Kuala Trengganu, pandai-pandai tanya orang kiri-kanan mana rumah dia sebab aku dah 9 tahun kawen ngan En Wan pun tak ingat-ingat lagi rumah dia kat mana.

Disebabkan kat rumah mak aku dah belasah nasi minyak 2 pinggan, pastu rumah mak lagi satu pekena nasik dagang, so kat rumah Wan Manang ni aku minum air je. Padahal dia buat nasi beriyani Cam best je. Nak gak capai pinggan, tapi tersedar yang tube aku bergulung ke atas, dah tersentil je la pulak perut aku. So, kensel!!!

Yang aku tau trademark kalau beraya rumah Wan Manang ni air dia mesti kaler hijau. Aku pun tak tau air apa. Air klorofil kot.



Series bangsat la baju ni.
Memang baju putih and kuning akan nampakkan aku lagi hitam (memang dah hitam dah pun) and lagi gemuk. Sia-sia je aku berebut baju ni ngan makcik kat Plaza Shah Alam. Kalau aku tau baju ni will not look good on me, aku pass je kat makcik tu. Makcik tu pun tak agak-agak nak pakai baju see thru. Kemain lagi.

Padahal kan ni raya pertama tau.
Lepas je balik dari rumah mak tiri En Wan kitorang singgah balik rumah dulu, salin baju sebab aku tak tahan la tengok semorang gorjes ngan baju lip lap lip lap, aku penuh kekampungan. Dah la muka Jawa. Biar la baju tu happening sikit. Tapi rupanya tetap tak happening. Aku nak lontar baju ni jap lagi.



Ni kat rumah uncle En Wan, Dato' apa ntah, yang mana satu Dato'nya pun aku tak tau. Bukan aku selalu pergi pun. Aku main salam je semorang. Nak bertanya ,mana satu Datinnya, segan. Kang sibuk sangat nak buat peramah, dibantainya dia speaking Trengganu piau punya, ha kauuu, terbelalak aku kat situ sorang-sorang nak menjawab. So, baik aku diam je.

Kat sini pun aku minum air teh je buat syarat. Dia buat nasi beriyani gak. Tapi sorry la, ni ada berapa lagi rumah aku nak singgah ni kang asik mentekedarah je tetas pulak benang spender aku.




Ni kat rumah pakcik En Wan, yang sebelah dia tu la.

Tu ntah hapa la dia kelentong orang tua tu.
Bukan leh caya dia ni, ada je bahan nak kenakan pakcik dia.

Aku macam tak kisah kat mana-mana pun boleh tunjukkan kemesraan suami isteri kan? Tak kisah la kat rumah orang ke, mak mertua ada kt depan ke.
Pedulik haper kannnn....orang ada laki, kena la eksyen kat semorang yang sedang tak berlaki yang duduk depan aku tu. Hahaha.

Anak-anak sedara En Wan selalu cakap 'Mok cik sayang ngat ngan Pok ye?'

Dah tu??
Takkan nak sayang kat bapak korang pulak.
Kang makan penumbuk Kak Long pulak aku ni.


Bersama-sama anak sedara En Wan yang tak makan saman.
Yang tengah tu Amri, a dokter to be. First time balik bercuti dulu lagi blonde rambut dia, ni dah kurang sket karat. Agaknya dah jumpa awek Melayu kot..hehe. Dia ni makan kuih raya rumah orang macam makan nasik okk. Siap suruh tambah lagi. Seb baik aku yang dok sebelah ni pun sama muka tak malu siap tolong tuan rumah carik balang kuih lagi. Eh, dah nama raya kan. Haruslah makan kuih raya, kang tak makan kang takkan raya haji sok ko nak hidang kuih yang sama kottt.



Agak bimbo jugak la muka aku masa ni.
Nak cas cute macam powerpuff girls tapi nampak jugak kedut kat tepi mata.
Muntah la korang hadap muka aku.




Ni namanya beraya sakan.
Sampai rumah je membuta sampai ke malam.
Bangun-bangun je carik nasik.
Aku balik Subang raya kedua malam.
Sebab esoknya pindah rumah.
Gamba rumah baru mintak maaflah, belum terbukak hati nak letak.
Gamba rumah yang sudah ditinggalkan ada, tapi len kali aku letak.

posted by green apple @ 3:57 PM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
TRAFFIC
MY PREVIOUS POST
OLDER POSTS
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER