walk on wings, tread in air: Entry lama-lama aje <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Entry lama-lama aje
2009-10-15



7 Oktober lepas (lama gila, baru nak citer) birthday En Wan yang ke-33.

Aku ni ye ye je suruh dia balik awal sebab nak celebrate sesama. Last-last dia balik dah nak kul 9pm. Nak celebrate hapa dah kul 9pm camni. Kalau kuar berdua takpelah jugak. Ni kena bawak Redza. Esok dia skolah, kang balik lambat, tido lambat. Pastu esok menyusahkan aku nak bertempik kejutkan sorang-sorang. Laki aku ni kalau celebration yang melibatkan dia sorang, harus bawak Redza sekali. Kalau ada kena-mengena ngan aku je baru pi berdua. Apa pesen ntah, tak paham. Pesen bapa penyayang kot.

Tapi aku pun penyayang jugak. kalau tak caya tanya la kepada tuan punya birthday itu. Hadiah ape yang beliau dapat pada tengah-tengah malam sewaktu semua jiran sedang tido nyenyak. TETTTTT!!!

Disebabkan dia balik keje pun dah lambat, nak tunggu dia solat, mandi segala, gitu gini dah nak pukul 10pm. Last-last 'Takpelah Di, lain kali kita makan special ok? Malam ni Secret Recipe je la ye?'.

Ehhhhh, aku lagi suka. Sebab aku yang belanja.
Selamatttttt duit aku.



Kalau bawak budak ni memang tak tenteram la jawabnya nak makan. Macam rasa tersangkut je daging ayam aku kat tekak bila tengok dia susun-susun alphabet fries atas meja sambil senyum-senyum 'Ma, tengok ni. Ija study'.

Masa ni lah kau sibuk nak blaja ABC.
Kalau kat rumah tu sampai merekah anak tekak jerit suruh blaja balik-balik ko hadap PS2. Yang si bapaknya budak tu baru umur 5 tahun dah diajar main PS2. Ni esok kalau exam hujung tahun ko tak boleh buat, ko siap. PS2 ngan kau ngan bapaknya sekali aku bungkus.



Rupanya orang tua ni lom pernah makan popia kudut SR ni.
Bila aku tanya nak starter tak?

'Takyah'

Tapi bila bendanya dah sampai dia pulak yang laju makan.
Siap tanya 'Nak lagi tak? Kalau taknak abang makan'.

Tu la dia.
Yang kata 'takyah' tadi.



Sian En Wan. Kali ni birthday dia aku tak belikan kek.
Sebab masa ni rumah tengah huru-hara lagi, lom habis kemas (skarang pun belum gak), so kitorang taknak menyemakkan lagi pandangan. Lagipun pikir-pikir balik kalau beli kek, tetap nama Redza jugak yang aku kena tulis atas kek tu.

Takde kek pun takpe lah kan, bang.
Dari balik-balik makan cheese kek, baik hadap kek yang kat depan mata abang ni. Makan tak luak okkk. Eh.


(errr...abaikan la reply aku tang 'tak masak pun' tu ye...hahaha)


Semalam aku 1st day period. Biasa la kalau dah nama 1st day tu memang perut ngan kepala aku buat hal sikit. So semalam En Wan suruh aku duduk rumah je. Sebab dia paham sangat, everytime aku period, hari pertama tu konfem aku migrain. Kang dibuatnya kena migrain time driving pastu pitam, sedar-sedar je aku tengah drive lam longkang.

Tengahari, dia sms tanya aku ok ke tak.

Tapi tu la kan, aku pun tak paham apesal dia ni ada masalah mengeja.
Lain yang dia sebut, lain yang dia type. Nak kata typo sms tak jugak, sebab kalau menulis pun macam tu jugak dia eja.

Senggugup...???

Sometimes dia sms aku 'Abang deman today. Jap lagi nak pi klinik'.
'Jap lagi nak pi carik kolan ikan'
'Sayam jugak Di kat abang ye?'

Sayam pun sayam lah bang.
Memang Di sayammmmm sangat kat abang walaupun abang tak pandai mengeja.

Yang aku pelik tu camana mengeja fail tapi SPM 9 agg???





posted by aveo757 @ 4:23 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER