2009-10-21

Dah betullah jawapan tu



Random 1


** (10/20/2009 11:21:25 AM): NAK TANYA SIKIT LA KAK

aku (10/20/2009 11:21:31 AM): apadia

** (10/20/2009 11:21:41 AM): DAH LAMA NAK TANYA TAPI MALU SEH

aku (10/20/2009 11:21:51 AM): sila..sila

** (10/20/2009 11:21:52 AM): JANJI HEH JANGAN MARAH

aku (10/20/2009 11:22:04 AM): apadia

** (10/20/2009 11:22:31 AM): TADI TGK GAMBAR KAT FB AKAK LAWA BELAKA...TANG BREAST AKAK ADE MAKAN APA PRODUK KE KAK, MANTOP AH KAK

aku (10/20/2009 11:23:36 AM): tak kuasa akak nak makan pil2 tetek ni segala dik oiii


Yang tanya ni pompuan, bukan laki. So takde persoalan gatal atau tidak di sini. Sila berbaik sangka.

Termasuk budak ni dah a few jugak orang tanya soalan yang sama kat aku.
So aku rasa aku perlu bagi kenyataan terbuka.

Jawapan dia simple je.

Tetek tersebut nampak gorjes bukan sebab ia adelah gorjes. Tidak juga disebabkan oleh tuan punya tetek itu. Tetapi sebab jarang orang nak tayang cleavage kat public, so bila sesekali ko ternampak gamba macam tu, ko akan rasa 'Wahhhh, selambak okkkkk'. Cuba ko snap gamba ko pakai bra letak kat FB, semua orang akan kata breast kau power. Tak caya cuba. Pastu lagi 3-4 hari berderet komen maki hamun masuk.


Random 2

Last Sunday cousin aku kawen.
So this "wedding planner" yang aku tak tau mana cousin aku ambik, which aku rasa dia bukan wedding planner pun. Feeling-feeling je kot. Dah la cousin aku tu lagi gelap dari aku, selamba badak dia gi tepek bedak yang tak sesuai ngan kaler kulit. Dah selempom je tang jauh aku tengok. Pastu lipstik smudge toksah kata kena kat gigi, sampai ke gusi pun dia tenyeh lipstik. Eh, melampau okkk dia ni.

Aku pulak yang kena touch up sebab pengantin naik keta aku nak pi nikah kat surau.
Pastu boleh pulak mekapkan pengantin bubuh eye shadow je.
Mana eyeliner nya?
Maskaranya?
Blusher toksah cakapla, ha kauuu, setempek pink kat pipi.
Tak faham aku. Time aku nak masuk bilik pengantin tu ye ye je sound, 'Tak boleh tengok..tak boleh tengok..nanti hilang seri'.
Banyak kau punya seri. Lagi berseri mak aku yang jadi penanggah tu.

Masa pengantin keluar dari rumah, toksah kata orang ramai, kitorang yang sedara-mara ni pun cam speechless tengok apehal selepom je bedak ni kat muka. Tak even lansung!!
Marah la aku ni kan.
Kot ye pun kau nak bagi alasan cousin aku tu tak natural beauty, kalau betul ko pandai mekap at least seri dia tetap nampak.

Aku pun malas la nak komen, kang orang kata macamkan aku pandai mekap sangat. So aku diam je. Sampai kat surau, wedding planner ni pun ikut sekali.
Ko bayangkan, kita ni masuk surau okkkk. Surau tu bertutup.
Si wedding planner ni boleh lak nak feeling-feeling artis, masuk surau pakai spek hitam. Apa kejadah????
Sepanjang-panjang majlis tu dia ngan spek itam dia macamkan kau tu mekap artis nak cover-cover muka. Yang makcik-makcik kat situ semua dok senyum-senyum pandang dia. Eh come on la. Kot ye pun kau nak feeling gorjes tengok la keadaan. Kawasan kejiranan ni macam mana. Paling tak pun biarkan gaya kau tu bertepatan ngan suasana. Aku tengok artis-artis kawen takde pun member-member dia pakai spek itam lam rumah.

Semalam baru aku tau yang wedding planner tu sebenarnya suku sakat cousin aku belah bapak dia. Disebabkan dia paling vogue antara sedara-sedara belah bapak dia, so otomatik dia jadik tukang mekap. Pfhhhzzzzz.



Random 3

Jawapan kuiz semalam, dah betul la tu, kohlila = korea. Storm = stong.
Apa nak buattttt, baka Trengganu katakan.

Tapi aku rasa Redza memang banyak mewarisi genetik En Wan.
Dia punya 'NG' memang jelas dan nyata. Sohih bunyik Terengganu.
Nama pun dah ada 'WAN' haruslah tempias Terengganu kan.

Tu la kan, dulu aku sangat allergikkkkkkkkkk ngan orang pantai timur. Ha ambik tu, sikit punya panjang aku punya alergik.
Sebab aku ada history yang sangat horror melibatkan orang pantai timur ni. Sekali kauuu, hambikkkk. Sembilan tahun aku tido ngan orang pantai timur ni ha.

Masa Redza lahir dulu, aku siap sound En Wan.

'Abang takyah ajar anak bercakap tau. Biar Di je yang ajar'.

Punyalah kejinya aku taknak bagi Redza terikut-ikut slang Tganu.
Last-last toksah kata Redza, ngan aku aku sekali the moment pijak aje Tganu terus slang bertukar. Dan aku la orang pertama yang heret En Wan gi bandar KT kalau balik kampung. And aku lah orang yang paling laju mentekedarah kepok lekor. Dan tahun ni akulah yang palinggggg gelojoh makan nasik kerabu.

Tu la dia kan, tak kenal maka tak cinta.

So ada sesape nak berkenalan ngan aku?





p/s : jangan tanya apesal tetiba tulisan aku jadi italic. Aku buta IT.